Kembara ke Bumi Ginseng....
2353
SM – Bermulanya sistem berkerajaan Dinasti Gojosen (Joseon Lama) di
Manchuria. Di kenali sebagai zaman umum
yang membentuk sistem bermaharaja atau emperial (Geouryeo, Silla dan Baekje). Di zaman terbentuknya struktur kebudayaan dan
pemerintahan awal Jepun yang bersusur galurkan kepada pemerintah beraja di
waktu Korea Kuno.
892-936
M – Kerajaan ini saling bersaing antara satu sama lain dan berakhir pada era
ini dengan pengasas terakhirnya Dinasti Goryeo atau disebut Koryo atau disebut
oleh Barat sebagai Korea. Pada waktu ini
sistem perundangan, perkhidmatan awam dan agama Buddha berkembang pesat.
1238
– Angkatan Monggul menyerang dan perang berlanjutan selama 30tahun sebelum
termeterainya perjanjian damai.
1392
– Jen. Yi Seong gye mengasaskan Dinasti Joseon (1392-1910) menerusi rampasan
kuasa
1418-1450
- Raja Sejong yang Agung mengwujudkan
dan menyebarluaskan sistem huruf Hangul asas kepada abjad Korea sekarang yang
mana dipilih dari aksara tunggal China.
1592-1598
– Jepun menterang tetapi Berjaya ditangkis oleh angkatan laut dengan sokongan
pemberontak dan bantuan China
1620-1630
– Diserang oleh Dinasti Manchuria Qing
1870an
– Jepun mengambilalih pengaruh China
1985
– Maharani Myeongsong dibunuh oleh ejen-ejen Jepun
1905
– Korea menjadi negeri naungan Jepun
1910
– Jepun menduduki Korea
1919
– Gerakan penentangan secara besar-besaran tanpa kekerasan dan tindakan ganas
1920
– Gerakan kemerdekaan kerajaan sementara Republik Korea yang digerakkan oleh
orang buangan di Manchuria, China dan Siberia
1945
–PBB ditubuhkan dan Korea mencapai kemerdekaan
1948
– Kerajaan baru korea diwujudkan dengan pembahagian Korea Utara (komunisme) dan
Korea Selatan (Demokrasi) pada latitude 38.
Akibat dari pembahagian ini berlakunya ketegangan di Semenanjung Korea
yang mengakibatkan tindakan ganas pada tahun 50an
1950-1953
– Peperangan Korea di Latitud 38
1953
– Gencatan senjata bagi mengwujudkan zon bebas tentera
1954
– Bermulanya pemerintahan autokratik Syngman Rhee dan dictator Park Chung Hee
yang memulakan era pertumbuhan dan pembinaan negara Korea Selatan dan
digantikan dengan pemerintahan demokratik tahun 1980an
Pemodenan
Korea Selatan
Kita
mengenali Korea dengan produk-produk yang menjadi kegilaan dan jenama dunia
iaitu Samsung, LG, Kia, Hyundai, Daewoo dengan produk seperti televisyen plasma
HD, LCD dan semikonduktor serta automotif.
Bagitu juga dengan Kpop budaya yang disebarkan menerusi drama, filem dan
lagu yang menjadi sebutan ramai. Syarikat
konglemerat seperti Hyundai jenama yang ke-5 terbesar di dunia dan Samsung
Heavy Industries yang berkeupayaan membina kapal terbesar di dunia yang sebelum
ini dipegang oleh China. Sejak tahun
2000 lagi rakyat mereka telah menikmati internet jalur lebar berkelajuan tinggi
100Mbit/saat selain dari siaran interaktif HD dan 4G.
Awalnya
perekonomian Korea Selatan (KS) yang
dikenali sebagai negara ginseng hanya terhad kepada produk asas seperti
tekstil, kasut dan pertanian. Dengan
sumber alam yang begitu terhad dan keadaan negara yang kucar kacir akibat dari
kemusnahan peperangan mereka mempersiapkan sumber yang tiada tara tandingannya
iaitu sumber manusia mereka bagi menguasai dunia yang mana sebelum ini mereka
dipandang hina dan diperlekeh oleh AS dan Jepun.
