Elakkan jika berdiet
"Hargailah
nikmat kesihatan yang ALLAH kurniakan kepada kita Adakah kita perlu menunggu
sehingga ALLAH menarik semula pemberian yang ALLAH kurniakan kepada kita secara
percuma, setelah kita mengabaikan nikmat kesihatan akibat dari kejahilan dan
kezaliman yang kita lakukan terhadap diri sendiri…
9 Makanan yang anda semua
perlu elakkan dalam diet. (from kevin zahri blog)
1.Soft Drinks / Minuman
bergas Seperti yang kita semua tahu, soft drinks adalah sejuk, segar, manis,
dan addictive. Kebanyakan soft drinks mengandungi kandungan kafein dan gula
yang sangat2 tinggi. Penggemar minuman jenis ini mungkin secara tidak sedar
mencetuskan kebergantungan dan addiction terhadap air bergas dan ber-kafein
ini. Minuman bergas ini hampir tidak mempunyai sedikit khasiat pun, oleh itu ia
perlu dibuang jauh-jauh dari diet harian anda. Tambahkan pengambilan air dan
the serta jus buah-buahan jika anda memerlukan gula.
2.Minuman Kedai Kopi
Seperti minuman bergas, sesetengah penggemar kafein mungkin memenuhi keperluan
mereka dengan minuman kopi. Samada kopi o’ atau kopi susu rendah kalori,
kebanyakan kopi di kedai hari ini mengandungi creamer, gula, dan penambah
perisa yang lain. Jika anda memerlukan kafein, order kopi o kosong dan tambah
sedikit susu, creamer, atau gula mengikut keperluan anda sendiri. (dalam case
ni.. jika anda perlukan kafein, herbalife thermogenic tea boleh membantu anda)
3.Produk kaya tepung Anda patut mengelakkan roti putih dan produk yang
mengandungi tepung yang diperkaya. ‘Tepung yang diperkaya’ menunjukkan yang
tepung tersebut telah di ‘bleached’ dan kehilangan khasiat yang berharga.
Sebaliknya untuk langkah yang lebih bijak, anda bolehlah membeli roti penuh
gandum dan pasta.
4.Roti, kek, dll Roti keju yang besar dan muffin yang bersaiz
penumbuk anda bukanlah pilihan yang baik untuk diet harian anda. Saiz makanan
seperti ini kadangkala di luar kawalan anda. Kebanyakan makanan ini mengandungi
tepung yang diperkaya, gula dan lemak tepu yang tinggi. Jika anda membaca label
makanan, pastikan anda memeriksa samada makanan tersebut mengandungi minyak
yang dihidrogenkan dari marjerin atau tidak. Sekalipun ada tertulis ‘tanpa
lemak tepu’ pada label makanan, periksa kandungan nutrisi makanan tersebut.
Sesetengah pengeluar makanan mempromosikan makanan mereka dengan mengatakan
kurang lemak. Jika anda ragu-ragu, periksa kandungan bahan yang digunakan.
5.Makanan / Minuman pek segera (instant) Sekarang ini di mana-mana sahaja dapat
kita lihat pelbagai jenis makanan dan minuman segera. Dan makanan dan minuman
jenis inilah yang paling banyak dibeli oleh kebanyakan daripada kita disebabkan
jadual harian yang padat. Oleh itu anda memerlukan sesuatu yang mudah dan
pantas. Makanan dan minuman segera ini juga mempunyai rasa yang sedap dan
lazat. Tetapi tahukah anda bahawa kebanyakan makanan segera ini mempunyai
kandungan garam dan penambah perisa yang tinggi? Manakala minuman segera pula
mengandungi kandungan gula dan creamer yang tinggi. Dengan pengambilan makanan
dan minuman segera ini, anda tidak boleh mengawal kandungan garam, gula, dan
krimer ke dalam badan anda. Pengambilan jenis makanan dan minuman ini boleh
memudaratkan tubuh badan anda dalam jangka masa yang panjang. Oleh itu, anda
perlu tahu mengawal makanan dan minuman seperti ini, atau yang lebih baik cuba
mengelakkannya kerana kebanyakannya juga mengandungi kandungan kalori yang
tinggi.
6.Makanan dalam tin Kebanyakan makanan dalam tin pula mengandungi
penambah perisa yang sangat tinggi. Selain itu, kandungan garam di dalamnya
juga adalah sangat tinggi. Walaupun makanan dalam tin ini sangat berguna ketika
keadaan kecemasan atau darurat, tetapi jangan jadikan ia sebagai makanan harian
anda.
7.Makanan bergoreng Setiap makanan bergoreng mengandungi kalori
tersembunyi. Sesetengah restoran mungkin menggunakan minyak yang mengandungi
lemak tepu, atau makanan digoreng then mentega atau telur yang banyak. Oleh
itu, anda perlu mengurangkan pengambilan makanan bergoreng. Jika sesekali anda
teringin makan makanan bergoreng, anda bolehlah menggoreng sendiri makanan
tersebut supaya anda boleh memilih sendiri minyak yang baik dan menyesuaikan
dengan resepi anda.
8.Makanan segera Siapa yang tak suka burger dan french
fries kan? Memang sedap, tapi anda perlu mengelakkan makanan segera dari diet
harian anda. Kebanyakan makanan segera ini di goreng di dalam minyak dan
jarang-jarang mempunyai vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh badan. Hadkan
pengambilan makanan segera kepada 1 – 2 kali sahaja setiap bulan.
9.Snek buah
Kenapa anda makan snek buah padahal anda boleh makan buah yang sebenar?
Walaupun sesetengah jenama snek buah mungkin menambah vitamin dan mineral yang
diperlukan tubuh badan ke dalam snek buah mereka, snek seperti ini juga mungkin
mengandungi gula dan perisa tambahan. Pilihlah makanan semulajadi dan segar
daripada makan makanan yang diproses seperti ini."
Ulasan
Catat Ulasan