Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2015

Penguatkuasaan Akta antara ketegasan dan sekadar ada

Imej
Penguatkuasaan terhadap sesuatu Akta bukanlah sesuatu yang mudah.  Program kitar semula telah lama dirancang dan dilaksanakan.  Ianya dilaksanakan secara sukarela.  Apabila dilaksanakan secara sukarela maka impaknya ternyata kurang.  Data yang dikeluarkan oleh KPKT, hanya 11-12 % sahaja item yang dikitar semula, selebihnya dilonggokan ke tapak pelupusan sampah.  Keadaan ini mengakibatkan kos bagi penyelenggaraan tapak pelupusan/sanitasi semakin meningkat.  Selain dari itu penambahan bebanan bahan pelupusan akan memendekkan jangka hayat tapak berkenaan.  Keadaan memaksa pihak kerajaan perlu mencari tapak pelupusan baru dan ini bukanlah sesuatu yang mudah kerana tapak yang bersesuaian perlu lebih jauh dari kawasan penempatan selain peningkatan kos operasi.  Tong Kitar Semula Jadi pelaksanaan pengasingan bahan buangan dari punca adalah sesuatu yang sangat tepat walapun kita sememangnya lewat dari negara-negara maju yang lebih awal mempra...