Cabaran Elit Komando MAEPS Mardi 24 dan 25 Januari 2015
Apabila melihat gambar lama merentas halangan ketika di zaman ROTU/PALAPES lebih-lebih lagi Berjaya melepasi halangan monkey rack beserta dengan kelengkapan lengkap FSMO dan senjata M16 ditubuh selepas berlari 1.6km terfikir mampukah diri ini Berjaya mengulangi semula kejayaan terdahulu. Memang benar saya kekal berlari dan bersenam sehingga kini, namun untuk mencuba dalam suasana pada waktu tersebut dalam situasi sebegini agar sukar untuk mengagak boleh atau tidak. Saya mencubanya ditaman dan Berjaya melepasinya, tetapi apa yang saya buat adalah selepas berlari tanpa bebanan dan membuat beberapa halangan sebelum membuat halangan monkey rack . Saya cuba bereksperimen untuk melepasi halangan monkey rack dengan berlari 3-4km dan usai berlari terus buat push up 40x, seat up 40x dan plank untuk seminit dalam ulang dalam 3 set. Selepas itu baru saya buat chin up dan monkey rack, Alhamdulillah masih lagi Berjaya melepasinya walaupun dalam kemengahan....