Saintifiknya Israk dan Mikraj - Bahagian - 2
Nikmat terbesar yang Allah SWT kurniakan dalam peristiwa Israk dan Mikraj adalah SOLAT FARDU. Ramai kalangan kita yang beragama Islam tidak bijak dalam membuat pengurusan untuk menunaikan solat . Ada yang hebat berbicara berkenaan Islam dan politik Islam seolah-olah cuma mereka sahaja yang Islam, yang lain tidak Islam atau kurang Islam, tetapi gagal dalam memenuhi tuntutan wajib 5 kali sehari semalam. 5 waktu sahaja bukan 50 waktu seperti mula-mula Nabi Muhammad SAW menerimanya, lalu dikurangkan sehingga 5 waktu sahaja, itu pun masih ramai yang liat untuk menunaikannya. Solat yang kita lakukan adalah perintah langsung dari Allah yang diberi secara langsung tanpa perantaraan dari mana-mana makhluk. Ia melibatkan perjalanan yang tersangat jauh (infiniti) yang merentasi dimensi fizik, panas dan cahaya yang berbeza kekuatan tenaga dan daya yang takterhinggaan tetapi Berjaya diselesaikan dalam masa yang amat singkat. Perjalanan yang bermula pada mal...