Usia dan Berpenyakit Bukan Penghalang Untuk Sihat dan Cergas

Pada usia 91 tahun Harriette Thompson yang juga pengidap 2 barah dari Carolina Utara US telah mencipta satu rekod dalam siri Marathon Rock n Roll San Diego yang diadakan pada 1 Jun 2014 yang lalu. 



Peserta tersebut yang juga seorang nenek atau juga mungkin moyang telah Berjaya menamatkan larian marathon penuh dengan jarak 42.195 km dalam masa 7jam 7minit 42saat sambil ditemani anak lelakinya yang berusia 55 tahun.  Apa yang lebih menarik beliau memecah rekod peserta yang terpantas bagi kategori yang berusia antara 90-94 tahun.  Rekod terdahulu telah dipegang oleh pelari yang berusia 90 tahun dengan catatan masa 8jam 53minit 8saat.  Selain dari itu beliau juga mencipta sejarah menjadi orang kedua tertua yang Berjaya menamatkan larian berkenaan.  Yang paling tua Berjaya menamatkan adalah peserta yang berusia 92 tahun.


Thompson memulakan karier dalam larian sewaktu berusia 76 tahun dan telah berlari  setiap tahun bermula pada usia tersebut.  Marathon ini adalah larian marathon beliau yang ke-15!  Beliau tidak terlalu tua untuk melakukannya..memang hebat dan menakjubkan.   

Apa yang mengalakkan beliau untuk berbuat demikian?

Pada tahun 1987 beliau telah didiagnosis dan disah mengidap barah pada langit-langit mulutnya (palate cancer).  Untuk maksud tersebut beliau telah menyertai larian yang dianjurkan oleh Persatuan Leukemia dan Lymphoma dan Berjaya mendapatkan dana sehingga USD 90 000.  Walau bagaimanapun beliau tidak pernah menamatkan larian yang dianjurkan oleh persatuan tersebut. 

Sehingga kini beliau masih lagi berjuang melawan penyakit barahnya dan beliau baru sahaja selesai melakukan kemoterapi ke atas barah keduanya iaitu pada bahagian kakinya beberapa hari sebelum berlangsungnya acara ini. 

Bagaimana dengan latihannya?

Beliau tidak terlalu menekankan latihan sebaliknya beliau selalu berlari disekeliling blok penginapannya beberapa pusingan.  Kebiasaanya beliau membuat dalam 5 km dan paling jauh pun dalam 8 km sahaja.    

Apa yang mengagumkan beliau akan kembali lagi untuk berlari pada tahun hadapan dengan jarak yang sama dan berkemungkinan itu adalah penyertaannya yang terakhir. 


Sebenarnya tiada yang mustahil jika kita menginginkan kehidupan yang sihat.  Apa alasan kita yang menafikan kita dari bergiat aktif.  Cuma kita ini sahaja hidup penuh dengan alasan dan dibebani dengan penyakit MALAS…

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Doa untuk Anak-anak

Memori pentauliahan Intake 21 UPM..

Kenapa saya suka membaca