Pengalaman Seorang Suami
"Ketika zaman belajar dahulu,
kita mampu memiliki tubuh badan yang dibawah BMI kerana apa, kerana kita
berjimat, duit yang diperolehi menerusi pinjaman PTPTN atau mana-mana pinjaman,
biasiswa atau peruntukkan ibu bapa dibahagikan2 untuk keperluan belajar,
perbelanjaan harian dan yang penting makan.
Makanan yang diambil sekadar untuk
mengenyangkan, lebihkan nasi dan kuah serta ambillah lauk atau sayur..itu pun
berpilih, bergantung kepada bajet..selain dari diet makan yang sebegitu, mereka
juga aktif berkegiatan fizikal seperti berlari, bergimnasium, bermain bola,
ragbi, bola tampar dan lain-lain..
pendek kata apa sahaja kegiatan
fizikal yang mengeluarkan peluh atau mengerakkan otot-otot besar. Itu yang
seringkali dilakukan oleh kita sebagai pelajar sewaktu di universiti atau kolej.
Apabila sudah bekerja kita sudah mula pegang
duit..disebabkan hambatan atau kekangan masa dan komitmen kita terhadap kerjaya
yang perlu diberi keutamaan, maka aktiviti fizikal ini semakin dilupakan atau
ditinggalkan secara perlahan-lahan.
Kerjaya professional yang memberikan
imbuhan berupa gaji memberikan kita peluang untuk menikmati pelbagai jenis
makanan..maka peluang untuk menikmati pelbagai jenis makanan terbuka luas,
harga bukan penghalangnya..yang penting kita menikmati pelbagai jenis makanan.
Inilah permulaan kepada penambahan
berat badan kita..kita giat melakukan penambahan kalori (calorie loading) dalam
tubuh kita, lantaran ketidakdisplinan kita berdiet.
Diet yang kita amalkan yang tidak
mengikut pyramid makanan yang disarankan dan ditambahi pula dengan gaya hidup
kita yang sedentari (sedentary life) yakni, berkereta yang dilengkap dengan
pendingin hawa (aircond), ke pejabat yang berpendingin hawa dan menggunakan lif
(tidak bertangga), kerja duduk mengadap komputer, keluar makan pun
berkenderaan, makan pun ikut selera (perut dan lidah), balik kerja berkenderaan
yang berpendingin hawa dan dirumah pun tidak melakukan aktiviti yang
mengeluarkan peluh..semua ini menjadi penyebab kenapa berat badan kita
bertambah..
Berkahwin, maka lagi kuranglah
komitmen kita untuk menjaga kesihatan..maka tidak hairanlah begitu ramai
kalangan kita mengalami penambahan berat badan yang mendadak selepas
berkahwin..manakan tidak suami menjadi ‘tong sampah’ apa sahaja yang dimasak
oleh isteri atau keluarga mertua semuanya dimakan..
kerana sayang akan pasangan
masing-masing digagahkan juga untuk makan apa yang terhidang yang semestinya
hidangan yang tinggi kalori..
ditambahi pula kurangnya melakukan
senaman pada hujung minggu kerana untuk meluangkan masa yang berkualiti bersama
pasangan atau keluarga masing-masing..ukur lilit pinggang bertambah, perut
makin ke depan (istilah PJK yang dipopularkan), badan berbentuk epal atau pear
telah menjadi seakan trend masa kini..
makan makanan siap masak atau makan
makanan dikedai yang pastinya mempunyai kadar gula dan garam yang tersembunyi
yang sangat tinggi kandungannya..tubuh kita makin melemah dan memburukkan lagi
sistem imuniti kita dilemahkan dengan pengambilan makanan segera (fast food)
seperti Mc D, KFC, Pizza, Subway dll yang terlalu kerap tanpa diikutsertakan
dengan senaman harian..
Inilah dia permasalahan orang
Malaysia, 60% kalangan rakyat kita mengalami masalah penyakit tidak berjangkit
(non communicable diseases) atau penyakit bawaan makanan dan kemalasan untuk
menggerakkan fizikal seperti berat badan yang berlebihan, penyakit jantung,
tekanan darah tinggi (high blood pressure), kencing manis (diabetes mellitus),
angin ahmar (stroke)..
bayangkan 60%, angka yang
menakutkan..untuk gambaran yang lebih senang, setiap 10 dari kawan kita, 6
orang pasti mengalami permasalahan ini, sekurang-kurangnya satu dari penyakit
tidak berjangkit, atau setiap dari 5 rakan kita, 3 orang pasti mengalami
permasalahan berkait dengan kesihatan.. Secara ringkas..setiap dari 5, 3
mengalami permasalahan berkaitan dengan kesihatan..
Untuk menangani permasalahan
ini..kita mencuba pelbagai regim diet..ada yang begitu menyiksakan diri dan ada
juga yang berjaya mengharunginya..
