Sindrom Mewah


Banyak orang menyalakan kemewahan dan gaya hidup moden sebagai punca kepada permasalahan ini (sedentary life).  Isunya adalah sikap kita sendiri terhadap kesihatan.  

Hakikatnya cara hidup kita yang berubah tetapi pola pemakanan kita tetap tidak berubah.  Nenek moyang kita makan sama seperti yang kita makan, tetapi mereka bekerja dengan mengeluarkan peluh dan membakar tenaga.  Berlainan pula dengan kita yang keluar masuk pejabat yang berpendingin hawa.

Kemewahan boleh membunuh.  Ironinya seorang dari lima penduduk dunia berada dalam keadaan lapar dan seorang dari tiga mengalami malnutrisi (kurang zat).  Hakikatnya di Malaysia kebanyakkan dari kita mati akibat terlebih makan.  Kadar penyakit moden atau dulu kadang kala dipanggil penyakit orang kaya seperti barah (kanser), penyakit jantung, kencing manis (diabetes mellitus jenis 2), darah tinggi (hipertensi) dan lain-lain menunjukkan peningkatan seiringan dengan peningkatan taraf hidup rakyat yang semakin makmur.  

                            
Kita terlalu banyak makan, akibatnya kita semakin menambah ukur lilit pinggang dan saiz perut serta punggung dengan penggumpulan lemak, pengambilan makanan segera yang tidak berkhasiat dalam kekerapan yang tinggi disamping mengamalkan pembaziran makanan yang melampau.

Lebih malang kita tidak membuat apa-apa aktiviti fizikal atau mekanikal yang memerlukan kita untuk membakar kalori yang kian menimbun dalam tubuh kita.  Rakyat kita secara amnya kurang atau malas melakukan senaman walaupun setengah jam sehari untuk sekurang-kurangnya 3 kali dalam seminggu.  

Memburukan lagi keadaan dimana 75% dari rakyat kita tidak menjadikan amalan bersenaman atau beriadah sebagai satu budaya dalam kehidupan mereka.  Mereka tidak membudayakan amalan beriadah sama ada secara individu atau berkumpulan sebagai satu cara hidup mereka.   Kadar minimum kalori yang perlu dibakar adalah 3000 joule bersamaan dengan jumlah kalori yang masuk dalam tubuh kita. 

Walapun rata-rata dari kita menggemari menonton liga bola sepak luar Negara (khasnya Liga Inggeris) dan tempatan sama ada di kedai mamak atau di menonton menerusi siaran televisyen berbayar.  Namun minat mereka terhadap sukan ini tidak diimbangi dengan amalan bersukan. 

Budaya masyarakat Negara ini yang harus berubah. Kita harus mengawal cara pemakanan kita dan anak – anak kita.  Apa yang lebih penting adalah menekankan keperluan beriadah dikalangan mereka.  Tiada usaha yang menghalang kita dari terus beriadah.  

 
Prof Di Raja Ungku Aziz mungkin tidak mampu lagi berlari seperti diusia mudanya dalam umur hampir 9 dekad, namun tiada siapa yang mampu menghalangnya dari berjalan laju setiap pagi untuk tempoh satu jam.  

Begitu juga dengan Adnan Osman (kenalan larian yang bersemangat waja) berusia 68 tahun masih gagah mengayuh basikal secara solo ke Sukan Olimpik London 2012.

Suka untuk mengingatkan di sini bahawa bangsa Melayu dan India adalah amat kurang beriadah berbanding dengan bangsa Cina.  Pergilah ke mana sama ada di Fitness Gym, taman-taman tasik atau perumahan atau stadium, peratusan bangsa Cina yang aktif bersukan secara relatifnya adalah tinggi.  

Ia tidak memeranjatkan berdasarkan angka statistic yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Negara.  Jangka hayat wanita Cina pula adalah tertinggi di Malaysia, 79.8 tahun melebihi kadar jangka hayat purata bagi rakyat Malaysia iaitu 72 tahun.  

Kadar hayat wanita Melayu 75.3 tahun dan India adalah 76.2 tahun.  Bagi lelaki pula bangsa Cina adalah melebihi 74.4 tahun, diikuti dengan Melayu 70.5 tahun dan India 68 tahun.  

Benar umur dan kesihatan itu relatif dan milik Tuhan, tetapi kita juga bertanggungjawab untuk memelihara kesihatan kita. Allah mengurniakan kita tubuh yang seacra relatifnya lengkap dan sempurna tidak bermakna kita tidak perlu menjaganya kerana kita bukannya sempurna seratus peratus.  

Kita dikurniakan akal fikiran yang mampu berfikir dan kita perlu bertanggungjawab terhadap tubuh kita.  Kita bertanggungjawab untuk membentuknya dan mengisinya dengan pelbagai zat keperluan yang diperlukan oleh tubuh kita dalam menjadikan kita lebih sihat...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Doa untuk Anak-anak

Memori pentauliahan Intake 21 UPM..

Kenapa saya suka membaca