Dialog pembelian buku Para Penggila Buku
Buku Para Penggila Buku ini kali pertama saya ketahui akan kewujudannya apabila saya melihatnya di dalam Facebook kenalan. Saya memang jenis yang suka bacaan yang berkaitan dengan buku atau bacaan. Pada mulanya saya bertanyakan pada kenalan tersebut adakah ini buku, dan beliau mengatakan ya. Jadi adakah sebarang usaha untuk membawanya masuk ke Malaysia. Beliau membalas dalam usaha untuk mendapatkan maklumat yang lengkap. Memandangkan ini akan mengambil masa, maka saya mengambil inisiatif untuk mencari maklumat penerbitan dan fizikal buku tersebut berserta sinopsisnya sekali. Selepas saya mendapat semua yang saya ingini, maka langkah pertama memulakan pertanyaan sehinggalah saya Berjaya memperolehi buku berkenaan menerusi pengeposan dari Indonesia. Saya khuatir juga jika berlaku penipuan dan reda jika ianya berlaku. Ini adalah kali pertama saya berurusan secara online tanpa bersemuka. Namun disebabkan keinginan untuk memiliki b...