Kembara ke Bumi Ginseng 2.0
7/11/2015 Pada 7/11/2015 Kami menaiki pesawat airasia dengan penerbangan D7506 dengan waktu perlepasan pada jam 1pagi waktu tempatan di KLIA2. Penerbangan yang memakan masa selama 6jam 20min yang Akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon (ICN) pada jam anggaran 8.20 pagi waktu tempatan. Ketibaan kami di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon Korea Selatan Penerbangan tambang murah ini menjadi pilihan utama rakyat Malaysia. Saya pernah beberapa Kali menaiki penerbangan yang menggunakan syarikat yang sama. Apa yang saya kesalkan adalah penggunaan bahasa ketika menyampaikan pengumuman Dan pemakluman. Untuk penerbangan antarabangsa, syarikat ini langsung tidak menggunakan bahasa kebangsaan. Sebaliknya mereka hanya menggunakan bahasa Inggeris Dan bahasa Korea (ini untuk penerbangan ke Korea Selatan). Terasa benar peminggiran bahasa kebangsaan. Ini sangat bercanggahan dengan Fasal 152. Araf, Sufiyyah dan Umi d...