Kembara ke Bumi Ginseng 2.0

7/11/2015

Pada 7/11/2015 Kami menaiki pesawat airasia dengan penerbangan D7506 dengan waktu perlepasan pada jam 1pagi waktu tempatan di KLIA2.  Penerbangan yang memakan masa selama 6jam 20min yang Akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon (ICN) pada jam anggaran 8.20 pagi waktu tempatan. 

Ketibaan kami di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon Korea Selatan

Penerbangan tambang murah ini menjadi pilihan utama rakyat Malaysia.  Saya pernah beberapa Kali menaiki penerbangan yang menggunakan syarikat yang sama.  Apa yang saya kesalkan adalah penggunaan bahasa ketika menyampaikan pengumuman Dan pemakluman.  Untuk penerbangan antarabangsa, syarikat ini langsung tidak menggunakan bahasa kebangsaan.  Sebaliknya mereka hanya menggunakan bahasa Inggeris Dan bahasa Korea (ini untuk penerbangan ke Korea Selatan).  Terasa benar peminggiran bahasa kebangsaan. Ini sangat bercanggahan dengan Fasal 152.  
Araf, Sufiyyah dan Umi dalam penerbangan ke Incheon
Saya pernah berkunjung ke Indonesia juga menggunakan syarikat yang sama tetapi dibawah kendalian Airasia Indonesia.  Mereka menggunakan 3 bahasa iaitu didahului dengan Bahasa Indonesia, diikuti dengan Inggeris Dan Tionghua. Tiada masalah buat mereka untuk berbuat demikian.  Malah syarikat sana sangat berbangga dengan amalan berkenaan.  Tiada masalah yang menjejaskan reputasi disebabkan penggunaan bahasa Indonesia.  Malahan keuntungan yang diraih tetap sama dengan apa yg diperoleh di Malaysia.  

Masalahnya terletak kepada kita.  Malu Dan rasa rendah diri kerana tidak yakin menggunakan bahasa kebangsaan dalam sistem penerbangan sendiri.  Masalah kepemimpinan pengurusan atasan yang berjiwa hamba Dan terpasung dengan kepompong keagungan bahasa bekas penjajah.  Kita tidak menafikan kepentingan bahasa berkenaan. Apa yg dikesalkan adalah ketidakadilan Dan layanan terhadap Bahasa Melayu.  

Alhamdulilah jam 8.25 (7.25 pagi waktu malaysia) pagi waktu tempatan kami selamat mendarat di Bandara Incheon.  Ketibaan kami di Korea disambut dengan cuaca yang lembab dan hujan.  Diberitakan sebelum ini memang kami akan berhujan disepanjang lawatan ke Korea.  Kerana itu dinasihatkan untuk membawa payung dan baju sejuk kalis air.  Dari udara saya melihat Lapangan terbangnya berdekatan dengan laut, dapat melihat panorama Dari udara bumi Korea khususnya di akhir musim Luruh.  Pertama Kali dapat melihat Dataran Dan lautan Korea yg selama ini hanya lihat Dan dengar menerusi media bercetak Dan elektronik.  Araf sewaktu kapal Terbang berlepas Dan mendarat langsung tidak mahu memakai tali pinggang Keselamatan. Mungkin fobia kerana dipaksa untuk memakainya sewaktu di car seat. Pula menangis ketika lambat untuk mendapatkan susu serta air.  Stress saya dibuatnya.  Sepanjang penerbangan sukar untuk saya melelapkan mata.  Tidur pun tidur-tidur ayam.  Sampai sahaja mata saya mula mengantuk.  

Suasana di Lapangan Terbang Incheon

Apa yang menarik saya, buat Kali pertama saya dapat melihat pesawat udara Terbang seiringan dengan jarak yg selamat.  Kemudian terlibat pula pesawat ringan Terbang berdekatan.  Saya tidak pasti diruangan udara mana negara mana. Tapi itulah yg lihat. Dalam 3 jam sebelum tiba.  

