Doa Adik Tuan Guru



"Membaca petikan doa yang dibaca oleh adik tuan guru..sangat2 menyedihkan..seolah2 apa yang dibuat oleh UMNO adalah sekejam perlakuan Zionis yang membunuh dengan menembak dan menyembelih umat Palestin, seolah Nazi membunuh puak yahudi..sedangkan kita sebangsa, seagama dengan fahaman Sunnah Wal Jamaah, senegara dan bersaudara darah daging..

kenapa hendak disamakan Melayu Islam dengan perlakuan Firaun yang bertindak kejam terhadap umat Musa iaitu Israel, Namrud yang memusuhi Ibrahim, Qarun dengan ketamakan harta sehingga melalaikan urusan janjinya dengan Allah sesudah kaya, Abu Lahab yang bertindak kejam terhadap pengikut Muhammad SAW..kejam sangatkah pemimpin melayu dengan bangsanya sendiri dan bangsa2 yang menumpang tuah di bumi nusantara Melayu.. 

Mungkin ilmu agama saya tidak sehebat dengan pengikut PAS..namun saya tidak jahil dan tergamak untuk berdoa sedemikian..Kerana ramai kalangan rakan dan saudara saya yang menjadi pengikut PAS, dan sama sekali saya tidak akan mendoakan kecelakaan mereka..saya menghormati perbezaan pendapat, kerana ianya adalah satu hikmah..namun ikatan dan pertalian persaudaraan dan persahabatan tidak pernah terlerai lantara dek perbezaan fahaman..mereka saudara mara sedarah sedaging dan sahabat seagama dengan saya ..

Puak kafir dan opurtunis yang berdiri disebalik tabir samada dalam negara mahupun luar negara begitu gembira mendengar doa yang dibaca oleh orang yang dikatakan ulama dan diaminkan oleh ribuan pengikut lain dalam mengjahanamkan bangsanya yang sama pegangan akidah..tanpa perlu diusahakan oleh bangsa mereka sendiri dan mengotorkan tangan mereka, sebaliknya diusahakan oleh orang Melayu Islam sendiri untuk untuk menjatuhjahanamkan orang Melayu Islam sendiri.. 

Semua ini berlaku kerana kefanatikan kita berpolitik dengan penuh kejahilan dan kemaruk untuk menjadi pihak yang berkuasa untuk memerintah negara dengan menjatuhkan bangsa sendiri.. Mungkin tragedi sejarah kemusnahan bangsa sendiri boleh berlaku dikalangan kita..kerana kita saling jatuh menjatuhkan semasa sendiri..sedangkan puak Kafir hanya menunggu masa yang sesuai untuk mengambil alih kepemimpinan negara dengan melantik proksi dikalangan puak kafir sendiri atau melantik boneka dikalangan Melayu Islam dalam menuruti kehendak skrip yang telah dirangkakan oleh mereka sendiri. 

BERPOLITIKLAH DENGAN JIWA YANG BESAR, SUCI, MURNI dan PENUH KEBIJAKSANAAN..bukan dengan jiwa yang kerdil, bermindakan anutan bebalisme yang menutup hikmah dan beremosi yang menafikan kerasionalan kita dalam berfikir..."

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Doa untuk Anak-anak

Memori pentauliahan Intake 21 UPM..

Kenapa saya suka membaca