Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2014

SJK tiada dalam Perlembagaan

Imej
10 Oktober 2014    Datuk Mohd Noor Abdullah       ISU sekolah vernakular atau sekolah jenis kebangsaan (SJK) kembali hangat diperkatakan susulan cadangan Timbalan Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Utara, Mohamad Azli Mohemed Saad yang mahu isu tersebut dibahaskan dalam Perhimpunan Agung Umno, November ini. Cadangan tersebut mendapat bantahan pelbagai pihak termasuk Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun yang mengatakan parti itu akan terus mempertahankan hak masyarakat Cina kerana menurutnya, mempelajari bahasa ibunda merupakan hak di bawah Perlembagaan. Susulan itu, Sinar Harian menemubual bekas Hakim Mahkamah Rayuan, DATUK MOHD NOOR ABDULLAH bagi mendapatkan penjelasan terperinci mengenai kedudukan sebenar sekolah vernakular mengikut Perlembagaan Persekutuan. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan sering dijadikan alasan untuk pertahan SJK. Boleh Datuk terangkan kedudukan SJK mengikut Perkara 152 ini? Dala...