Tinggalkan Perdebatan



  • ..Orang yang suka bertanya dan berdebat itu mempunyai 4jenis kejahilan. Tiga daripadanya tidak dapat diubati dan hanya satu yang boleh disembuhkan..Tiga darpadanya adalah:
  • Mjzai Mohd 1. mereka yang mengemukakan soalan kerana dengki dan marah..Orang seperti ini, sebaik mana pun jawapan kamu, semuanya tidak berfaedah baginya. Apa sahaja yang kamu lakukan tidak betul pada persekitarnnya. Orang begini, tidak usahlah kamu layan permintaanya..
  • Mjzai Mohd 2. Mereka yang berdebat bertanya kerana kebodohan diri sendiri..orang sebegini juga tidak dapat dirawat. Sebagaimana Nabi Isa a.s, pernah menegaskan: "aku mampu untuk menghidupkan orang yang mati tetapi aku tidak mampu untuk mengubati orang yang bodoh." Termasuklah juga dalam golongan ini, orang yang belajar dalam masa yang sekejap sahaja dan terlalu sedikit ilmunya namun kerana kebodohannya dia berani menentang orang yang telah menghabiskan waktu dengan membaca.
  • Mjzai Mohd 3. Mereka yang inginkan jawapan tetapi kerana kurang daya kefahaman, mereka tidak mampu untuk memahaminya..

    Akhir sekali, Imam al-Ghazzali menyatakan bahawa satu-satunya penyakit yang boleh diubati melalui perdebatan ialah orang yang boleh menerima tunjuk ajar, cerdik dan mampu memahami.. Pertanyaannya juga bukan kerana dengki, marah, syahwat atau harta benda. HANYA ORANG SEBEGINI SAHAJA YANG HARUS DILAYANI DAN DIJAWAB.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Doa untuk Anak-anak

Memori pentauliahan Intake 21 UPM..

Kenapa saya suka membaca