Ada apa dengan Herbalife. Part 1
Syukur
Alhamdulillah..
Sehingga
hari ini saya masih tertanya-tanya apa yang ada pada herbalife..
Kami suami
isteri baru sahaja bermula..
Tetapi ia
banyak mengubah cara kami berfikir..
Untuk
menjadikan ia sebagai satu kerjaya bukanla mustahil..
Jika kita Usaha Insyallah dipermudahkan..
Banyak lagi yang kami perlu belajar
banyak lagi yang kami perlu usaha
banyak lagi yang kami perlu usaha
Kadang kala
kami tidak punyai pilihan..
Bergerak
mengikut arus masa.. mana yang terbaik itulah yang kami akan pilih..
Sejak
melibatkan diri dengan dunia herbalife ini..
Rasanya
banyak memberi impak positif daripada negatif..
Kami suami
isteri lebih….
berkongsi
minat
bertolak
ansur
menghargai
saling
sayang-menyayangi

Berkongsi Minat
- Saya
sendiri memerlukan masa hampir setahun lebih untuk memupuk sifat sukakan buku..
walaupun buku memenuhi rak dirumah.. tetapi ia bukan jaminan untuk saya
berkongsi minat dengan suami.. tetapi sikap suami yang bersabar dengan karenah
saya untuk melibatkan diri dengan dunia Herbalife.. sangat-sangat memberi kesan
yang mendalam kerana dia seorang yang sangat spectikal dengan semua produk yang
diluar sana termasuk herbalife.. untuk dia berkongsi minat bukan la semudah
yang disangka..saya sendiri perlu berkorban dan berusaha untuk pastikan dia
terlibat dengan dunia Herbalife secara tidak langsung..setelah tiga bulan..
semuanya berlaku dengan izinNya..Syukur..

Bertolak Ansur
- Sepanjang kami berkahwin saya
yang sangat berkira untuk memandu kenderaan apabila bersama suami, pada saya
itu adalah tanggungjawab suami. Tetapi memandangkan aktiviti Herbalife
selalunya jauh-jauh.. untuk saya menggalakkan dia terlibat sekali saya akan
bertolak ansur untuk memandu kenderaan, terutama pada waktu malam.. Tidak salah
tolak ansur jika membawa kepada kebaikan, tidakla bertolak ansur sampai ambil
kesempatan.. =)

Menghargai
– Part ni paling saya suka.. bila hidup sebagai suami isteri kita akan lebih
menghargai bila bersama.. itu pendapat peribadi saya..bila terlibat dengan
dunia Herbalife ni secara tidak lansung kami akan bergerak bersama-sama..duduk
bersama.. dengar bersama…kami dikelilingi dengan orang yang positif..membuatkan
kami lebih positif.. Kami saling menghargai antara satu sama lain.. Rasa
dihargai apabila minat kita turut dikongsi oleh suami begitu juga sebaliknya….
Walaupun peringkat permulaan agak sukar, Alhamdulillah Allah permudahkan..

Saling
sayang menyayangi
– he2.. ini no komen.. pasangan mana yang tidak bahagia
apabila pasangannya sudi berkongsi minat.. Pasangan
mana yang tidak bahagia apabila pasangannya bertolak ansur.. dan pasangan mana
yang tidak bahagia apabila pasangannya sentiasa menghargai..
Nota Kaki :
Semuanya bermula dari diri untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik… Allah
bantu hambanya yang ingin berubah.. Perubahan yang kecil memberikan kesan yang
besar dalam kehidupan.. Berubahla kearah yang lebih baik, semoga Allah
memberi ganjaran kepada mereka yang ingin berubah.. Bantula diri, jika perlu
mintala bantuan kerana masih ramai diluar sana yang sudi membantu.
Ulasan
Catat Ulasan