Pelaburan

Kesihatan
adalah satu bentuk pelaburan.
Seperti mana kita memperuntukkan sejumlah wang
untuk dilaburkan dalam institusi – institusi yang kita percayai untuk kegunaan
masa hadapan atau semasa berlakunya kecemasan. Mungkin kita boleh melaburkannya
dalam bentuk wang seperti membeli produk kesihatan seperti ubat, supplement,
atau makanan kesihatan.
![]() |
Mungkin juga kita boleh membelanjakan wang membeli peralatan senaman dirumah seperti treadmill, selain berbelanja membeli basikal. Di samping itu mengunjungi ke pusat – pusat kecergasan atau fitness centre yang tumbuh bagaikan cendawan. Atau kita boleh menyertai acara sukan seperti larian, berbasikal, berfutsal, badminton, bola sepak, brisk walk (berjalan laju) atau apa – apa kegiatan yang melibatkan pergerakkan fizikal yang boleh mengeluarkan peluh. Kita tidak sahaja menghadkan senaman dalam bentuk yang formal atau konvensional seperti di atas, aktiviti seperti berkebun, mengemas rumah, berjalan kaki ke satu tempat atau menaiki tangga boleh juga dipraktikkan. Asalkan kita bergerak. |
Tubuh badan yang sihat adalah satu aset yang sangat
berharga. Wang yang dilaburkan atau dibelanjakan untuk tujuan kesihatan adalah
satu bentuk pelaburan jangka panjang atau selama mana kita mampu hidup.

Secara
amnya dalam penjagaan kesihatan nisbah 40 : 60 atau ada juga yang mempraktikkan
30 : 70. Apa itu? 40 % adalah dari amalan senaman kita seperti berlari, bermain
bola atau apa – apa kegiatan fizikal dan 60 % adalah dari amalan pengambilan
diet makanan yang sihat dan seimbang.
Begitu halnya juga dengan 30% dan 70%,
untuk aktiviti fizikal dan amalan diet. Seperti yang diketahui kita
memperuntukkan masa yang lebih banyak untuk makan berbanding dengan aktiviti
fizikal. Ada yang diet pemakanannya 6 kali sehari, ada yang 3 kali sehari dan
ada juga 2 kali sehari. Tetapi bersenam jarang sekali 2 kali sehari,
kebiasaannya sekali sehari. Sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
Itu pun ramai
yang tidak mempraktikkan, berbanding dengan makan, memang jarang manusia yang miss
he3..ia satu keperluan… Jadi untuk mendapatkan kesihatan yang baik, kita biasa
berbelanja besar untuk makanan kita.

Pemilihan makanan yang betul adalah satu
aspek yang sangat penting dan dititikberatkan. Yang penting kita mesti memilih,
apakah produk makanan atau ubatan atau makanan tambahan yang betul dan
diperlukan oleh tubuh kita.
Kini dengan ledakan kemajuan sains dan teknologi
dalam bidang pemakanan telah merevolusikan pelbagai jenis produk makanan yang
diformulasikan secara moden dan diatasnamakan dalam bentuk saintifik.
Tiada
halangan untuk kita menggunakannya tetapi untuk pilihan, kita sebagai pengguna
yang bijak sewajarnya mengkaji dan memahami terlebih dahulu setiap produk.
Secara logiknya tiada siapa yang mahu sakit, apatah lagi menderita akibat dari
kelalaian kita dalam berurusan dengan kehidupan. Yang penting bertindaklah
dengan bijak agar setiap apa yang kita laburkan untuk berbaloi demi manfaat
kesihatan kita….
Nota kaki : Kesihatan
adalah satu bentuk pelaburan..ia satu nikmat..perlukan kita mengorbankan nikmat
kesihatan yang Allah kurniakan kepada kita dengan menikmati makanan dan minuman
dengan secara berlebihan daripada keperluan yang sepatutnya..
fikirkan dahulu
sebelum apa yang dimasukkan kedalam mulut kita samada ia satu keperluan (yang
sepatutnya diterima oleh tubuh) atau satu kehendak (berdasarkan nafsu lidah dan
perut)...
Ulasan
Catat Ulasan