Setiap Buku adalah Buku Curi

"‘Setiap
buku adalah buku curi’ – Nazi adalah penjarah atau pembakar buku yang tidak
sealiran dengan fahamannya, sebagaimana bangsa Rom yang mencuri keseluruhan
buku dari kepustakaan Yunani dan Ratu Christina dari Sweden adalah penggumpul
barang curi selama 30 tahun Perang Sweden..
Menurut Antiquarian Booksellers
Association of America (ABAA) ada 4 jenis pencuri buku :
- Pencuri mencuri kerana tidak dapat menahan nafsunya untuk mencuri
- Pencuri yang mencuri demi meraih keuntungan
- Pencuri yang mencuri kerana marah
- Pencuri yang mencuri kerana untuk kegunaan peribadi..
Mereka yang mencuri untuk kegunaan peribadi ini adalah
digerakkan oleh keinginan dan kecintaannya yang sangat luar biasa terhadap
buku…adakalanya mereka tergoda untuk mencuri, namun mendapat kekuatan peribadi
untuk menolak nafsu mencurinya…
Koleksi buku bukan sekadar memilikinya. Ia
lebih merupakan cara memerhati, memerhati dengan cara sendirinya menjadi
kedambaan dan memerhati dengan cara seperti kerasukkan dan terhanyut.
Peter
Stern berkata ‘ Aku ingin sekali membelinya, dan sangat menginginkannya, tetapi
mendapatkan benda yang didambakan itu mengubahkan segalannya. Begitulah aku
memilikinya, meskipun hanya selama beberapa ketika itu sudah membuatkan aku
merasa berbaloi…
Ulasan
Catat Ulasan