Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2014

Pengalaman bergelar ULTRAMAN dalam ULTRAMARATHON 100km

Imej
Alhamdulillah, usai sudah acara UItramarathon 100 miles anjuran TeamPacat Adventure yang bertempat di sekitar Putrajaya pada 22 dan 23 November Sabtu dan Ahad yang lepas.  Memang padanya mulanya saya tidak berkeyakinan untuk memasuki acara ultra ini.  Namun memandangkan masa yang diperuntukkan agak munasabah pada perkiraan saya maka saya memberanikan diri mendaftarkannya bersama dengan adik saya.  Ada 4 kategori yang dipertandingkan iaitu 52km, 78km, 100km dan 100batu (160km).  Bersesuaian dengan statusnya sebagai perlumbaan ultra saya mendaftarkan diri sebagai peserta untuk kategori 100km.  latihan memang agak kurang dalam 1bulan sebelum pertandingan.  Hanya berharap kepada acara larian yang saya daftar dan saya menganggapnya sebagai latihan.  Pada mulanya saya hanya beranggapan bahawa laluan atau trek di sekitar Putrajaya ini hanyalah mendatar sahaja dan hanya elemen cuaca sahaja.  Tidak terfikir dek fikiran aka nada trek l...