Saintifiknya Israk dan Mikraj - Bahagian - 2


Nikmat terbesar yang Allah SWT kurniakan dalam peristiwa Israk dan Mikraj adalah SOLAT FARDU.  Ramai kalangan kita yang beragama Islam tidak bijak dalam membuat pengurusan untuk menunaikan solat .  Ada yang hebat berbicara berkenaan Islam dan politik Islam seolah-olah cuma mereka sahaja yang Islam, yang lain tidak Islam atau kurang Islam, tetapi gagal dalam memenuhi tuntutan wajib 5 kali sehari semalam.  5 waktu sahaja bukan 50 waktu seperti mula-mula Nabi Muhammad SAW menerimanya, lalu dikurangkan sehingga 5 waktu sahaja, itu pun masih ramai yang liat untuk menunaikannya.  

Solat yang kita lakukan adalah perintah langsung dari Allah yang diberi secara langsung tanpa perantaraan dari mana-mana makhluk. Ia melibatkan perjalanan yang tersangat jauh (infiniti) yang merentasi dimensi fizik, panas dan cahaya yang berbeza kekuatan tenaga dan daya yang takterhinggaan tetapi Berjaya diselesaikan dalam masa yang amat singkat.  Perjalanan yang bermula pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa seterusnya ke Sidratul Muntaha dengan ditemani Jibrail dan sejenis makhluk Buraq (kedua-duanya dari dimensi cahaya) dan berakhir sebelum Subuh.  Pemberian yang sangat (SOLAT) hebat dimulai dengan perjalanan hikmah saintifik yang sangat hebat. 



Apa yang hendak ditulis dalam ruangan ini adalah hikmah ruang dan masa yang dilalui oleh Nabi Muhammad SAW.  Perjalanan yang merentasi ruang dimensi yang berbeza dengan medium yang berbeza.  Nabi sendiri adalah dari makhluk yang berdimensi berbeza dibandingkan dengan Jibrail dan Buraq yang berbeza dimensinya.  Ukuran masa kiraan manusia dengan dimensi yang dilalui oleh Nabi adalah amat berbeza. Sebagai contoh dimensi Akhirat - 1 hari kiraan masa di Akhirat adalah bersamaan dengan 50 ribu tahun kiraan masa manusia.  Kekuasaan Allah adalah bersifat Mutlak yang tidak diatasi atau disaingi oleh apa-apa jua.  Alam yang berbeza dimensinya beserta makhluk yang berlainan mediumnya tidak mengganggu gugat perjalanan alam dimensi fizik seperti  yang dilalui oleh manusia bermula dari Adam yang mula-mula turun ke bumi sehingga ke manusia terakhir.  Keteraturan perjalanan alam yang sempurna adalah mengikut sunnatul-Nya.  Kecuali atas izinnya ke atas hamba-hamba tertentu dalam melihat rahsia alam yang terhijab dari pandangan kasar manusia. 


Saya ada merujuk sedikit dalam penulisan Stephen Hawkings dalam buku Sejarah Ringkas Masa dan Einstein dalam buku Teori Relativiti.  Masa sepenuhnya terpisah dari ruang dan ia tidak bergantung kepadanya.  Hakikatnya apa-apa yang berdimensi fizik (Nabi Muhammad SAW) adalah amat mustahil untuk bergerak pada atau menghampiri kelajuan cahaya.  Peristiwa ini berlaku diluar jangkauan logic manusia.  Jibrail dan Buraq adalah makhluk dari dimensi yang berbeza yakni cahaya yang memiliki frekuensi dan getaran yang amat tinggi.  Lantaran dengan itu mereka dengan mudah boleh bergerak dengan halaju kelajuan yang amat tinggi melebihi halaju cahaya.  Contohnya malaikat bergerak dengan kelajuan 540 juta km/sesaat berbanding dengan halaju cahaya 300 ribu km/sesaat atau 186 ribu batu/sesaat.  Sesuai dengan hukum sains yang menyatakan benda yang bergerak menghampiri atau melebihi kelajuan cahaya akan mengalami kemerosotan masa.  Lantaran dengan itu adalah tidak menjadi kemustahilan buat Jibrail untuk menemai Nabi Muhammad dalam perjalanan yang sebegitu jauh dalam masa yang amat singkat dengan menaiki Buraq’.


Manusia adalah makhluk yang amat unik.  Syukur ALHAMDULILAH kerana dijadikan sebagai manusia yang sempurna dan unik.  Kita mempunyai  dimensi yakni kejadian tanah untuk fizikal kita (dimensi fizik),  jiwa-nafsu (berdimensi antara fizik dan panas) dan roh (dimensi  cahaya).  Nabi Muhammad SAW dikurniakan mukjizat dalam menempuh perjalanan yang amat jauh.  Ini membuktikan kemukjizatan Nabi yang mana ketiga-tiga unsur ini berinteraksi dengan baik menerusi aturan Allah yang Maha Bijaksana untuk diperlihatkan alam dan makhluk yang terdapat dalam sempadan langit kedua dan ke atas di mana dimensi yang berbeza yakni melihat Syurga Neraka dan berjumpa para Nabi-Nabi terdahulu sebelum memasuki Sidratul Muntaha.


