Kenapa saya suka membaca
Membaca
adalah satu keperluan minda yang asasi..sebagaimana perut kita berkehendakkan
makanan dalam meneruskan kelangsungan hidup bagi memenuhi keperluan asasi,
begitu halnya juga dengan minda yang memerlukan makanan dalam bentuk bacaan dan
pemikiran. Seringkali orang
membandingkan otak orang jepun dengan melayu..secara jenakanya mereka
mengatakan otak melayu adalah lebih besar dari otak jepun..ini adalah kerana
orang jepun suka berfikir dan sangat kuat membaca berbanding dengan orang
melayu yang suka membuang masa dengan malas membaca atau berfikir..kasar juga
bentuk lawak sebegini.tetapi itulah hakikatnya yang harus diterima oleh
kita..bukan semua yang malas membaca, tetapi majority tidak menjadikan hobi
membaca sebagai satu bentuk budaya dan tabiat..
Seringkali
saya menaiki LRT atau komuter atau keretapi atau bas dalam perjalanan melalui
lebuhraya atau juga kapal terbang, melihat begitu ramai orang yang menaiki
sekadar termenung atau mungkin
berfikir..baguslah jika berfikir tentang persoalan bangsa, agama, bahasa
atau mencari kebenaran dalam persoalan yang difikirkan.tetapi jika sekadar
omongan kosong atau berbual kosong, tidur atau melihat@mengusar, alangkah
ruginya. masa dalam 1 atau 2 jam atau mungkin lebih, dapat dimanfaatkan dengan
membaca..jika membaca mungkin dapat menghabiskan beberapa muka surat buku atau
majalah atau lebih rajin dapat menghabiskan sebuah buku atau majalah. Tetapi kita lebih selesa dengan membuang masa
kerana kita tidak terdesak untuk memanfaatkan masa dengan aktiviti membaca.
Pada saya,
saya mewajibkan diri saya dengan membawa buku dimana saya pergi..sewaktu
sekolah berasrama dahulu di utara tanah air..saya mesti membeli surat khabar
ketika outing..selepas itu saya akan melepak di surau lama hentian bas tempatan
di Kangar dan menghabiskan masa dengan membaca surat khabar dan majalah
sehingga waktu asar dan solat di surau lama, lalu balik ke asrama dengan
menaiki bas..saya lebih banyak membaca buku yang bukan berkaitan dengan
akademik tetapi sangat membina minda dan pemikiran terutama genre am ketika
itu..namun apabila melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi
ketagihan membaca melarat kepada yang lebih luas iaitu politik, keagamaan
(terutama buku harun yahya terbitan syabab)..apabila telah menamatkan pengajian
dan memasuki dunia pekerjaan minat telah menjurus dalam bidang kebudayaan,
kebahasaan, bangsa, novel dan genre am..namun minat terhadap pembacaan sewaktu
mengaji dahulu tetap mekar..
Bagi saya
apa sahaja bentuk atau bahan bacaan boleh kita baca.. kerana ia sebagai satu
permulaan dalam menyemai minat membaca..sedari kecil lagi saya telah dipaksa
oleh abah saya untuk membaca..setiap malam, saya dipaksa untuk membaca ruangan
editorial dalam ruangan rencana didalam surat khabar perdana seperti utusan
atau berita harian..memang tidak pun saya fahami, yelah saya ketika itu masih
lagi bersekolah rendah dalam darjah 2 atau 3 barangkali..tetapi sebelum itu
saya ini agak lambat sedikit dapat bercakap..saya tahu bercakap semasa berusia
4 tahun sejajar dengan iklan TV3 pada tahun 1984, permulaan tahun bagi tv
swasta..baru waktu itu saya tahu bercakap..mungkin penghidap autism atau
dyslexia iaitu lambat untuk bercakap atau belajar..saya juga tahu membaca,
menulis ketika berusia 7 tahun sesudah 3 bulan memasuki alam persekolahan pada
tahun 1987..dan tahu mengira pada usia 11 tahun!..memang agak lambat dan lembab
hu3..tetapi itulah hakikatnya..
Oh ya
berbalik kepada topic utama membaca..saya agak ketagih apabila kelas diwaktu
sekolah rendah dahulu kerap mengadakan kuiz pengetahuan am..dalam kelas
dibahagikan kepada 3 kumpulan..jika dalam kumpulan itu boleh menjawab seberapa
banyak soalan dengan betul ia dikira sebagai pemenang..tajuk atau topic adalah
alam dan manusia (kompilasi geografi, pengetahuan am dan sejarah dalam satu mata
pelajaran)..selalu kumpulan saya yang menang he3..dan dibantu oleh 2 orang
rakan yang lain..jadi untuk menang dalam kuiz itu, perlu banyak membaca..maka
natijahnya kita akan menang..pernah juga rakan saya bercakap, “kau ni layak
jadi PM la sebab banyak membaca”..saya tergelak sendirian..tidak semestinya
apabila kita banyak membaca kita perlu jadi PM..tetapi untuk menjadi seorang
pemimpin adalah wajib untuk mereka membaca..
