Diet Separuh Jalan


menyedari berat badan mula berubah, secara semulajdinya program diet bermain dalam fikiran kita.  Namun yang menjadi masalah, semangat untuk berdiet hanya wujud seketika.  Program yang diamalkan terhenti begitu sahaja sebelum matlamat berjaya dicapai apatah lagi untuk dijadikan amalan untuk kesihatan yang lebih baik..

Sebabnya...

Nafsu makan yang besar 

– mereka yang mengamalkan diet tetapi hanya melakukannya separuh jalan mungkin disebabkan nafsu makan yang besar.  Menambah rumitkan lagi apabila melihat pelbagai jenis makanan yang terhidang di depan mata



Pujukan rakan 

– rakan yang keluar makan bersama. 



Tiada sokongan 

– sikap malas berusaha dalam diri, selain kurangnya pengetahuan berkenaan diet yang betul.  Kurangnya tindak balas insan yang terdekat seperti suami isteri, anak – anak, ahli keluarga mahupun rakan – rakan menjadikan mereka kurang bersemangat untuk berdiet.  Keadaan ini juga menjadikan mereka cepat berputus asa.  



Keluarga suka memasak 

– ahli keluarga yang suka dan pandai memasak merupakan dugaan terbesar dalam usaha kita untuk berdiet.  Bayangkan dalam kita berdiet dengan mengawal nafsu makan dan pada masa yang terpaksa menghidu dan melihat masakan enak – enak yang terbentang dihadapan mata. 



Kurangnya semangat 

– apabila berat naik mendadak atau ditegur orang keliling, mulalah mencuba produk pelangsingan, menjalani rutin senaman atau pemakanan dijaga.  Tetapi kerana sifat semulajadi yang kurang semangat menyebabkan ia tidak diteruskan sehingga sempurna..  

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Doa untuk Anak-anak

Memori pentauliahan Intake 21 UPM..

Kenapa saya suka membaca