Saya melihat pekerja tempatan yg bekerja sebagai cleaner atau pencuci di Lapangan Terbang mengutip sampah dengan terus melakukan pengasingan. Saya memerhati mereka mengasingkan sampah dengan plastik yg berbeza untuk plastik, kertas Dan tin.  Kemajuan tidak hanya diukur dengan kemodenan fizikalnya tetapi juga mencakupi kebersihan tandas.  Boleh dikatakan setiap setengah jam akan ada pekerja yang akan membersihkan tandas.  Tandas mereka kering kerana tidak menggunakan air.  Biasalah sebab mereka membersihkan hadas besar dengan hanya menggunakan tisu berbanding kami yang memerlukan air.  Apa yang menariknya pekerja mereka akan memberus atau menyental dengan bersungguh menggunakan sabun dan berus ditempat pembuangan air kecil atau urinate. Saya berpuas hati dengan tahap kebersihan tandas mereka.  Inilah baru mencerminkan tahap kemajuan mentaliti dan kesedaran sesuatu bangsa.   

Pekerja tempatan melakukan pengasingan sampah dari sumber

Untuk melihat bagaimana rupa negara lihatlah lapangan terbangnya.  Lapangan terbang adalah tempat yg pertama kita kunjungi dan jejaki.  Di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon penggunaan bahasa kebangsaan jelas dimartabatkan.  Setiap papan tanda atau pemberitahuan semuanya mendahului bahasa mereka kemudian baru dituruti dengan bahasa asing.  Itu satu.  Dari segi ketepatan masa, LRT lapangan terbang menetapkan masa ketibaan setiap 5min..dan ini berjaya dicapai..negara maju..Pekerjanya pula tiada pula kelihatan muka asing yg bekerja di lapangan terbang mereka.  Semuanya diisi dengan muka tempat baik kerja bertaraf rendah seperti tukang cuci dan tolak troli Dan beg.  Berbanding dengan lapangan Terbang kita disambut dengan muka-muka asing yang membuat kerja buruh rendah.  Bagi saya bangsa Korea sangat tinggi semangat patriotisme Dan nasionalisme mereka. Walaupun negara mereka telah mencapai negara berpendapatan tinggi USD 33 000, pekerja bertaraf rendah sangat bangga bekerja Demi negara mereka. Ironinya negara mereka menyediakan 65% tenaga buruh yang berkelulusan IPT dan Mereka tidak bergantung kepada tenaga buruh murah Dari luar bagi mengisi kekosongan kerja rendah.   Negara mereka memiliki sejumlah 50 juta jiwa dan ini cukup menyediakan sumber tenaga yang mencukupi.  

Makan tengahari kami adalah disebuah restoren yang menyediakan makanan korea yang dinamakan Dakkalbi.  Ianya mengandungi ayam, kobis, sayuran, gimchi (kimci), sos soya, pes lada, rumpai laut kering serta sup rumpai laut dan nasi.  Ianya digaul bersama dalam kuali untuk digoreng.  Tidak berminyak dan menyihatkan kerana dimaklumkan bahawa kebanyakkan makanan Korea adalah kurang penggunaan minyak dan yang penting banyak sayur.  Kimci dan rumpair laut kering atau sup adalah yang dimestikan dalam setiap hidangan bangsa Korea.  Kami makan dengan seleranya kerana tidak makan pagi sebaik turun dari kapal terbang. 

Hidangan tengahari Dakkalbi, satu-satunya restoren Halal di Nami

Benarlah kata para pengembara, untuk melawat ke negara 4 musim, musim luruh adalah pilihan terbaik bagi melihat keindahan pemandangan.  Lawatan ke Pulau Nami yang terletak kira-kira 2 jam perjalanan dari Incheon.  Jaraknya dari Seoul adalah 63km.  Pulau ini terletak ditengah-tengah Sungai Han.  Dari tebing ia kelihatan seolah-olah terapung di Tasik Cheongpyeong. Pulau ini dinamakan sempena nama panglima perang iaitu Jeneral Nami yg memimpin dengan berani angkatan perang tetapi mati dalam usia 26 tahun.  

