Cabaran Elit Komando MAEPS Mardi 24 dan 25 Januari 2015
Apabila
melihat gambar lama merentas halangan ketika di zaman ROTU/PALAPES lebih-lebih
lagi Berjaya melepasi halangan monkey rack beserta dengan kelengkapan lengkap
FSMO dan senjata M16 ditubuh selepas berlari 1.6km terfikir mampukah diri ini
Berjaya mengulangi semula kejayaan terdahulu.
Memang
benar saya kekal berlari dan bersenam sehingga kini, namun untuk mencuba dalam
suasana pada waktu tersebut dalam situasi sebegini agar sukar untuk mengagak
boleh atau tidak. Saya mencubanya
ditaman dan Berjaya melepasinya, tetapi apa yang saya buat adalah selepas
berlari tanpa bebanan dan membuat beberapa halangan sebelum membuat halangan
monkey rack.
Saya
cuba bereksperimen untuk melepasi halangan monkey rack dengan berlari 3-4km dan
usai berlari terus buat push up 40x, seat up 40x dan plank untuk seminit dalam
ulang dalam 3 set. Selepas itu baru saya
buat chin up dan monkey rack, Alhamdulillah masih lagi Berjaya melepasinya
walaupun dalam kemengahan. Tetapi saya
sedar kudrat saya tidak sama seperti dahulu.
Dahulu berat dalam 58kg kini 66kg.
Bebanan tubuh pun antara halangan selain dari kurangnya latihan seumpama
ini. Apa – apa pun saya tetap cuba
kuatkan semangat untuk memasuki acara Commando Elite Challenge 2015 yang bakal
diadakan di MAEPS MARDI pada 24 Januari 2015.
Bagi saya penyertaan ekstrem seumpama ini adalah lebih kepada mencabar diri selain menjaga kesihatan. Saya tidak mungkin begitu berdisiplin dalam menjaga makan dan bersenam jika tidak mendedikasikan diri dengan memupuk minat dalam dunia kecergasan khususnya larian. Bagi saya ianya bukan sesuatu yang mudah tambahan sudah bekeluarga dan terikat dengan pelbagai komitmen yang membataskan diri untuk menyertai aktiviti sebegini. Apa yang diperlukan adalah disiplin dan sokongan keluarga dalam memahami minat.
TAHNIAH
BalasPadam