Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2015

Surat terbuka kepada Imigresen

Apakah Rasionaliti pengambilan 1.5 juta warga bangla bagi keperluan buruh negara? Tidak cukup lagikah jumlah buruh asing seramai 7 juta termasuk yang berstatus haram? Apa signifikannya kepada keperluan negara yang pada masa yang sama telah mencapai tahap ketepuan tenaga buruh asing? Tidakkah sesiapa dikalangan kita termasuk pembuat dasar dan pihak yang berkaitan dengan penguatkuasa imigran belajar sesuatu akibat dari kemasukan warga asing dalam skala yang besar? Kemasukan imigran dari Tanah Besar China dan Selatan Benua India dalam jumlah yang besar demi menggerak ekonomi kapitalis penjajah telah mengubah landskap soaiobudaya Tanah Melayu.   Akhirnya imigran ini rata-ratanya membina empayar kekayaan dalam ekonomi negara dan juga golongan profesional yang berjaya.   Kita sebagai bangsa asal tetap kekal dibawah mereka.  Apakah kita perlu mengulanginya semula episod sebegini?  Kita telah dibebani dengan kudis akibat dari kemasukan sejumlah besar warga asing demi me...

Tidakkah kamu bersyukur?

Imej
2 buah buku dalam radar pembelian saya.  2 buku ini mengisahkan 2 kumpulan minoriti yang berbeza takdirnya.  Satu bangsa merupakan penduduk asal sebuah pulau yang berdaulat berubah menjadi minoriti akibat dari dasar penjajah yang mengutamakan bangsa imigran yang akhirnya berupaya memerintah dan menentukan dasar demi kelangsungan bangsanya yang dikelilingi kepulauan Melayu.  Negara yang lebih kecil dari Melaka akhirnya membuktikan kemandiriannya dan muncul sebagai negara termaju yang berteraskan dominasi bangsa majoriti yang dahulunya merupakan pendatang.  Karya ini juga merupakan kesinambungan dari Karya Delima Melayu Singapura tulisan Dr Lily yang juga adalah tesis PhDnya.  Keberaniannya dalam mendedahkan hakikat sebenarnya apa yang terjadi kepada bangsa Melayu telah mendapat kencaman dan kritikan dari pihak pemerintah.   Barangkali inilah yang dimaksudkan dedalu hidup, pokok mati seperti yang diucapkan oleh Dr Rais Yatim.  Melayu yang menjadi ...