Sufiyyah bersama Abi di Pulau Nami
Araf bersama Umi di Pulau Nami











Pulau ini terkenal dengan keindahan pokok-pokok mapel khasnya ketika musim Luruh. Kebetulan kami datang diakhir musim Luruh yg telah bermula pada September dan November.  Jadi suasana memang sangat cantik dengan pelbagai daun yg mula berubah warna dan gugur sebelum kedatangan musim sejuk yg bermula pada akhir Nov.  Pulau ini terkenal dengan pulau cinta, memandangkan banyak filem dan drama romantis Korea yg terkenal dilakukan di sini. Drama siri popular iaitu Winter Sonata turut mengadakan penggambarannya disini.  Tambahan pula terdapat banyak pokok-pokok mapel yg berlainan warna menjadikan pulau terkenal dengan kecantikan semulajadi selain dari tempat untuk pasangan melafazkan perasaan cinta terhadap pasangannya.  

Suasana indah pemandangan Musim Luruh di Pulau Nami

Adik Sufiyyah bersama sepupu-sepupunya

Makan malam di Restoren Muslim masakan Asia Selatan (India).  Baru dapat rasa makanan seakan selera Malaysia iaitu pedas, berempah(kari).  Usai makan malam kami menunaikan solat jamak di masjid Korea Central Mosque yang terletak Ittoweo.  Kawasan disekitar masjid ini didominasi dengan peniaga warga Islam.  Majoritinya saya perhatikan adalah dari Turki, Pakistan, India dan dari negara bekas Kesatuan Soviet seperti Uzbeskistan, Turkimistan dll (berdasarkan rupa pada wajah mereka).  Sepatutnya agenda malam tadi diteruskan dengan lawatan ke Menara Namsu atau Menara Seoul di Bukit Namsu ( Mountain Namsu) tetap memandangkan semua sudah keletihan tambahan pula anak-anak kecil sudah mula meragam selepas seharian berjalan maka kami terus pulang ke Hotel Maru.  Hotelnya agak simple tetapi menyenangkan.  Mereka tidak mengamalkan sistem bell boy seperti di Malaysia.  Pengunjung perlu mengangkat sendiri beg.  Tidak mengapa bagi saya, sistem yang bagus supaya tidak dimanjakan he3.  Tapi yang bagusnya kemudahan internet yang disediakan adalah sangat memuaskan.  Ianya laju.  Menerusi pembacaan saya, Korea adalah antara negara yang memiliki liputi internet terpantas di dunia.  

Hotel penginapan kami sepanjang di Korea Selatan




8/11/2015 (Hari kedua)

Hari yg panjang buat semalam.  Usai penerbangan kami disambut dengan hujan sepanjang hari sehingga malam.  Terpaan angin di akhir Musim Luruh sangat mengcengkam sehingga ke tulang Hitam.  Hari kedua di bumi ginseng hujan Dari hari pertama kami tiba masih lagi berterusan.  Ianya tidaklah lebat, tapi cukup untuk membasahkan Baju jika tiada sebarang perlindungan.  Ditambahi pula dengan tiupan angin sangat membuat tubuh menggigil kesejukan.  Sarung tangan, kaki Dan kepala antara yg dimestika Ada.  Anak sulung saya memang tidak selesa memakai pakaian tambahan tersebut.  Jadi dia mesti mengamuk Dan menangis.  Tetapi dipaksa jugalah.  Saya memang stress.  Penyelesaian terbaik adalah bagi umi dia atau makcik-makcik dia pujuk Dan pakai.  

Dari segi menu, Korea tiada banyak pilihan seperti di Malaysia.  Di sini sarapan pagi kami makan nasi goreng yg digoreng dengan minyak soya, telur toast French, jagung, jeruk timun Dan kimchi (wajib Ada dalam setiap menu selepas rumpai laut).  

Dalam perjalanan ke sana saya tertarik dengan banguanan keemasan yang saya perhatikan pada hari pertama.  Pada hari kedua barulah saya tahu bangunana tersebut.  Bangunan keemasan yg terletak di bersebelahan Sg Han (Hangang) adalah Bangunan Yook-sam.  Juga dikenali sebagai 63 city atau juga Golden Tower  setinggi 63 tingkat yang terletak di Pulau Yeouido di tengah-tengah Sg Han.  Bangunan ini bukan sekadar bangunan biasa tetapi merupakan antara kawasan pelancongan.  Ia turut memuatkan Muzium Lilin, akuarium dan teater I-MAX.   
Golden Tower@63 City
Dasar majlis perbandaran Seoul adalah tidak membenarkan sebarang pengwujudan gerai-gerai Demi memelihara kelestarian sungai.  Sebab itu saya lihat kiri Dan kanan Sungai Han yg membahagikan kedua-dua belah bandar Seoul bersih.  Sungai mereka jauh lebih besar Dari Sg Kelang Dan Gombak di KL. Jika mereka mampu menjaganya kenapa tidak kita?  


