Lagenda Ultra Marathon



CLIFF YOUNG @ CLIFF SHUFFLE

1983  SYDENY Australia…bermulanya satu perlumbaan Westfield dari Sydney ke Melbourne satu perlumbaan ULTRA MARATHON dengan jarak sejauh 875 km yang disifatkan sebagai larian yang paling lasak di dunia pada masa tersebut yang mana para peserta perlu menamatkan larian ini dalam masa 5 HARI. 

Ianya adalah larian lasak yang paling diminati dan dinanti-nantikan oleh para pelari tegar dan profesional dari serata dunia yang menghimpunkan raja – raja marathon dunia.  Kebanyakkan dari pelari tegar ini berusia dalam lingkungan 20 – 30 tahun dan memiliki tahap stamina dan kecergasan yang amat tinggi (super fit)

Iklan larian ini telah menarik minat seorang veteran yang tidak berkahwin, Clif Young yang berusia 61 tahun yang tidak mempunyai gigi, memakai baju coverall dan memakai kasut boot.  Ramai yang menyangka dia seorang yang gila, mencari publisiti murahan dan ramai yang menyuruhnya untuk menarik diri dari acara ini. 

Kerana ramai yang tidak mampu untuk menamatkan acara yang sebegini gila walaupun dari kalangan mereka yang disifatkan sebagai pelari professional yang memiliki kecergasan yang tinggi dan yang berlatih dengan regim latihan yang konsisten.  

Ditambahan pula dengan Cliff Young yang tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam larian sebegini dan memakai pakaian yang dianggap sebagai orang kurang siuman (tidak berpakaian seperti pelari, sebaliknya memakai baju coverall dan kasut boot).  Ramai yang menyangka beliau akan mati di tengah jalan…

Walau bagaimanapun beliau enggan untuk menarik diri dan tetap berdegil untuk meneruskan pendaftaran untuk menyertai larian paling lasak ini. Biarpun dipujuk supaya menarik diri dari acara ini, beliau tetap bertegas, akhirnya pihak penganjur membenarkan beliau menyertai acara larian ini kerana pada fikiran pihak penganjur, beliau akan menarik diri sewaktu larian ini berlangsung.  

Beberapa minggu sebelum larian beliau telah memulakan siri latihannya. Dengan hanya dipantau oleh ibunya (yang bertindak sebagai jurulatih) yang berusia 81 tahun ketika itu, beliau memulakan latihan dengan mengejar biri – biri miliknya yang berjumlah 2000 ekor yang disertai dengan anjing gembalaannya di ladang kentang yang seluas 2000 ekar. 

Beliau berkata “Adakalanya saya akan perlu untuk berlari bersama biri-biri selama dua atau tiga hari. Ia mengambil masa yang lama, tetapi saya sentiasa akan menangkap mereka. Jika saya berjaya menangkap biri – biri ini, saya percaya saya boleh berlari dalam perlumbaan ini ".  

Hari pertandingan bermula. Seperti yang dijangkakan beliau tertinggal jauh dibelakang pelari elit lain.  Untuk 3 hari pertama larian lasak ini, beliau adalah pelari terakhir yang tertinggal dibelakang. Di-sepanjang laluan pihak media dan orang ramai yang mengikutinya mentertawakan dan seolah-olah mengejeknya supaya menghentikan larian ini ditambahi pula  dengan gaya lariannya (shuffle) yang tidak normal dan tidak betul pada tanggapan khayalak ketika itu.  

Beliau telah mengatur strateginya, dimana pada waktu pelari lain berhenti untuk tidur di malam hari, beliau berehat sebentar untuk menghilangkan penat berlari dan meneruskan lariannya dengan gaya shuffle di sepanjang malam.  Dari hari ke hari, secara perlahan – lahan, beliau mula mendekati pelari – pelari yang pada awalnya berlari jauh meninggalkanya dan beliau berjaya memintas setiap pelari – pelari tersebut seorang demi seorang sehinggalah ke malam terakhir iaitu malam ke 4…..

Di malam terakhir iaitu malam ke 4 hari ke 5, keajaiban telah berlaku…Cliff telah berjaya memintas ke pelari pendahulu yang mana pelari pertama ini tidur, dan Cliff Young telah menjuarai larian lasak ini.   Bukan sekadar menjadi juara tetapi berjaya memecah rekod baru, beliau membuat cacatan 9 jam kurang dari rekod terdahulu.  