Saya juga mengalami permasalahan
ini..walaupun tidaklah terlalu terdesak, kerana saya tidak mengalami berat
badan yang berlebihan atau apa-apa kompilasi kesihatan..namun apa yang saya
perasan, berat badan saya meningkat dikala saya memasuki alam pekerjaan dan
apabila telah berkahwin berat saya naik agak mendadak..
jadi saya kawal dengan aktiviti
senaman..tetapi ia tidak begitu membantu..kerana apa, kerana saya tidak punya
masa untuk bersenam..saya hanya bersenam atau berlari pun hujung minggu dengan
berjogging atau memasuki acara larian..(2 kali seminggu berbanding dengan apa
yang disarankan sekurang-kurangnya 3 kali dengan masa 30 minit untuk setiap
kali bersenam atau sebaik2nya setiap hari)..
tetapi untuk menyediakan dengan
aktiviti sebegitu, memerlukan saya untuk meluangkan masa..saya tidak mampu,
disebabkan keletihan..balik bekerja jam 6, memandu kenderaan sekurang2nya sejam
ambil isteri, sampai dirumah pun jam 7 atau 7.30 malam..sangat2
memenatkan..apatah lagi untuk melakukan kegiatan fizikal yang menjadi rutin
saya sewaktu sebelum berkahwin dahulu..jadi rutin bersenam dan berlari hanya
terhad pada hujung minggu, itu pun jika tiada apa-apa aktiviti lain..maklumlah
telah berkeluarga.
Apa yang boleh saya lakukan..dari
pembacaan saya untuk mendapatkan berat badan yang ideal, dengan kesihatan yang
unggul maka peratusan nisbah yang betul untuk orang sihat adalah, 10%
pengambilan ubat atau suplemen, 40% senaman dan 60% pemakanan yang sihat..jadi
saya terfikir..untuk orang macam saya, saya harus melihat pemakanan yang
sihat..makanan yang mempunyai semua kumpulan atau komponen diet yang
lengkap..saya cuba dengan mengawal makanan harian saya, tetapi kurang
menjadi..susah hendak mengawal nafsu makan ini..
saya biasa bersenam dan aktif, maka perkataan
diet tidak wujud dalam fikiran saya..sebab saya mampu mengawal berat badan saya
dengan melakukan aktiviti fizikal yang konsisten.
Tetapi selepas berkahwin dan komitmen
kerja yang meningkat saya makin kurang melakukan aktiviti sebegini, terhad
hanya hujung minggu (mengharapkan acara larian yang saya masuk sahaja)..yang
tidak bagusnya selepas berlari saya akan makan dengan banyak, 5 hari tanpa
senaman, 2 hari bersenam, stamina larian saya makin berkurangan, kerana tubuh
saya mula memberat (namun berat masih terkawal), tidak seperti sebelum
berkahwin. Ianya tidak bagus untuk kesihatan yang unggul dan memiliki berat
badan yang optimum..
akhir saya mencuba satu produk yang
mana ia dimulai oleh adik saya, iaitu HERBALIFE..adik saya telah pun mengguna
selama 2 tahun..saya lihat perubahan pada dia..lariannya semakin bagus (kurang
mengalami kekejangan khasnya untuk larian jarak jauh), berat badannya seimbang,
memberi bentuk kepada tubuh badannya dan tidak mengalami keletihan yang
melampau..dan saya telah menggunakan dalam 1 bulan (Sept 2012)..
Alhamdulilah saya berlari tidak
mengalami keletihan yang melampau atau kekejangan yang cepat, berat badan pun
berkurangan 2 kg, membentuk tubuh (re shape) khasnya dibahagian perut. Ia
mengentalkan otot perut saya, harap saya akan meneruskan diet ini..
saya tetap makan seperti biasa tetapi
mengurangkan jumlahnya sahaja, kerana saya menggunakan produk ini sebagai ganti
makanan rutin saya..ia pelengkap kepada keperluan diet saya..tidak perlu
berlapar, tetapi mendisiplinkan corak pemakanan saya..
Saya mempraktikkan peminuman
(walaupun ianya adalah makanan yang diperkayakan, tetapi diformulasikan dalam
bentuk bentuk serbuk atau cairan yang kemudiannya dibancuh untuk diminum)
HERBALIFE ini adalah untuk mengekalkan kesihatan saya, di samping mengembalikan
semula bentuk badan dan mendapatkan kembali berat yang dikehendaki.
Pada masa yang sama saya mempraktikkan
amalan senaman dalam mempercepatkan (accelerate) pembakaran kalori atau lemak
dan pembentukan tubuh badan.
Proses ini akan meningkatkan
penyingkiran toksin dan juga radikal bebas (free radical) yang mana melemahkan
sistem tubuh dan memberi peremajaan kepada sel tubuh (rejuvenate to body cell).
Siapa yang tidak mahu sihat, memiliki bentuk badan yang diidamkan, berat badan
yang ideal / unggul, tetapi pada masa yang sama dapat menikmati makanan namun
dengan pengambilan yang bersesuaian."

Ulasan
Catat Ulasan