Sungai Han atau Hangang yang terjamin bersih

Korea mempunyai banyak terowong yang merentasi gunung.  Mereka tidak memotong gunung.  Mereka hanya menebuk lubang lubang berbanding memotong atau menarah Demi memelihara nilai estetik Dan kesemulajadiaan alam sekitar.  Cara sebegini lebih baik kerana kelestarian alam, gunung sebagai pasak tidak diganggu.  Dengan ini ekosistemnya terpulihara.  Negara kita patut mencontohi amalan sebegini, jangan ambil Jalan mudah dengan memotong atau menarah gunung.  Banyak impaknya terhadap alam sekitar.  


Terowong yang begitu banyak dibina di Korea

Hyundai dan KIA mencipta kenderaan pada tahun 1970an.  Ironinya mereka syarikat adik beradik.  Bangsa Korea sangat mendokong produk mereka.  Hampir 90% kenderaan di Jalan raya adalah kenderaan berjenama Korea iaitu Hyundai Dan KIA.  Kebanyakkan Dari kenderaan adalah bewarna Putih, Hitam Dan kelabu.  Ini adalah warna kegemaran bagi kenderaan mereka.  Teksi pula terdapat 3 jenis iaitu Putih (menawarkan harga yg murah), kelabu (serdahana) Dan Hitam (mahal).  Mereka boleh menerima kad kredit.  Kebanyakkan laluan utama terdapat laluan bas yg ditandakan dengan garisan biru.  Mereka mengamalkan pemanduan disebelah kiri seperti di Barat.  
Macet dijalanan
Larian atau mini marathon acara tempatan di Seoul


Lawatan pada pagi ini sepatutnya ke Muzium Rumpai Laut.  Memandangkan ianya jatuh pada hari Ahad dan pusat muzium ini pun bercuti maka di ubah ke Everland yang terletak di Bandar Yongin. Kebetulan pada pagi itu ada acara larian jalanan yang dibuat.  Seoul sememangnya kerap mengadakan acara larian tempatan dan juga antarabangsa.  Ianya adalah Taman tema seakan Disneyland yg terletak Kira-Kira sejam Dari hotel.  Di sini kami diberikan masa lebih kurang 3 jam.  Cuaca pada pagi itu masih lagi hujan.  Hujan yang berterusan dari semalam dan bersambung ke pagi ini.  Namun ianya tidak lebat.  Di Everland kami pergi ke Taman Safari dengan menaiki bas yang disediakan.  Haiwan liar seperti Harimau, Singa, Beruang, Liger (kacukan singa dan harimau), harimau putih, singa putih dan hyane atau dubuk serta burung hering dibiarkan bebas berkeliaran tetapi di dalam kurungan yang berlainan.  Seronok melihat aksi haiwan berkenaan lebih-lebih lagi beruang yang agak mesra he3.    Kami juga berpeluang bermain pelbagai jenis mainan yang sesuai dengan peringkat usia dan juga keekstremannya.  Lebih-lebih lagi yang mencabar adrenalin.  Memang hendak muntah dan gayat dibuatnya ha3..

Bersama di Everland..adik tidak kelihatan kerana terlindung dalam gendongan he3

Di Taman Tema Everland@Disneyland Korea
Permainan yang gila-gila dan hampir memuntahkan isi perut ha3
Araf di Everland

Berlatarbelakangkan roller coaster kayu di Everland
Menarik sekali..


