Meraikan Perbezaan Pendapat
Berbeza pendapat adalah sesuatu
yang perlu diraikan dan ianya adalah hikmah yang dianjurkan oleh Islam. Namun ada kalangan pihak yang berpendapat
hanya mereka sahaja yang betul, menganggap mereka yang berlainan pendapat perlu
dimusuhi khasnya apabila membabitkan kecenderungan berpolitik. Keadaan ini disebabkan ketaksuban yang
melampau dalam parti yang dianggotai ataupun sengaja mendinginbekukan
minda
daripada menerima maklumat yang baru.
Perlu juga diinsafii sebenarnya
kita berada jauh dari landasan kematangan berpolitik yang menuntut kita
membezakan mana yang penting dan perlu dipertahankan serta mana yang
dipolitikkan. Wujud dikalangan kita yang
mempunyai sifat dan pembawaaan yang sukar untuk menerima kelainan dan perbezaan
pendapat adalah suatu hakikat dan lumrah pemikiran, sebaliknya ia adalah
keadaan atau amalan yang kurang sihat.
Mereka akan mencari hujah dan
bukti demi merasionalkan pendapat mereka dan mempolitikkan sesuatu isu tanpa
mengambil kira persamaan dan kepentingan bersama yang boleh diterokai untuk
memaksimakan faedah bersama. Lebih
menyedihkan mereka secara tidak sedar lalu membiarkan isu-isu ini menjadi lebih
kusut dengan memberi peluang campur tangan pihak luar yang berkepentingan yang
dilihat berupaya untuk menhancurkan mereka.
Golongan ini dilihat tidak
mempunyai persekitaran pembentukkan pemikiran yang mengarahkan kepada
pengutaraan pendapat yang adil, rasional serta mempertimbangkan lain-lain
pendapat. Sebagai contoh dalam isu
berkaitan hak dan persempadanan wilayah tanah yang begitu rapat dengan bangsa
Melayu, telah diambil secara terancang
dan terusun mengikut undang-undang yang sedia ada. Tanah yang dahulunya milik nenek moyang kita diberikan
taraf rezab atau simpanan secara perlahan-lahan bertukar status milik dan
pegangannya kepada bangsa asing dan bukan bumi.
Akhir apa yang bakal kita
wariskan kepada generasi kita. Mereka
tidak akan mampu berbuat apa-apa melainkan sekadar melihat dan reda dalam
keterpaksaan untuk meceruk ke tempat lain.
Jangan terlalu dibuai dan dibazirkan tenaga dan pemikiran dengan
pelbagai aneka bentuk hiburan, fantasi dan program yang tidak bermanfaat. Tenaga dan pemikiran yang dijana perlu
digunakan untuk menawan sesuatu yang lebih bermakna. Disekeliling banyak terdapat bangunan dan
gedung komersil yang bertaraf mega didirikan di atas tanah yang asalnya adalah
milik bangsa kita yang telah dirampas secara legal oleh orang asing dan bukan
bumi.
Sedangkan inilah yang perlu kita
rebutkan dan tawani dalam usaha meningkatkan taraf ekonomi bangsa kita. Jihad ekonomi perlu ada dalam pemikiran dan
jiwa setiap usahawan kita. Kita perlu
mengembalikan minda kita dan generasi muda kita kepada realiti sebenar. Mereka ini perlu dibimbing dengan
meningkatkan keupayaan berfikir dengan melatih supaya boleh merencana dan
mencorakkan masa depan bangsa dengan lebih gemilang.
Ulasan
Catat Ulasan