Beliau Berjaya menamatkan larian dengan masa 5 hari, 15 jam dan 4 minit….dengan kejayaan ini beliau berjaya menenggelamkan atau melenyapkan semua kritikan dan ejekkan yang dilemparkan terhadap beliau sebelum larian lasak ini bermula…

Beliau telah dianugerahkan hadiah yang bernilai AD 10 000.  Beliau sendiri tidak tahu menahu acara tersebut menyediakan hadiah, sebaliknya beliau menegaskan beliau memasuki acara tersebut bukan kerana duit dan akhirnya beliau memberikan ke semua wang tersebut kepada pelari – pelari lain.   Beliau berkata, beliau memasuki larian ini adalah untuk membuktikan beliau mampu berlari dan boleh menamatkan larian ini…

Pada tahun berikutnya, Cliff memasuki perlumbaan yang sama untuk 7 tahun yang berikutnya  dan tiada siapa pun yang mampu menghalangnya.

Pada 1997, pada usia 76 tahun beliau sekali menonjolkan diri dalam acara sebegini tetapi dengan tujuan untuk mengumpul dana bagi kanak – kanak jalanan dan tidak berumah  di sekitar Australia.  Untuk tujuan ini beliau berazam untuk berlari sejauh 16 000 km.  

Walau bagaimanapun beliau hanya dapat berlari sejauh 6520 km sahaja lantara krew penggambaran yang mengikut beliau telah jatuh sakit dan akhirnya memaksa beliau menarik diri dari meneruskan acara ini.

Pada masa kini, gaya atau cara "Young-shuffle" telah diterima pakai oleh ramai pelari ultra maraton kerana ia dianggap lebih cekap tenaga dan lebih bersifat aerodinamik.  Menerusi acara ini beliau telah menjadi juara sebanyak 3 kali untuk perlumbaan dari Sydney ke Melbourne.

Beliau meninggal dunia pada usia 81 iaitu 2 November 2003.  Beliau adalah anak sulung dari 6 orang adik beradik.  Sewaktu kematiaannya, kakaknya berkata "He is the first of us to go, but then he was always on the go".  Kata – kata dipahat di atas nisannya. Jika beliau pada usia 61 tahun seorang penanam kentang yang telah pun berusia emas, berjaya menamatkan dan memenangi larian ULTRA MARATHON dengan jarak 875 km, bagaimana pula dengan kita..

Kisah beliau ini menjadi inspirasi bagi semua orang yang pernah membaca dan mengikuti kisahnya..

Beliau pernah berkata "Untuk menjadi terkenal anda tidak perlu menjadi hebat, cukup sekadar memiliki USAHA YANG KERAS dan KEAZAMAN YANG MELANGIT TINGGINYA”... Cliff Young berjaya mencipta lagendanya dalam kelasnya yang tersendiri....



  1. Jangan menilai orang berdasarkan luarannya sahaja – Gaya yang dicipta oleh Cliff telah menjadi inspirasi kepada sebahagian besar pelari marathon dunia masa kini
  2. Kita tidak terlalu tua untuk belajar dan mencapai sesuatu – Semuanya ini memerlukan persediaan yang betul, sasaran yang hendak dicapai dan sikap yang psotif
  3. Jangan mendengar kata – kata negatif - Orang sekeliling akan cuba menjatuhkan moral dan semangat kita apabila kita mencuba sesuatu yang baru atau diluar kebiasaan normal.  Jika anda 100% komited, LAKUKAN SAHAJA..
  4. Lawan sikap prejudis – Orang akan memperkatakan sesuatu jika berbeza  dan terus memperkatakan jika ianya berlawanan dengan pandangan asasinya.   Jujurlah pada diri sendiri.  Hidup ini terlalu singkat untuk bersikap prejudis dan sedih
  5. Berfikiran diluar kotak – Apabila dicabar, fikirkan dengan cara positif dan kreatif.  Clifff berlari sepanjang malam untuk 5 hari.  Sesuatu yang tidak difikirkan oleh pelari – pelari elit lain..
  6. Bersaing dengan diri sendiri, bukan dengan orang lain – Kita seringkali bersaing dengan mereka yang lebih baik, sudahnya kita sering merasa tertewas dan kecewa.  Apa yang perlu, kita perlu bersaing dengan diri sendiri supaya kita boleh mencapai sesuatu keupayaan yang tinggi.
  7. Yang penting, JADILAH DIRI ANDA SENDIRI – Jujurlah dengan diri dan anda akan memperolehi dengan apa yang anda usahakan..











a

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Doa untuk Anak-anak

Memori pentauliahan Intake 21 UPM..

Kenapa saya suka membaca