Saintifiknya Israk dan Mikraj - Bahagian 1


Saintifiknya Israk Mikraj….

Perbezaan ruang dan masa antara dimensi yang dilalui oleh Nabi Muhammad yang ditemani Jibrail dengan menggunakan Buraq’. Jarak sehari dalam dimensi bagi golongan malaikat dan roh (dimensi cahaya) adalah bersamaan dengan 50 000 tahun kiraan manusia (yang berada dalam dimensi fizik). Berapa kelajuan malaikat Jibrail yang menemani Baginda? Anggaran kelajuan dengan mengambilkira pengiraan masa dalam dimensi yang berbeza dengan dimensi kita adalah 540 juta km/sesaat. Kelajuan cahaya yang melalui dimensi kita adalah 300 juta km/sesaat. Bayangkan kepantasan malaikat bergerak. 

Tenaga terabdi yang berada dalam dimensi cahaya ini adalah tersangat besar. Jika tidak bagaimana mungkin Nabi boleh menempuh perjalanan yang tersangat jauh dalam masa yang sangat singkat yang bermula di Masjidil Aqsa. Sempadan langit pertama yang dapat dilihat menerusi mesin cerapan Hubble adalah sejauh 13.7 billion tahun cahaya. Jadi berapa jauh lagi sempadan langit yang seterusnya sehingga ke sempadan langit ke tujuh iaitu di Sidratul Muntaha…..






Bayangkan jarak dan masa infinitinya yang tidak berpenghujung dalam dimensi yang kenali sebagai nol. Bayangkan kekuatan daya dan tenaga yang takterhinggaan dalam memelihara keteraturan perjalanan alam. Jika tiada kuasa yang menyangga langit pasti ianya telah lama runtuh menimpa bumi. 

Ayat 143 dalam Surah Ibrahim menyatakan kisah Nabi Musa yang teringin melihat wajah Allah sewaktu bermunajat di kawasan yang bernama Sinai (terletak di Mesir). Walau bagaimanapun Allah memberikan syarat dengan menunjukkan sedikit zat-Nya terhadap bukit. Maha Suci Allah, bukit berkenaan hancur luluh lantaran tidak mampu menahan kekuatan daya dan tenaga yang takterhinggaan diperlihatkan menerusi zat-Nya. 

Serba sedikit perkongsian Ilmu dalam peristiwa Israk dan Mikraj dalam sudut saintifik…moga kita bertambah keimanan khasnya dalam memelihara solat. Ramai dari kita bijak bercakap tentang Islam dan politik Islam sehingga mempertikai keislaman orang lain, walhal tidak memelihara solat yang difardukan wajib ke atas kita sendiri pun tidak mampu untuk dipenuhi sehari semalam. Jadi apa kelayakkan kita untuk mengata orang lain?.....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Doa untuk Anak-anak

Memori pentauliahan Intake 21 UPM..

Kenapa saya suka membaca