Teori cahaya bergerak pad kelajuan yang takterhingga dan terlalu tinggi telah ditemui oleh Astronomis Denmark Ole Christonsen Roemen pada 1676.  Teori ini adalah berdasarkan pergerak satelit yakni bulan yang terdapat pada Planet Musytari/Marikh dan Bumi.  Manakala Einstein pula dalam teori E = mc2 menyatakan tiada objek yang bergerak lebih pantas dari cahaya.  Ianya berlaku kerana adanya kesetaraan jisim dan tenaga.  Tenaga yang dipunyai oleh sesuatu objek ekoran dari pergerakkannya akan ditambah kepada jisim. Akibatnya objek yang berjisim akan semakin sukar meningkatkan kelajuannya (rujuk kepada manusia).  Hanya objek-objek yang berfrekuensi tinggi sahaja yang mampu bergerak merentasi kelajuan cahaya, kerana jisim dan tenaga yang dipunyai adalah sangat tinggi/infiniti (rujuk kepada malaikat/jin).  Contohnya untuk 10% kelajuan cahaya jisim objek akan meningkat 0.5% lebih dari jisim normal yang dipunyai oleh makhluk normal.


Tetapi apabila kita pertingkatkan pada 90% kelajuan cahaya ia akan menjadi 2 kali ganda lebih dari jisim berkenaan.  Atau di lain kata, apabil objek bergerak menghampiri kelajuan cahaya, jisimnya akan meningkat dengan lebih cepat.  Ia memerlukan lebih tenaga untuk memecut.  Hakikatnya objek (dimensi fizik-manusia) tidak mampu untuk mengatasi kelajuan cahaya disebabkan jisimnya menjadi infiniti kerana menyerap tenaga yang takterhinggaan.  Dengan kesetaraan, jisim-tenaga-jumlah tenaga infiniti diperlukan untuk bergerak dalam halaju cahaya.    Secara logik dan rasional tiada manusia yang mampu menerima asakan tenaga yang berkekuatan infiniti.   Dengan sebab itulah objek akan terikat selama-lamanya dengan kerelatifan (relativiti) untuk bergerak pada kelajuan yang lebih perlahan dari kelajuan cahaya.  Hanya objek atau apa-apa sahaja (rujuk kepada malaikat) yang tidak tidak mempunyai kelajuan intrinsik, yang boleh bergerak pada kelajuan cahaya.  Memang peristiwa Israk dan Mikraj adalah sesuatu diluar jangkauan logic manusia, tetapi itulah yang berlaku dalam membuktikan kemukjizatan kerasulan Nabi Muhammad SAW.  MAHA SUCI ALLAH. 


Satu dari aspek peristiwa ia mengatasi Hukum gravity Newton yakni berkenaan kedudukan multak dalam ruang.  Sebagai contoh dengan andaian meletakkan sepasang kembar.  Kembar yang pertama diletakkan di atas puncak gunung, manakala pasangan tinggal di aras laut.  Kembar yang tinggal di puncak gunung akan kelihatan sedikit tua berbanding dengan kembarnya yang tinggal di aras laut.  Biarpun perbezaan julat umur yang relatifnya kecil, tetapi ia dikaitkan dengan peranan gravity.  Lihat semula andainya kembar yang pertama diletakkan dalam kapsul angkasa lepas dan bergerak dengan kelajuan cahaya, manakala pasangannya ditinggalkan di Bumi.  Apabila ia kembali ke Bumi selepas beberapa kita kembar yang tinggal di Bumi akan kelihatan lebih tua berbanding dengan kembar yang mengembara ke angkasa lepas dengan kelajuan cahaya.  Dalam teori Relativiti tidak dapat masa mutlak yang unik, tetapi setiap individu mempunyai ukuran masa sendiri yang bergantung kepada di mana ia berada dan bagaimana ia bergerak.  Inilah yang berlaku kepada Peristiwa Agung ini- ISRAK MIKRAJ..


Nabi Muhammad SAW tidak sedikit terjejas dalam melalui dimensi yang berbeza dari segi kekuatan tenaga dan daya.  Allah SWT melindungi hamba-Nya dalam perjalanan menemui-Nya disamping diperlihatkan pelbagai peristiwa kenikmatan Syurga, kesengsaraan Neraka dan bertemu Nabi-Nabi terdahulu. Seterusnya pengiktirafan tertinggi  ke atas Nabi Muhammad SAW, baginda dibenarkan bertemu dengan Allah SWT tanpa ditemani dengan Jibrail di Sidratul Muntaha.  Ini adalah kerana ianya adalah sempadan bagi Jibrail.  Andainya ia melintasinya pasti ia akan terbakar, lantaran kekuatan daya dan tenaga yang terdapat di arashy berkenaan adalah terlalu kuat untuk diterima oleh dimensi malaikat.  MAHA SUCI ALLAH, baginda juga yang dikurniakan keistimewaan dan seterusnya bertemu dengan Allah secara langsung dalam menerima arahan SOLAT FARDU.  


Oleh itu penuhi tuntutan SOLAT FARDU kita disamping dengan memenuhi amal ibadat lain.  Jangan sekadar hebat berbicara berkenaan agama tetapi solat yang diwajibkan ke atas kita sendiri pun tidak mampu dipenuhi.  Kerana itulah ibadat pertama yang akan dipersoalkan.  Lulus solat, maka luluslah ibadat lain…gagal solat, jangan harap ibadat lain akan lulus…    



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Doa untuk Anak-anak

Memori pentauliahan Intake 21 UPM..

Kenapa saya suka membaca