Tidakkah kamu bersyukur?

2 buah buku dalam radar pembelian saya.  2 buku ini mengisahkan 2 kumpulan minoriti yang berbeza takdirnya.  Satu bangsa merupakan penduduk asal sebuah pulau yang berdaulat berubah menjadi minoriti akibat dari dasar penjajah yang mengutamakan bangsa imigran yang akhirnya berupaya memerintah dan menentukan dasar demi kelangsungan bangsanya yang dikelilingi kepulauan Melayu.  Negara yang lebih kecil dari Melaka akhirnya membuktikan kemandiriannya dan muncul sebagai negara termaju yang berteraskan dominasi bangsa majoriti yang dahulunya merupakan pendatang.  Karya ini juga merupakan kesinambungan dari Karya Delima Melayu Singapura tulisan Dr Lily yang juga adalah tesis PhDnya.  Keberaniannya dalam mendedahkan hakikat sebenarnya apa yang terjadi kepada bangsa Melayu telah mendapat kencaman dan kritikan dari pihak pemerintah.  


Barangkali inilah yang dimaksudkan dedalu hidup, pokok mati seperti yang diucapkan oleh Dr Rais Yatim.  Melayu yang menjadi minority dinafikan haknya secara pentadbiran dalam menjawat jawatan tertinggi dalam cabinet, angkatan bersenjata dan pengurusan berprofil tinggi baik awam mahupun swasta.  Begitu juganya dengan biasiswa pendidikan.  Semuanya berasaskan meritrokasi.  Dari segi agama Islam juga tertakluk dibawah kebenaran pihak pemerintah.  Jadi apa maknanya?  Bangsa yang dahulunya berdaulat, berkerajaan sendiri, memiliki sultannya sendiri akhirkan digantikan dengan kebijaksanaan bangsa imigran yang mempergunakan pihak kolonial. 



Sebuah buku lagi mengisahkan survival hidup leluhur mereka yang berhijrah ke Dunia Baru iaitu Benua Amerika.  Di sini mereka terpaksa menghadapi penentangan dan diskrimansi dari para pendatang lain seperti dari Benua Eropah dan juga Asia yang lain.  Sungguhpun mereka tidak berjaya seperti minoriti pendatang Yahudi, Jerman dan Jepun yang menguasai ekonomi dan juga pentadbiran termasuk juga keselamatan namun sekurang-kurangnya nasib mereka lebih baik dari golongan pendatang Hispanik, Latin dll.  Di bumi AS mereka berjaya mengwujudkan Bandar sendiri atau Chinatown demi mengekalkan budaya dan bahasa leluhur mereka biarpun menerimapakai sistem pendidikan AS.  Chinatown wujud hampir diseluruh dunia akibat dari diaspora CSL.  Ia merupakan satu contoh terbaik sesuatu bangsa yang cuba mengekalkan keberlangsungan identiti bangsa mereka disebalik penerimaan secara sukarela atau paksaan asosiasi atau asimilasi budaya tempatan di negara yang mereka naungi. 





Jumlah bangsa Cina Seberang Laut (CSL) yang berada di AS Cuma 3 juta berbanding 36 juta CSL yang bertebaran di seluruh dunia (tidak termasuk dari negara China dan Taiwan).  Malaysia merupakan negara yang mempunyai CSL teramai di dunia iaitu 7 juta orang.  Singapura sendiri yang dianggap negara sebagai negara ‘Cina’ pun punyai seramai itu.  Malahan di sini mereka boleh mengekalkan budaya dan bahasa serta pendidikan mereka kekal terjamin dalam Perlembagaan Negara dan diberi penambahbaikkan.  Mereka diberi peluang untuk mentadbir bersama, memasuki perkhidmatan awam dan keselamatan negara.  Kedudukan 10 rakyat terkaya di Malaysia, 8 diungguli oleh bangsa mereka.  Kelas menengah tinggi dan elit majority adalah mereka.  Mana ada CSL di dalam dunia yang begitu bernasib baik seperti di Malaysia?  Itu pun negara yang dinaungi dan ditumpangi habis difitnah, dicerca dan dituduh menindas dan melakukan diskriminasi.   


Tidakkah mereka bersyukur.  Kenapa perlu terlalu tamak dalam memboloti semua peluang?  Tidak wujudkah rasa ingin berkongsi dan membantu bangsa untuk sama-sama maju dalam perniagaan?  Jika membantu sekalipun adakah mereka ikhlas?  Tidak cukup lagikah penipuan, pemerasan, pengugutan atau monopoli akibat dari sikap tamak?  Kita tidak pernah marah atau cemburu kepada mereka yang berniaga secara jujur atau beretika tetapi jika ketamakhalobaan yang ditunjuk pastinya ia mengundang dendam yang terpendam.  Jika ini biarkan ia akan menjadi api di dalam sekam di atas asas kenegaraan yang longgar kerana dasar kemajmukan yang hanya bersifat kosmetik.  Oleh itu bersikaplah di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.  Jangan mengisolasikan diri dalam kelompok sendiri.  Kekal jumud dalam kepompong bangsa yang sempit.  Jangan cuba bina negara dalam negara dengan berfahaman ultra kiasu.  

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Doa untuk Anak-anak

Memori pentauliahan Intake 21 UPM..

Kenapa saya suka membaca