Pengalaman Seorang Isteri
Sejak kecil saya tidak pernah mengalami masalah kegemukkan... Dengan berat yang hanya 45kg ketika menuntut di matrikulasi sehingga menamatkan pengajian di university dan 50kg ketika berusia 24 tahun setelah memasuki alam pekerjaan, tidak membuatkan saya risau akan kesihatan, Apatah lagi semasa menuntut di UPM saya melibatkan diri sengan PALAPES yang mana saya mengisi masa yang terluang di waktu petang dengan beriadah sambil berlari. Berlari telah menjadi rutin bagi saya. Saya tidak mengalami sebarang permasalahan berkaitan dengan berat badan, biarpun dibesarkan dalam keluarga yang suka memasak dan makan... Walaupun saya makan banyak, itu tidak menjadi masalah kepada saya, manakan mungkin saya tolak rezeki didepan mata, apatah lagi masakkan emak bertambah la selera untuk makan dan saya akan makan dengan bersungguh-sungguh. Namun yang terdetik di hati saya, disebelah keturunan ibu saya..memang mudah mengembang..dan saya mewarisi genetik tersebut.. Syukur pada 2011 saya...