Suasana yang menenangkan di Everland
Hiburan bagi kanak-kanak dan mak bapak he3..
Gelagat beruang di Taman Safari di Everland
Gelagat beruang yang diberikan makanan..tinggi rupanya beruang..jangan dianggap jinak ya..
Gelagat Singa yang diberikan makanan..terserlah keliarannya..
Hyena atau dubuk.  Pandai ketawa tetapi sangat ganas apabila dalam kawanan


Singa yang bersurai dan tiada surai..dapat lihat dengan dekat walaupun di dalam coaster
Harimau yang menikmati makanan
Liger (kacukan harimau dan singa) (gambar tidak seberapa jelas hu3)
Harimau Putih.  Jarang dapat melihat spesies ini.
Di Everland (1)

Di Everland (2)


N Tower terletak di Namsan mountain. Di situ berdirinya Seoul tower yang membolehkan para pelancong tempatan dan asing melihat keseluruhan bandar Seoul.  Di sini terdapat banyak kekunci atau mangga yang diletakkan di pagar sekitar N Tower sebagai satu simbolik pengikat cinta.  Cara yang agak unik mengekpresikan perasaan bagi pasangan bangsa Korea.  Kelihatan ribuan mungkin puluhan ribu mangga yang pelbagai bentuk dan corak.  Sangat menarik.  Suasana pada waktu itu sangat berangin dan sejuk serta hujan.  Kami bersolat bersebelahan di kioks menjual air minuman memandangkan tiada surau atau tempat yang sesuai untuk menunaikan solat jamak. 
Berlatarbelakangkan N Tower
Pemandangan di sekitar Seoul dari puncak gunung yang menempatkan N Tower
Pemandangan di sekitar Seoul dari puncak gunung yang menempatkan N Tower
Kekunci atau mangga yang dimanggakan diparameter pagar sekitar N Tower
Di N Tower
Berlatarbelakangkan Bandar Seoul di N Tower
N Tower


Isteri mengendong Sufiyyah berlatarbelakangkan mangga yang dimanggakan


Mangga yang dimanggakan sebagai simbolik pengikat cinta


Menarik sekali daun yang berbeza warna di Musim Luruh


N Tower
N Tower

Keluarga kami di N Tower

Rata-rata harga di Seoul sememangnya mahal.  Saya ada menulisnya sedikit dalam FB.  Ianya boleh dirujuk dalam FB saya.  Saya Cuma membeli freeze magnet sahaja. pasaraya yang terletak di Dongdaemoon.  Apa yang menarik perhatian saya, ada peniaga yang menjual barangan cenderahati boleh berbicara dalam bahasa Melayu versi Indonesia kerana peniaga disitu  pernah belajar di Universiti Indonesia (UI).  Bagus sekali bila dapat berbicara bahasa Melayu walaupun dalam versi bahasa Indonesia.  


Bersama peniaga berbangsa Korea yang boleh berbicara dalam Bahasa Indonesia 


Makan malam di kami di Restoren Asia Selatan juga iaitu Nepal yang menyediakan makanan halal di Myung dong.   Makanan yg disediakan pastinya berempah, nasi dan yang penting pedas. Sepatutnya malam ini akan lagi agenda ke pusat membeli belah yg menjual barangan berjenama antarabangsa.  Namun kami skip ke lokasi berkenaan kerana keletihan disamping ramai anak kecil dikalangan kami yg mula tidak selesa dan resah.  Sewaktu dalam perjalanan pulang hujan masih lagi turun.  Suasana malam yang sejuk ditambahi pula dengan kepenatan seharian berjalan dengan jadual yang padat menyebabkan agak sukar untuk melelapkan mata.  Selesai melayani anak dan membersihkan diri, sementara menunggu mata lelap saya sekadar melayan siaran televisyen Korea.  Tidak banyak siaran dari luar semuanya adalah rancangan tempatan.  Saya lebih suka memilih menonton filem sahaja. 
Sekitar di Seoul

