Catatan

Tunjukkan catatan dari 2013

HARAPAN TAHUN 2014

Imej
Esok (Rabu) adalah permulaan hari pertama bagi tahun masihi 2014.   Pertambahan tahun bererti semakin dekat kita dengan pengakhiran kehidupan kita..Cuma tidak tahu bila..dengan meretro semula apa yang telah berlaku, perhatikan apa yang telah tercapai dan terbengkalai.. Dalam menghitung hari-hari terakhir 2013 yang bersisa sehari ini, apa kata kita toleh ke belakang, ke kanan atau ke kiri sejenak dan sekeliling kita.   Mungkin ada sesuatu yang dapat dipelajari dalam perjalanan kita menyusuri nikmat di bumi bertuah ini.   Tiada yang sempurna, begitulah demikian juga dengan Negara kira yang masih belum sempurna, kerajaan pun belum sempurna begitu jugalah dengan pembangkang, walaupun masing-masing kerap melalui slogan transformasi dan perubahan..Namun kedua-dua masih terlalu jauh dari kesempurnaan.   Itulah hakikatnya perancangan manusia, yang serba- serbi lemah.    Dalam FB yang seringkali saya menulis, tidak terlepas dari sasaran kriti...

Memori Tun Doktor Mahathir: Cabaran Anwar

Imej
Oleh Tun Dr Mahathir Mohamad – Empat tahun selepas Ketua Polis Negara (KPN) Tun Haniff Omar pertama kali memberitahu saya tentang dakwaan-dakwaan mengaitkan Anwar dengan pelakuan homoseksual, saya menerima satu naskah buku ’50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri’ (50 Reasons Why Anwar Ibrahim Cannot Become Prime Minister.)  Buku itu ditulis oleh Datuk Khalid Jafri, bekas pengarang Utusan Malaysia. Menyedari buku tersebut begitu sensasi dan menganggapnya tidak lain daripada usaha untuk mendapatkan wang, saya enggan membacanya. Namun, khabar-khabar angin berhubung Anwar masih tidak dapat dilenyapkan. Pada 1997, saya menerima sepucuk surat daripada seorang wanita bernama Ummi Hafilda. Kandungan surat tersebut mengusik hati kerana apa yang diperkatakan begitu spesifik dan terperinci mengenai dakwaan-dakwaan liwat terhadap Anwar. Saya kemudian mendapat tahu Ummi sebenarnya adik kepada setiausaha politik Anwar, Mohd Azmin Ali. Saya me...