Pengalaman Seorang Isteri
Sejak kecil saya tidak pernah
mengalami masalah kegemukkan... Dengan berat yang hanya 45kg ketika menuntut di
matrikulasi sehingga menamatkan pengajian di university dan 50kg ketika berusia
24 tahun setelah memasuki alam pekerjaan, tidak membuatkan saya risau akan
kesihatan,
Apatah lagi semasa menuntut di UPM
saya melibatkan diri sengan PALAPES yang mana saya mengisi masa yang terluang
di waktu petang dengan beriadah sambil berlari. Berlari telah menjadi rutin
bagi saya. Saya tidak mengalami sebarang permasalahan berkaitan dengan berat
badan, biarpun dibesarkan dalam keluarga yang suka memasak dan makan...
Walaupun saya makan banyak, itu tidak
menjadi masalah kepada saya, manakan mungkin saya tolak rezeki didepan mata,
apatah lagi masakkan emak bertambah la selera untuk makan dan saya akan makan
dengan bersungguh-sungguh. Namun yang terdetik di hati saya, disebelah
keturunan ibu saya..memang mudah mengembang..dan saya mewarisi genetik
tersebut..
Syukur pada 2011 saya dijodohkan dengan
seorang lelaki yang obses dengan buku dan larian, setiap minggu saya akan turut
berlari bersamanya, berharap supaya saya dapat mengekalkan berat dan bentuk
badan.
Semasa berkahwin saya membeli koset
PB untuk dipakai semasa bersanding, walaupun harganya agak mahal sekitar
Rm3,000 saya usahakan juga untuk mendapatkannya supaya saya dapat memakainya
selalu dan akan dipakai semasa pantang.. wahh.. jauh betul saya fikir..
Namun semuanya hanya sementara,
komitmen terhadap kerja, ia membatasi masa saya untuk beriadah seperti dahulu
dan corak pemakanan saya yang agak tidak terancang seperti makan malam selepas
jam 9 malam dengan diet pemakanan yang agak tinggi kalorinya.
Semua ini merupakan faktor penyumbang
terhadap berlakunya penambahan berat badan secara tidak terancang atau di lain
kata, penambahan karbohidrat yang tidak disertai dengan mekanisme
pembakaran..Maksudnya saya menambahkan keperluan tenaga (kalori) dalam tubuh
melebihi had yang diperlukan berbanding kurangnya keperluan untuk membakarnya
iaitu dalam bentuk senaman.
Sebagai penanda aras (trigger alarm)
kepada permulaan rasanya badan mula mengembang, korset yang dibeli di awal
perkahwinan mula mengetat dan hampir tidak muat untuk dipakai, yang diakibatkan
penambahan ukur lilit tubuh (upper body)
Dari hari ke hari, bulan ke bulan,
saya dapat rasakan badan saya mula naik sedikit demi sedikit, suami mula
meminta saya mengurangkan berat badan , tetapi tidak pula dia meminta saya
mengurangkan makan =).. Berat saya meningkat ke 60 kg dalam masa setahun, saya
mula risau apatah lagi dirumah emak dan adik-adik mula memerhati dan perasan
dengan bentuk badan saya yang mengembang,
Ada juga yang tegur saya (kedengaran
agak negatif), kalau tidak mahu suami lari, jagala penampilan dan badan=(
kawan-kawan di pejabat juga perasan perubahan yang berlaku pada badan saya.
saya mula merasa demoralized dan
tidak bermotivasi, saya mula menjadi malas, balik kerja semasa memandu saya
akan mengantuk yang teramat sangat, memasak pun ala kadar dan selepas makan
malam saya akan cepat mengantuk dan terus tidur. Sampai satu tahap saya rasa
sampai bila saya perlu biarkan keadaan ini berlarutan, sementara belum ada anak
ini saya mesti usahakan sesuatu.
Perkenalan saya dengan produk
HERBALIFE ini bermula dengan saya membaca blog seorang teman (seorang pelajar
perubatan di sebuah universiti di Russia) yang suka memasak dan makan sehingga
menjadi pertambahan berat badan, dengan mengambil pelbagai kaedah pergi ke gim,
menjaga makan setelah badan naik adalah sesuatu yang sukar, dan setelah membuat
kajian tentang HERBALIFE dia mendisiplinkan diri menggunakannya.
Alhamdulillah dengin izin ALLAH,
ternyata terbukti. Selepas melihat sendiri perbahan yang positif pada dirinya..
Saya rasakan inilah masanya, bukan hanya melihat perubahan pada orang lain,
saya juga ingin berubah....
Pendekatan pertama yang saya ambil
adalah dengan menggantikan sarapan pagi dan makan tengah hari dengan makanan
yang mudah dan berkhasiat.. iaitu HERBALIFE dan pada waktu malam saya akan
masak dan makan bersama suami seperti biasa (gembirakan dalam mengurangkan
berat badan saya masih boleh menikmati makanan seperti biasa).. dan saya akan
pastikan minum air kosong atau air mineral sebanyak yang mungkin, iaitu
mengikut berat badan, setiap 25kg memerlukan 1L air, lagi banyak air lagi bagus
(jika inginkan sesuatu saya perlu usaha bersungguh-sungguh).
Alhamdulillah, setiap apa yang kita
usahakan itu Allah akan bantu dan akan ada hasilnya,.. Syukur berat saya
sekarang sudah 53kg dalam masa hampir dua bulan, setiap pengorban pasti ada
ganjarannya.. saya dapat hidup dengan sihat sekarang,
kesihatan yang Allah berikan dahulu
saya kembalikan semula.. Sesunggunya kesihatan itu adalah aset dan ia adalah
1001 nikmat yang tidak terhingga untuk kita lebih kenal erti syukur dan menghargai.
Semoga kita dapat menjaga kesihatan bersama-sama insan yang kita sayangi dan
meneruskan hidup dengan lebih bermakna.
Kehidupan tanpa kesihatan tidak akan
bermakna jika kita tidak menjaganya.
Mencegah lebih baik daripda
mengubati.
Terima Kasih Allah. Terima Kasih
Herbalife.

Ulasan
Catat Ulasan