9/11/2015 (Hari ketiga)
Lawatan ke pusat ginseng yg dibiaya oleh kerajaan yang terletak di Yeonheodong.  Ginseng Korea merupakan ginseng terbaik di dunia kerana dituai pada usia matang 6tahun berbanding dengan lain-lain ginseng Dari negara yang menghasilkan ginseng.  Ada yg pula negara lain yg mendakwa ginsengnya adalah Dari Korea namun usia tuai adalah kurang Dari 6 tahun.  Ia menjejaskan kualiti ginseng berkenaan.  Kenapa 6tahun? Sebab dalam usia inilah akar ginseng berkenaan banyak menyerap nutrisi dari tanah.  Sejumlah 32 nutrisi yang diserap dan ini menjadikan kenapa ianya mahal.  Jadi untuk mengelakkan penipuan dalam dakwaan Korea hanya menjual ginseng yg matang Dan disahkan berkualiti oleh badan berkuasa kerajaan Korea yg mengawalselia.  Ginseng bukan ubat tetapi adalah sejenis makanan.  Lantaran itu mereka mempelbagaikan ginseng dalam menu makanan seperti kapsul, serbuk, ekstrak.  Selain Dari itu mereka menggunakan untuk kegunaan luar seperti krim muka, mandian dll. Akan tetapi ginseng bukanlah murah tetapi kualiti yg terjamin menyebabkan ramai memilih untuk membelinya walaupun mahal.  Ginseng merupakan Makanan yg sangat pahit.  Seperti kata pepatah pahit itu ubat yang mujarab.    




Kemudian kami ke pusat kosmetik IBC Cosmetic di Nokpundun.  Negara Korea memiliki segalanya berkenaan dengan kosmetik.  Menariknya Korea adalah negara yg pertama mencipta Botox.  Wanita Korea menggunakan sun block krim sepanjang tahun. Penggunaan bahan kecantikan Akan tambah berkesan apabila menggunakan air yg ditapis.  Hampir keseluruhan negara dilitupi dengan air yg bertapis.  Sepekara lagi kenapa kulit wanita Korea cantik?  Menurut Jessy (pemandu pelancong), mereka Cuma mandi dalam 2-3 Kali dalam seminggu diwaktu Musim sejuk.  Bagi mereka mandi yg kerap di Musim sejuk Akan menjejaskan kulit mereka. Jika mereka tidak mekap, pastinya pelik.  Bermekap atau berhias merupakan sebahagian Dari kebudayaan  Korea itu sendiri baik wanita mahupun lelaki. Sebab itu mereka kelihatan bergaya (stylish).

Warna bas juga memainkan fungsinya.  Warna biru Dan Hijau untuk bandar.  Oren untuk jarak jauh, kuning untuk jarak dekat tetapi jarang kelihatan.   Pemandu pelancong kami turut memberitahu kami bahawa orang Korea suka minum kopi. Kebiasaannya mereka mengambil dalam 2-3 Kali sehari, tetapi kopinya tidak sekeras kopi Malaysia yang dipelbagaikan bentuk dan ramuan.    

Dalam perjalanan kami untuk ke Istana Gyeongbokgung pemandu pelancong kami, Jessica menceritakan serba sedikit sejarah pemerintahan beraja Korea.  Sepanjang pemerintahan dinasti dan monarki beraja atau jeneral, mereka memerintah secara kudeta iaitu secara rampasan kuasa.   Beliau bercerita sedikit berkenaan Presiden Korea Selatan.  Park Geun-hye umur 63 tahun. Dia adalah wanita pertama yang terpilih sebagai Presiden di Korea Selatan, presiden ke-18 yang berkelulusan sarjana kejuruteraan elektronik di Universiti Sagong pada tahun 1974. Dia juga sempat belajar di Universitai Grenoble, tetapi meninggalkan Perancis setelah kematian ibunya Dia juga adalah wanita pertama menjadi ketua negara dalam sejarah moden Asia Timur LautAyahnya Park Chung-hee, Presiden Korea Selatan 1963-1979. Dia umumnya dianggap sebagai salah satu ahli politik paling berpengaruh di Korea sejak presidensi dua Kims: Kim Young-sam dan Kim Dae-jung. Tidak buat apa-apa selama 20 selepas kematian ayahnya.  Dia mendapat sokongan Penuh Dari generasi lama, berbanding generasi kini.  Di hadapan Pejabat Presiden terdapat tugu yang berupa burung phoenix atau cenderawasih yang bangkit dari debu-debu api.
Pejabat Presiden Korea Selatan
Pejabat Presiden Korea Selatan
Arca atau tugu burung Pheonix yang terletak dihadapan Pejabat Presiden

