Koleksi Medal yang diperolehi (1997-2016)
Alhamdulillah secara keseluruhan sejumlah 275 acara yang berpingat telah dimasuki (tidak termasuk larian yang tidak mendapat pingat) dan 4159.55 km jarak (tidak termasuk jarak larian yang tiada pingat) telah dilalui sejak dari tahun 1997-2016 jika dihitung. Ini usaha penjejakan dan pendokumentasian yang berjaya dilakukan dilakukan. Ada yang saya tidak dapat kesan mungkin tersalah letak atau tidak dapat mengingati di mana saya menyimpannya serta ada larian yang tidak saya mendapat sebarang pingat. Ada larian berdasarkan tema semasa, ada larian yang beberapa kali penganjurannya dan tidak diteruskan, ada larian yang sekali sahaja penganjurannya, ada larian yang dijenamakan semula, ada larian berasaskan kelab atau individu dan ada yang diteruskan sehingga kini. Berikut adalah sejumlah senarai larian yang berjaya direkodkan.... 1997 Sukan Tahunan MRSM Beseri 1500 m (Naib Johan) 2001 Rentas Desa Palapes 7km Kejohanan merentas Kampus 7km (posisi 13 th ) 20...