Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2012

Pengalaman Seorang Suami

Imej
"Ketika zaman belajar dahulu, kita mampu memiliki tubuh badan yang dibawah BMI kerana apa, kerana kita berjimat, duit yang diperolehi menerusi pinjaman PTPTN atau mana-mana pinjaman, biasiswa atau peruntukkan ibu bapa dibahagikan2 untuk keperluan belajar, perbelanjaan harian dan yang penting makan. Makanan yang diambil sekadar untuk mengenyangkan, lebihkan nasi dan kuah serta ambillah lauk atau sayur..itu pun berpilih, bergantung kepada bajet..selain dari diet makan yang sebegitu, mereka juga aktif berkegiatan fizikal seperti berlari, bergimnasium, bermain bola, ragbi, bola tampar dan lain-lain.. pendek kata apa sahaja kegiatan fizikal yang mengeluarkan peluh atau mengerakkan otot-otot besar. Itu yang seringkali dilakukan oleh kita sebagai pelajar sewaktu di universiti atau kolej.  Apabila sudah bekerja kita sudah mula pegang duit..disebabkan hambatan atau kekangan masa dan komitmen kita terhadap kerjaya yang perlu diberi keutamaan, maka aktiviti fizikal ini semakin ...