Sayangnya kami tidak berkesempatan untuk turun melawat ke Istana Presiden kerana kekangan masa.  Cuma kami hanya dapat melihat dari dalam bas.  Rugi betul hu3.  Destinasi kami seterusnya adalah ke Istana Gyeongbokgung bermakna Istana yang dirahmati Syurga.
Berlatarbelakangkan gunung Bugaksan ( kelihatan seperti wajah naga, yang mana dalam kepercayaan lama Cina gunung Dan tasik adalah elemen yg wajib Ada fengshui untuk mengadakan atau membuat sesuatu).
Gunung Bugaksan yang menjadi latarbelakang Istana Gyeongbokgung


Pepohon yang menghiasi persekitaran Istana
Kami dihadapan Istana Gyeongbokgung
Kawasan Istana ini berdekatan dengan pusat pemerintahan iaitu kawasan kediaman rasmi Presiden Korea Selatan, Pejabat Presiden Korea Selatan, bangunan kerajaan lain dan pusat perdagangan Serta kewangan yang terletak di Sajing-no.  Istana Gyeongbokgung (bermaksud Istana Agung yang dirahmati Syurga) telah dibina pada 1395 iaitu 3 tahun selepas Dinasti Joesen dan berfungsi sebagai ibu kota.  Istana berkenaan digunakan selama 500 tahun sebelum dimusnahkan oleh Tentera Jepun.  Untuk memasuki istana ini ia perlu melalui gapura iaitu Gwanghuawamun.  Dalam 3 tahun yang pertama ratusan projek pembangunan berlaku sekitar istana berkenaan.  Namun pada 1592 ianya musnah menjadi debu akibat pencerobohan tentera Jepun.  Selama 276 tahun tiada sebarang aktiviti pembangunan berlaku sehinggalah pada 1867 dibawah pemerintahan Putera Mahkota Huengseon Daewongun dengan lebih 500 struktur dibina.  Istana merupakan symbol kedaulatan negara.  Sekali lagi ia dimusnahkan oleh Jepun sewaktu pendudukan mereka pada 1911.  Hak pemilikan telah bertukar kepada Jepun.  Pada 1915, lebih 90% dari bangunan telah dimusnahkan.  Pihak Jepun telah mendirikan pusat pemerintahan ditapak berkenaan.  Pada tahun 1990 Istana ini telah menjalani pemulihan sekali lagi bagi memelihara symbol kedaulatan negara yang pernah memerintah negara ini tidak lama dahulu.   


Istana Gyeongbokgung
Gapura atau Pintu Gerbang ke Istana Gyeongbokgung
Batu penanda yang terdapat dikiri kanan dataran Istana yang menandakan tempat berkumpulnya pegawai kerajaan mengikut kekananan pangkat.  Semakin dekat dengan Istana semakin tinggi perjawatannya.
Tulisan kaligrafi cina dan penggunaan warna yang pelbagai menggambar feudalisme dan monarkisme yang merupakan hak eksklusif mereka tetapi tidak kepada rakyat.

Di tengah-tengah tangga terdapat binaan bagi laluan khusus untuk Maharaja
Singgahsana yang terdapat dalam Istana. Dahulunya merupakan tempat Maharaja berkuasa, sekarang menjadi muzium buat tatapan pengunjung dan pelawat.
Ukiran naga yang terdapat disiling Istana yang diperbuat dari emas tulin.  3 buah monarki iaitu China, Korea dan Jepun berkongsi simbol naga yang sama.  
Pepohon yang menghiasi persekitaran Istana


Pepohon yang menghiasi persekitaran Istana
Tasik yang menjadi antara elemen yang wajib dalam pembinaan Istana

Pavilion Gyeonghoew

Tempat di mana maharaja mengadakan majlis santapan atau banquet bagi meraikan delegasi luar dan asing.  Selain dari itu ianya turut dijadikan tempat maharaja untuk mengadakan majlis keraian sambil mengadap pemandangan Gunung Bugaksan, Inwangsan dan juga tasik.  Asalnya dahulu pavilion ini adalah kecil tetapi diperbesarkan oleh Maharaja Taejong.  Walau bagaimanapun pavilion ini musnah sewaktu pendudukan Jepun pada 1592 dan dibina semula pada 1867 dengan binaan kayu. 




