PATRIOTISME ILMU

PEMERIBUMIAN DAN PATRIOTISME ILMU SEBAGAI PENJANA ILMU BARU* Shaharir bin Mohamad Zain *Terbit ddlm. Azizan (Pnyut.). Wacana Sejarah dan Falsafah Sainsa: Pemantapan Pengjian Sjarah, Falsafah dan Dasar Sains. DBP, 2009: 1-37 BILAKAH LAGI PEMERIBUMIAN ILMU? Pemeribumian (di alam Melayu; pe-Melayu-an khu-susnya di Malaysia) ilmu di Malaysia sebagai juzuk alam Melayu bermula sejak era Hindu-Buddhanya lagi, iaitu sejak abad ke-4M. Kebenaran ini berdasarkan prasasti tertua dalam bahasa Melayu yang dijumpai di Vietnam dan setampang batu bersurat 6 ayat bahasa Melayu zaman kerajaan Melayu Campa. Dalam ayat itu sudah ada perkataan ni (ini), punya, sa (se), rivu (ribu), thun (tahun) dan tujuh. Kerajaann Hindu-Buddha Melayu yang terkenal ialah kerajaan Funan (2 M - 6 M) yang berpusat di Kemboja, kerajaan Campa (2 M - 15 M) yang berpusat di Vietnam dan kerajaan Sriwijaya (6 M - 13 M) yang berpusat di Sumatera. Pemelayuan ilmu pada zaman itu ialah pemindahan ilmu da...