Buku pada
hemat dan pandangan saya adalah merupakan teman yang setia dan sangat akrab..kenapa
buku itu saya ibaratkan sebagai teman yang akrab, sejati dan setia atau
pendamping yang rapat atau seseolah saka he3..tapi dalam bentuk yang baik dan
ilmiah..buku adalah teman yang memberi ilham sewaktu kita amat memerlukan,
merungkai persoalan sewaktu kekusutan, bila rindu kita memerlukan dengan
menyentuh dan membaca isi-isi yang ditulis oleh minda-minda agung dan tokoh
arif dalam bidangnya, bila kita kesepian dia peneman setia, dilempar tidak dibalas, memberi sewaktu
memerlukan, memberi motivasi sewaktu kesedihan, menggembirakan sewaktu
kedukaan..menelusuri akar kebijaksanaan, kearifan dan huraian serta perdebatan
yang ditulis dan dikekalkan dalam bentuk memori penulisan..semuanya itu adalah
buku..terpulang kepada kita bagaimana untuk memanfaatkan dan menjadikan ia
sebagai teman yang setia..
Kita juga
berpeluang menjelajahi ruangan minda agung, berkelana mencari kebenaran dalam
persoalan yang dilontarkan, juga membaca perdebatan ilmiah secara senyap dengan
ruangan peribadi yang tersendiri..semuanya boleh diperolehi melalui buku yang
dibaca..wahyu yang pertama diturunkan kepada nabi Muhammad SAW..membicarakan
berkenaan dengan, baca dan pena yang mengajar menusia..mengajar apa yang tidak
diketahui melalui pembacaan dan penulisan..maka yang diperlukan hanyalah
memulakan pembacaan..kegagahan tamadun yang terdahulu dibina melalui
ilmu..semua bermula dengan proses bagaimana untuk mencatat..maka manusia
mencipta bentuk catatan yang mudah difahami dan ditulis diatas sebarang benda
yang boleh digunakan untuk mencatat.
Untuk
penerbitan tempatan saya banyak membaca buku terbitan PTS (Buku am, novel), DBP
(kebahasaan, falsafah, kebudayaan), Syabab Media (Harun Yahya), Pelanduk
(Mahathir, politik), Utusan PD (am) Marshal Canvendish (novel) , Jahabersa
(Harun Yahya) dan beberapa penerbit yang tidak ingat lagi..bagi penerbitan luar
Indonesia seperti Gramedia, Mizan, Serambi, Narasi…semua buku yang saya beli
adalah terbitan berbahasa melayu..kenapa semua buku melayu..saya dulu pernah
membuat kerja di sebuah banglo mewah di Pantai Dalam KL..milik CEO
BP..semestinya mat saleh..saya cukup teruja melihat koleksi buku yang begitu
banyak..dari ruangan tamu, dewan makan, dapur, bilik tidur, bilik bekerja dan
kamar mandi..hampir semua buku tentunya dalam bahasa ibunda mereka, bahasa
inggeris..bermacam-macam jenis buku..hanya satu sahaja buku yang saya jumpa
dalam bahasa Perancis itu pun berkenaan dengan oil & gas (OG)…yang lain
semua dalam bahasa inggeris..mereka begitu fanatik dan sayang akan bahasa
mereka..jika mereka yang dulu pernah menjajah Negara kita, merampas hak milik
hasil bumi kita dan membunuh orang kita..begitu bangga dengan bahasa dan
kebudayaan mereka yang kononnya lebih bertamadun dari orang lain, maka kenapa
tidak saya untuk membanggakan hak saya sebagai warga peribumi untuk bangga dan
sayang dengan bahasa dan kebudayaan bangsa saya.. jika mereka dengan bangga
menunjukkan koleksi buku bahasa mereka kenapa tidak saya bangga dengan koleksi
buku tulisan bahasa bangsa saya..yang setaraf dengan buku mereka…
Koleksi saya
adalah koleksi buku berbahasa melayu..bukan kerana fanatik, tetapi atas rasa
berketanggungjawaban (akauntabiliti) dalam memartabatkan budaya penerbitan
berwahana melayu dan bertindak untuk memandaikan bangsa melalui bahasanya
sendiri..itu adalah jihad ilmu..jika kita tidal yakin terhadap buku bahasa
sendiri siapa lagi yang mempedulikannya..jangan diharap kaum kafir, kufar,
golongan anglophilia yang tidak berpijak dibumi nyata..mereka hanya golongan
perosak..
Selamat
membaca…membaca menjadikan kita berisi, meningkatkan keintelektualan,
mematangkan fikiran, mendekatkan kita dengan Pencipta, dan mencerahkan minda
dan tindakan..
Ulasan
Catat Ulasan