Kepentingan Latar Belakang syarikat
Pagi tadi
kakak ipar saya, Wan Rohani ada berkongsi mengenai maklum balas dari pihak
kementerian keselamatan mengenai status pendaftaran produk yang diragui dan
didapati produk tersebut tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah
(PBKD) yang bertanggungjawab dalam pendaftaran produk farmaseutikal.
Ini
bermaksud, produk ini adalah masih belum dinilai dalam aspek keselamatannya dan
tidak boleh dijual dalam pasaran Malaysia.
Pada masa
kini, terdapat banyak pihak yang telah menyalahgunakan internet untuk menjual
produk yang tidak berdaftar kerana penjualan melalui internet sukar dikawal.
Oleh yang
demikian, orang awam dinasihatkan agar tidak membeli atau menggunakan produk
yang diragui kerana dikhuatiri produk ini boleh memberi kesan sampingan atau mendatangkan
kemudaratan pada kesihatan.
Pada
pendapat saya...
Mengetahui
latar belakang sesuatu company adalah sangat penting sebelum mengguna produk
tersebut..
Jika ia
sudah lama berada dipasaran, dan terdapat beribu-ribu testimoni..
maka tidak
rugi untuk mencuba kerana Ia mungkin memberi manafaat yang baik…
Mana-mana
produk perlu melalui proses penyelidikan terlebih dahulu..
Dan ia
memerlukan kos yang tinggi..
Maka tidak
hairanla kenapa sesetengah produk itu dilabel sebagai produk yang mahal..
Produk yang
mahal tidak semestinya berkualiti dan produk yang murah pula tidak semestinya
tidak berkualiti..
Pengguna
perlu bijak memilih produk dan meletakkan nilai kesihatan ditahap yang
sepatutnya..
Rata-rata
pengguna lebih gemar melihat dari segi kuantiti berbanding kualiti..
Anda
bagaimana??? ♥
Nota Kaki :
yang penting bak kata pepatah melayu menang membeli alah memakai..kepuasan
produk bergantung kepada pemahaman kita terhadap sesuatu produk iaitu dengan
mengkaji dan menggunakannya terlebih dahulu, bukan melalui ikutan sahaja. jika
terbukti hasilnya memberikan kesan yang positif maka tiada masalah bagi kita
untuk mempromosikannya..
Ulasan
Catat Ulasan