Larian dari Perspektif Seorang Pelari
Selamat tahun baru 2015 dan Salam
Maulidur Rasul yang jatuh pada 3 Jan 2015.
Moga kehadiran tahun baru menjadikan kita lebih baik dari tahun
sebelumnnya. Tahun 2014 menyaksikan pelbagai
bentuk dugaan dan cabaran yang berlaku iaitu dengan kehilangan pesawat MH370,
insiden pesawat terhempas MIH17, tanah runtuh dan banjir berlumpur di Cameron
Highland dan gelombang banjir besar yang melanda Pantai Timur serta lain-lain
isu yang dipolemik. Moga kita dapat
mempelajari dan menginsafi serta mengambilnya sebagai suri tauladan dalam
menempuh perjalanan pada tahun ini.
Saya akan mencoretkan berkenaan larian, kerana ianya berkait rapat dengan minat dan regim kesihatan saya.
Sejak memulakan aktiviti larian
jalanan secara konsisten bermula pada tahun 2002 saya merasakan aktiviti hujung
begitu terisi. Saya sebenarnya telahpun
berlari sejak dari sekolah lagi. Cuma
sewaktu duduk di asrama MRSM Beseri 96/97 saya berlari secara tetap hampir
setiap petang semata-mata bagi meghilangkan kebosanan, home sick dan juga tekanan sewaktu belajar. Tapi saya tidak sangka ianya bakal menjadi
rutin saya kelak. Semasa diperingkat
universiti pula, saya telah menyertai badan ko-kurikulum iaitu PALAPES/ROTU
yang memarakkan lagi minat saya untuk berlari.
Pertandingan antara kompeni diadakan saban tahun khasnya yang
membabitkan rentas desa dan kemuncaknya adalah pentauliahan yang mana saya
Berjaya menyumbang mata dan pingat untuk UPM pada tahun 2002.
Medal tahun 2014 |
Minat yang sama juga saya
teruskan dengan menyertai pacesetter apabila menamatkan pengajian peringkat
sarjana muda pada tahun 2002. Walaupun
saya bukan lagi menjadi ahli dalam kelab berkenaan, namun saya telah menjadikan
larian jalanan ini sebagai rutin hujung minggu yang tetap kerana hampir setiap
bulan malahan mingguan sejak 5 tahun
kebelakangan ini dengan pelbagai pertandingan larian. Terlalu banyak penganjuran larian yang
diadakan oleh pelbagai pertubuhan, institusi, kelab dan syarikat bagi
menggalakkan orang ramai untuk menyertai aktiviti kecergasan ini. Malahan tidak dinafikan ianya menjadi satu
bentuk komoditi atau perniagaan yang menguntungkan kerana kebanyakkan penganjur
mengenakan cas atau yuran yang mahal. Lagi
lewat mereka mendaftar lagi mahal cas yang dikenakan.
Medal tahun 2009-2013 |
Bagi saya ianya sesuatu yang
kurang sihat walaupun tujuan penganjurannya adalah untuk menggalakkan kehidupan
yang sihat. Ramai kalangan rakan-rakan
sepelarian yang terdahulu, mula tidak menyertai larian. Ada yang berpilih-pilih acara kerana kekangan
yuran yang mahal. Namun bagi pelari atau
mereka yang baru menjinakkan dengan larian sebegini, mereka tidak mengambil
kira sangat factor yuran kerana setiap aktiviti menjanjikan medal penamat
selain dari baju atau vest yang disediakan menarik serta baju penamat. Bagi mereka duit bukan masalah kerana mereka
memperolehi sesuatu yang berbaloi dalam setiap acara yang dipertandingkan. Barangan atau goodies yang diperolehi pun agak
banyak dan lebih menarik berbanding dahulu.
Kebanyakkan dari mereka berlari untuk keseronokkan (fun) dan menambah
kenalan yang berkongsi minat yang sama.
Objektif larian pun sudah
berbeza. Apa-apa pun selagi ianya tidak
membebankan dan mereka memperolehi sesuatu yang berbaloi kenapa perlu
dibataskan. Dan sememangnya menjadi
hasrat kerajaan untuk mengwujudkan Negara Sukan atau Sport State bagi
melahirkan warga yang sihat dan cergas. Lagipun
jumlah mereka yang menyertainya semakin meningkat tambahan pula dengan ledakan
media sosial yang menjadi pemangkin (katalis) kepada peningkatan minat
sebahagian besar dari generasi muda dan baru yang memilih sukan larian sebagai
wahana untuk sihat. Mereka akan berkongsi
minat, aktiviti serta gambar berkaitan larian dalam media sosial dan secara
tidak langsung dapat menarik minat rakan-rakan yang lain untuk menyertainya. Walaupun masa berubah tetapi yang masih tidak
berubah adalah minat bangsa Melayu untuk bersama menyertai larian. Biarpun terdapat sedikit peningkatan jumlah
pelari Melayu saban tahun sejak saya mula menyertai 13 tahun dahulu, namun ianya
masih kecil dari segi nisbahnya berbanding peningkatan yang ketara bagi pelari
muda dan baru khususnya warga cina yang saban tahun bertambah penyertaannya. Menerusi
pemerhatian saya, nisbah peratusan bangsa cina antara 70-90% berbanding 10-30%
bagi lain-lain bangsa termasuk Melayu. Nampakkan
perbezaan yang teramat ketara. Ini kita
perlu kaji dan teliti kenapa kurangnya minat bangsa kita terhadap akvititi
sebegini.
Medal tahun 2001-2008 |
Walaupun saya tidak pernah
menduduki kedudukan/ranking top 3 kecuali semasa belajar dahulu atau pun
mendapat hadiah tunai kecuali sekali sehaja semasa pertandingan lari berganti
jalanan di Temerloh namun saya tetap berlari dnegan niat untuk mencapai
kesihatan dan mengekalkan berat badan yang unggul. Berlari untuk kesihatan adalah lebih baik
dari mengejar hadiah. Sekarang hampir
semua larian disediakan pingat penamat. Ianya
memberikan satu bentuk rangsangan atau motivasi bagi setiap peserta ditambahi
pula dengan pemberian t shirt penamat yang menarik. Apa yang perlu adalah memperbaiki skil larian
dan masa. Kepada yang berkemampuan usaha
lebih. Kepada yang berlari untuk
keseronokkan nikmatilah. Everyone has their own reason, why they keep
running. Bagi saya apa-apa pun
alasan larian kita, matlamat akhir kita adalah untuk kesihatan. Jadi jangan berhenti berlari. Teruskan berlari selagi kita punya
kemampuan.
Ulasan
Catat Ulasan