Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2014

Usia dan Berpenyakit Bukan Penghalang Untuk Sihat dan Cergas

Imej
Pada usia 91 tahun Harriette Thompson yang juga pengidap 2 barah dari Carolina Utara US telah mencipta satu rekod dalam siri Marathon Rock n Roll San Diego yang diadakan pada 1 Jun 2014 yang lalu.  Peserta tersebut yang juga seorang nenek atau juga mungkin moyang telah Berjaya menamatkan larian marathon penuh dengan jarak 42.195 km dalam masa 7jam 7minit 42saat sambil ditemani anak lelakinya yang berusia 55 tahun.  Apa yang lebih menarik beliau memecah rekod peserta yang terpantas bagi kategori yang berusia antara 90-94 tahun.  Rekod terdahulu telah dipegang oleh pelari yang berusia 90 tahun dengan catatan masa 8jam 53minit 8saat.  Selain dari itu beliau juga mencipta sejarah menjadi orang kedua tertua yang Berjaya menamatkan larian berkenaan.  Yang paling tua Berjaya menamatkan adalah peserta yang berusia 92 tahun. Thompson memulakan karier dalam larian sewaktu berusia 76 tahun dan telah berlari  setiap tahun bermula pada usia tersebut....

Meraikan Perbezaan Pendapat

Berbeza pendapat adalah sesuatu yang perlu diraikan dan ianya adalah hikmah yang dianjurkan oleh Islam.  Namun ada kalangan pihak yang berpendapat hanya mereka sahaja yang betul, menganggap mereka yang berlainan pendapat perlu dimusuhi khasnya apabila membabitkan kecenderungan berpolitik.  Keadaan ini disebabkan ketaksuban yang melampau dalam parti yang dianggotai ataupun sengaja mendinginbekukan  minda daripada menerima maklumat yang baru.  Perlu juga diinsafii sebenarnya kita berada jauh dari landasan kematangan berpolitik yang menuntut kita membezakan mana yang penting dan perlu dipertahankan serta mana yang dipolitikkan.  Wujud dikalangan kita yang mempunyai sifat dan pembawaaan yang sukar untuk menerima kelainan dan perbezaan pendapat adalah suatu hakikat dan lumrah pemikiran, sebaliknya ia adalah keadaan atau amalan yang kurang sihat.  Mereka akan mencari hujah dan bukti demi merasionalkan pendapat mereka dan mempolitikkan sesuatu isu tan...