HARAPAN TAHUN 2014






Esok (Rabu) adalah permulaan hari pertama bagi tahun masihi 2014.  Pertambahan tahun bererti semakin dekat kita dengan pengakhiran kehidupan kita..Cuma tidak tahu bila..dengan meretro semula apa yang telah berlaku, perhatikan apa yang telah tercapai dan terbengkalai..
http://photo.elsoar.com/wp-content/images/Upscale-Design-Happy-New-Year-2014-Image-2.jpg
Dalam menghitung hari-hari terakhir 2013 yang bersisa sehari ini, apa kata kita toleh ke belakang, ke kanan atau ke kiri sejenak dan sekeliling kita.  Mungkin ada sesuatu yang dapat dipelajari dalam perjalanan kita menyusuri nikmat di bumi bertuah ini.  Tiada yang sempurna, begitulah demikian juga dengan Negara kira yang masih belum sempurna, kerajaan pun belum sempurna begitu jugalah dengan pembangkang, walaupun masing-masing kerap melalui slogan transformasi dan perubahan..Namun kedua-dua masih terlalu jauh dari kesempurnaan.  Itulah hakikatnya perancangan manusia, yang serba- serbi lemah.  

Dalam FB yang seringkali saya menulis, tidak terlepas dari sasaran kritikan khasnya apabila menulis berkisar politik.  Budaya mencerca dan menfitnah semakin memperlihatkan belangnya.  Apa sahaja akan dikritik kerana tidak sealiran dengan pandangan perdana mereka.  Tradisi berbeza pandangan tidak menjadi amalan lagi dan bukan dilihat sebagai satu hikmah atau kebijaksanaan.  Apakah ini gambaran daripada sikap berpolitik sempit sesetangah golongan yang menimbulkan kebencian, membunuh integriti seseorang semata-mata orang itu dilihat berbeza dengan aliran yang mereka bawa dan tidak memihak dengan pendirian mereka.  


http://hdwaps.files.wordpress.com/2013/12/happy-new-year-2014.jpg

Budaya ini akan menghancurkan tradisi berbeza pendapat, meratah sikap berbaik sangka berasaskan fakta dan data yang tidak benar, terjebak dengan dosa-dosa fitnah dan menghina, mencetuskan dendam kesumat tanpa usul periksa dan bakal melemahkan kesatuan ummah yang kian melemah akibat ketaksuban dalam menganuti aliran politik yang dicemari dengan perasaan kebencian dan dendam yang amat sangat…


Selamat TAHUN BARU 2014..

MOGA IA MEMBAWA KEBAIKKAN BUAT KITA BAIK DARI SEGI KEIMANAN, MENAMBAHKAN ILMU MENERUSI PEMBACAAN DAN MENAMBAHKAN DAYA KECERGASAN DENGAN AKTIVITI YANG SIHAT DAN PERKAYAKAN MAKANAN DENGAN PEMAKANAN YANG KAYA NUTRISI…

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Doa untuk Anak-anak

Memori pentauliahan Intake 21 UPM..

Kenapa saya suka membaca