Bagaimana KS mencapai kemajuan dan kemandiriannya? Ada pihak mengatakan ianya adalah kerana “The Miracle of Han River” atau Keajaiban Sungai Han. Sungai Han seperti Sungai Klang di tengah-tengah Seoul yang dahulunya adalah sebuah ibu negara miskin papa dan kebuluran. Dengan majoriti rakyat yang hidup dibawah paras kemiskinan, Presiden KS ketika itu Diktator Park Chung hee (tahun 1950an selepas Perang Korea) menyatakan anda lapar kerana anda kurang minum air. Menunjukkan betapa miskin dan kebulurnya bangsa itu pada waktu berkenaan. KS secara fizikal dan relative 70% tanahnya adalah gersang dan berbukit. Bangsa Korea terkenal dengan ketahanannya yang tinggi. Mereka berperang ribuan kali dengan China tetapi tidak pernah dijajah oleh China. Cuma mereka pernah dijajah selama 35tahun oleh Jepun. Berkat dari kebijakan kepemimpinan dan kegigihan pemerintah Presiden Park, mereka Berjaya menewaskan Jepun dalam pelbagai bidang.
Setelah
mencapai kemerdekaan pada tahun 1945, mereka gagal membentuk pemerintahan
selama 3 tahun yang stabil kerana perbezaan ideology iaitu Komunis dan
Kapitalis. Dalam keadaan mencapai kata sepakat inilah yang terjadinya Perang
Korea selama 3 tahun. Diakhir peperangan
pada tahun 1953 menyaksikan 5 juta jiwa terbunuh. Negara musnah dan terbahagi kepada dua. Pada permulaan perang negara ini bergantung
90% bantuan luar khususnya dari US. Usai
perang Panglima US di Asia Pasifik ketika Jen Mac Arthur pernah berkata “Negara
ini tidak mempunyai masa depan, dalam 100 tahun sekalipun tidak cukup untuk
membangunkan negara ini”. Obsesi US
hanya untuk berperang dengan Komunis China dan Russia sahaja.
Tahun 1950an KS adalah antara negara yang termiskin di dunia seperti negara Asia dan Afrika yang lain. Pernah juga mereka ketinggalan beberapa dekad terkebelakang dari jiran mereka Korea Utara kerana pada fizikalnya tanah dibelahan lebih subur dan makmur. KS sedar bahawa kekangan terbesar mereka adalah sumber alam. Pemerintah berpandangan adalah lebih baik mereka mencontohi Jepun yang menggerakkan ekonomi mereka berorentasikan eksport. Untuk ini mereka memberikan sokongan penuh bagi melahirkan modal insan yang berkualiti. Namun ini juga bermasalah kerana masalah penggunaan bahasa.
Berbekalkan
dengan semangat nasionalisme dan patriotisme yang tinggi bangsa mereka
memberdayakan sepenuhnya sumber manusia mereka.
Pemerintah amat menggalakkan semua konglemerat dan syarikat
multinasional mereka agar berperanan sebagai pejuang nasionalis yang sejati. Mereka berjuang bersungguh-sungguh menembusi
pasaran dunia demi kemajuan bangsa tanpa bergantung dengan bantuan
kerajaan. Pemerintah KS mempunyai visi
dalam penyerapan dan pengembangan teknologi supaya dilihat mempunyai identiti
dan jati keKoreaan dalam setiap produk dan jenama yang dipasarkan.
Pendekatan
berkesan dalam pembelajaran S&T yang dilakukan secara besar-besaran oleh
para ilmuwan tanpa bertangguh dengan penyerapan ilmu yang diterjemahkan ke
dalam Bahasa Korea dari sumber bahasa dan teknologi khususnya Barat. Seperti
negara yang pernah dijajah dan ditindas oleh regim penjajah KS tidak terlepas
dari isu pemilihan bahasa kemajuan bangsanya.
Bermula dengan kaedah eksperimental yang menggunakan beberapa bahasa
negara maju seperti Jerman, Inggeris dan Jepun yang terbukti gagal menaikkan
taraf kepandaian majoriti bangsa dalam pendidikan bangsanya. Sudahnya mereka membuat keputusan bijak menggunapakai
Bahasa Korea tunggal dalam sistem pendidikan bangsanya bermula dari peringkat
rendah sehingga ke peringkat pengajian tinggi.
Dalam masa yang singkat akhirnya terbukti KS Berjaya membina kebitaraan
bangsanya hasil dari bahasa sendiri hasil dari penyerapan ilmu luar yang
diterjemahkan secara besar-besaran.
Bahasa merekalah yang digunakan untuk membangunkan S&T, ekonomi dan
korpus ilmu dan merakam minda kolektif bangsa mereka sendiri.
