My passion…

Saya adalah jenis yang suka bersenam dan berlari. Rutin sewaktu di asrama semasa belajar di MRSM setiap petang selepas waktu prep, saya akan berlari di kawasan blok akademik dan pentadbiran. Untuk satu pusingan blok akademik dan pentadbiran adalah 600 meter. Saya berlari bersama abang yang bekerja sebagai krew yang menyediakan makanan di dewan makan. Saya pun telah lupa namanya.


Bersamanya
saya berlari dan belajar teknik saya larian yang betul khasnya untuk larian jarak jauh. Kebiasaannya saya akan berlari dengan dia dalam 10 pusingan, dipusingan akhir kami akan speed up langkah larian dan sprint untuk 100 meter yang terakhir. Hanya saya sahaja yang setia mengikutnya berlari, rakan-rakan lain tidak mampu untuk mengikuti rentak lariannya…selama 2 tahun saya rajin mengikutnya berlatih. Mungkin hanya saya sahaja dari kalangan Batch 12 di MRSM Beseri kemasukan 96/97 yang masih berlari dan saya gembira jika ada kalangan mereka yang masih lagi rajin berlari atau bersenam..

Saya berlari dan bersenam di MRSM sebagai satu escapism akibat dari bebanan belajar dan tekanan dari persekitaran MRSM itu sendiri yang terlalu memandang tinggi akan kecemerlangan dalam akademik dan sesiapa yang tidak melakukannya dengan baik atau tidak mencapai KPInya akan ditekan malahan dicemuh oleh cikgu dan rakan-rakan. Saya sendiri mengalaminya selama 2 tahun kerana saya bukan pelajar yang cemerlang sewaktu di sana….Larian dan senaman adalah satu terapi yang terbaik untuk permasalahan tersebut..
  
Kemudian apabila saya menyambungkan pelajaran di UPM bermula dari matrikulasi sehingga ke peringkat sarjana, saya masih lagi meneruskan minat dalam larian.  Saya membina keyakinan dalam larian ini sewaktu saya dalam PALAPES/ROTU (Intake 21).  Ia benar-benar menguji stamina saya.  Saya merasakan akan cabaran kerana ramai kalangan rakan-rakan yang kuat berlari, untuk itu saya harus kuat berlatih termasuk ke gimnasium.  Rutin saya, saya berjalan kaki dari kolej ke fakulti dan selepas habis kelas petang atau jika ketiadaan kelas petang, saya akan berlari dari kolej KOSASS ke bukit expo melalui laluan jauh iaitu melalui Kolej 13, 12 & 14, Satelit dan berakhir di bukit expo dengan membuat satu pusingan (semuanya dalam jarak 8km). Adakalanya saya memakai beg pack sebagai  pemberat untuk melajukan larian.     

Selepas itu diteruskan dengan aktiviti latihan fizikal (PT) ala ROTU seperti push up, seat up, BT10 (semuanya minimum dalam 50x untuk setiap satunya) dan weighing (mendagu dalam 10 -15 kali).  Inilah regim senaman saya yang masih lagi saya kekalkan sehingga sekarang, tetapi dengan penyesuaian apabila telah bekerja dan berkahwin.  Pokoknya yang dasar atau basic saya masih lagi berlari.  Rutin yang dibuat secara konsisten hampir setiap hari dan ia membuahkan hasil apabila dalam acara rentas desa (dalam jarak 7km bagi PK-Pegawai Kadet) peringkat kompeni dalam ROTU UPM saya mendapat tempat 10 teratas.  Sesuatu yang sangat baik, kerana saya perlu bersaingan dengan peringkat semasa sendiri dan peringkat lain yang mana kalangan mereka sendiri ada yang kuat berlari.  Saya juga berpeluang membantu mata untuk kejohanan rentas desa inter kolej dengan berjaya menempatkan diri dalam posisi 10 pelari teratas.  Kedudukan terbaik yang pernah saya dapat adalah no 4.  Saya merasa sangat gembira.  Pelari ke 4 terpantas di UPM he3…sesuatu yang tidak pernah saya alami dan mimpi..selepas menamatkan pelajaran ijazah pertama di UPM pada 2002 saya terus menyertai diri dalam larian on road yang diadakan disekitar Lembah Klang.  Medal pertama untuk larian luar saya adalah PJ half marathon (21 km) pada 2002 dan ianya berterusan sehingga kini.  Saya tidak pernah kira berapa milage atau perbatuan saya, tetapi saya mencatat setiap larian saya dalam satu  jadual, saya simpan semua sijil dan saya sangkut semua hampir semua medal saya..

Alhamdulilah saya masih berjaya mengekalkan kesihatan saya, bentuk badan saya dan awet muda saya.  Berlari dan bersenam satu aktiviti yang murah dan terapi kesihatan yang paling mudah diamalkan.  Ia hanya memerlukan minat dan disiplin itu sahaja.  Apa alasan kita untuk tidak mengaktifkan diri dengan kegiatan yang menyihatkan minda dan mencergaskan tubuh.  Saya adakala terasa hati dengan persepsi orang yang selalu memikirkan sudut negatif apabila kita bersukan.  Sayang sekali yang sering memberi kritikan adalah bangsa Melayu sendiri, walhal mereka jugalah yang paling kurang melibatkan diri dalam acara sebegini.  Realitinya menerusi pemerhatian saya selama 10 tahun dalam larian on road dan off road diluar universiti, 70% dari peserta larian adalah bangsa cina, selebihnya dikongsi oleh bangsa Melayu, India dan lain-lain.  Jadi di mana prioriti atau keutamaan yang difikirkan oleh bangsa saya sendiri.  Kita terlalu kritikal terhadap bangsa sendiri tetapi terlalu berlembut dengan bangsa lain.  Sedih saya dalam sukan pun masih lagi sempat berpolitik, bukan dengan niat bertujuan untuk mengwujudkan rasa pemersatuan bangsa…  

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Doa untuk Anak-anak

Memori pentauliahan Intake 21 UPM..

Kenapa saya suka membaca