Sejak
tahun 1970an lagi pemerintah memberikan penekanan dan tumpuan yang tinggi dalam
bajet negaranya lebih 20% terhadap pembangunan sumber manusia dalam
mempercepatkan proses pendidikan. Pernah
pada satu ketika kira-kira 90% dari bajetnya digunakan untuk pendidikan
sahaja. ‘’Belajar dan kerja keras: hanya
itu cara untuk memuliakan hidup” seru pemimpin ketika itu. Golongan yang memiliki kepintaran yang tinggi
akan ditawarkan tempat ke univeristi utama dunia. Aktiviti R&D juga sangat berkembang maju
dengan mendapat dana dan dibiayai oleh pemerintah dan juga konglemerat. Justeru dengan itu tidak menjadi satu
kehairananlah apabila KS memiliki pemegang PhD yang tertinggi di dunia bagi per
kapita penduduknya. 64% rakyat mendapat
pendidikan sehingga university dengan kelulusan sekurang-kurangnya
Diploma. Mereka begitu memanfaatkan
hasil R&D dan mengembangkan dalam bidang perindustrian yang disokong oleh
penguasaan pasaran tempatan bangsanya sendiri.
Dikatakan bahawa mereka begitu memandang tinggi terhadap produk tempatan
mereka berbanding produk luar. Biarpun
pada permulaannya tiada siapa yang peduli dengan produk mereka ketika mula-mula
memasuki pasaran dunia namun dengan semangat
patriotisme yang tinggi ini diterjemahkan kepada sokongan produk tempatan
inilah yang menjadi nadi kekuatan jenama Korea dipandang tinggi oleh bangsa
luar yang pada mulanya meragui kualiti produk mereka.
Political will
dari pemerintah yang tinggi terhadap bangsanya, mentality bangsa yang diasuh
dengan kebanggaan dan kecintaan terhadap buatan KS rentetan dari perasaan benci
terhadap produk pesaing mereka iaitu Jepun yang pernah menjajah mereka
menyebabkan mereka berusaha untuk menjadikan produk mereka lebih baik dari
bekas penjajah mereka. Jenama dan produk
seperti Samsung, Hyundai, Kia Motor, LG, Korea Electric Power antara nama besar
dalam dunia perniagaan.
Dari
negara yang musnah akibat terlibat dalam WWII tahun 1940an dan Perang Korea
tahun 1950an, dari negara yang tidak punya sumber alam melainkan sumber daya
manusianya sahaja, dari negara yang gagal mendapatkan pinjmanan dari mana-mana
negara tetapi berani membuat cagaran sumber manusianya terhadap Jerman demi
mendapatkan sedikit pinjaman, dari sebuah negara yang miskin dan kelaparan
akhirnya bangkit menjadi adikuasa dalam bidang ekonomi dalam masa yang paling
singkat dalam sejarah manusia. Dari negara yang diperlekeh oleh US yang
mengatakan perlukan 100 tahun untuk bangkit akhirnya dalam tempoh kurang 30tahun
menjadi negara yang setaraf kemajuan dengan negara pesaing yang maju.
Secara
ringkasnya rahsia kemajuan KS sesuai dengan Keajaiban Sungai Han adalah :
- Pelaburan dalam bidang pendidikan dan penguasaan teknologi
- Semangat patriotisme dan nasionalisme yang tinggi dikalangan pemerintah, usahawan dan rakyat
- Jiwa keusahawanan atau entrepreneur yang bermandiri agar produk yang dihasilkan dapat dipasarkan ke negara yang pernah menjajah dan menghinanya seperti Jepun dan US
- Percaya kepada keberhasilan dan sangat menyokong produk tempatan berjenama Korea
- Kesediaan rakyatnya untuk berkorban melakukan yang lebih baik
- Sentiasa melakukan inovasi dan pengubahsuaian
Semoga
kita dapat mempelajari sesuatu dari KS. Tiada
siapa menyangka ketika kebanyakkan negara di dunia bergelut dengan kemiskinan,
yang rata-rata rakyatnya miskin dan tertindas dengan pendapatan bawah USD 1
sehari, ternyata keadaan yang sama pernah dialami oleh KS. Dalam kebanyakkan negara mensia-siakan sumber
alam terhadap pembaziran, KS melakukan pengoptimuman terhadap sumber yang
sediada iaitu bangsanya bagi mencipta keajaiban dunia.
Ulasan
Catat Ulasan