Pavilion Gyeonghoew

Sujeongjeon

Dahulu ianya dikenali sebagai Gwaolnaegaksa yang mana mengandungi 4 bahagian iaitu Pejabat Pentadbiran dan Pejabat Eunuchs, Biro Pengeluaran Seramik, Unit Cerapan Bintang dan juga Jabatan Perang. Namun apa yang lebih penting disinilah bermulanya proses pembinaan bangsa.  Di dewan Jip hyeonjen inilah sistem penghurufan Hangeul diasaskan oleh para bijak pandai yang diketuai oleh Maharaja Sejong.  Bagindalah yang bertanggungjawab dalam proses berkenaan dengan menggunakan sistem abjad tunggal China bagi disesuaikan dalam kebudayaan Korea.  Hanguel inilah yang menjadi asas kepada sistem pertuturan dan penulisan untuk bangsa Korea Selatan.  Sebelum ini golongan Maharaja dan bangsawan bertutur dan menulis dalam bahasa Cina.  Bahasa Cina ketika itu adalah symbol kepada status kedudukan dan kepandaian.  Manakala rakyat biasa hanya bertutur dalam dialek tempatan tanpa sebarang bentuk penulisan.  Jadi bagi mengwujudkan peradaban jatidiri bangsa tanpa dibayangi bahasa Cina, diciptakan satu bahasa sebagai bentuk identiti bangsa. Tiada namanya bangsa tanpa adanya bahasa lidahnya sendiri.  Kejayaan Korea Selatan menjadi jaguh dalam bidang ekonomi, teknologi dan informasi adalah berkait rapat dengan kejayaan pemerintah yang menggalakkan penggunaan bahasa sendiri dalam proses penyerapan ilmu dari negara maju. 


Sujeongjeon - Pusat tercetusnya Bahasa Korea
Sujeongjeon seumpama DBP di zaman feudal Maharaja Sejong


Maharaja Sejong, individu yang bertanggungjawab dalam mencipta bahasa dan penulisan bangsa Korea

Selepas itu ke Cheonggyecheon street untuk melihat suasana latern atau tanglung yang dibina dalam bentuk tanglung berdasarkan pasar yang terdapat di era pemerintahan Dinasti Joeson.  Tanglung berkenaan dibina diatas saliran atau anak sungai.  Sungguh jernih dan bersih sekali anak sungai yang terletak di tengah-tengah Bandar.  Agaknya bila bandaraya negara kita hendak mencapai suasana sungai yang bersih dan sejernih sebegini.  Lawatan ke sini hanya sebentar sahaja dalam 15 minit kerana kami perlu bergegas ke tempat barangan bebas cukai iaitu di Shilla.  Terlalu ramai pelancong khasnya Dari negara Sino yg berkunjung ke situ untuk membeli-belah.  Sepanjang perjalanan untuk ke tempat membeli-belah berikutnya kami disajikan dengan deretan pokok Chenkoo.  Sungguh cantik sekali pemandangan berkenaan.  Lawatan seterusnya adalah ke Nandaemun yg menjual barangan secara borong dengan harga yg lebih murah. Di sini keluarga memborong selimut atau kain gebar yang cantik kualitinya dalam harga yang boleh dikategorikan sebagai mahal.  Tiada yang murah sebenarnya di Seoul ini.   


Pemandangan diteusan di Jalan Cheonggyecheon kebetulan ada Pesta Tanglung

Sungai yang bersih dan jernih airnya yang mengalir ditengah-tengah bandar
Papan tanda yang menceritakan perihal suasana pasar yang terdapat di era Joeson
Bersama Araf ditepi sungai ditengah bandar
Antara bangunan canggih ditengah bandar
Antara bangunan canggih ditengah bandar

Makan malam kami adalah makanan laut Korea.  Amat menyelerakan khasnya ikan yang dipanggang, serta makanan seakan emping yang digaulkan dengan makanan laut.  Menu malam itu dinamakan Korean Vegan Food Buffet.  Anak sulung asyik meragam sahaja.  Selepas keletihan seharian berjalan.  Saya memang stress apabila dia asyik meragam.  Malam ini adalah malam yang terakhir di Korea.  Hujan masih lagi mengiringi penamatan lawatan untuk malam itu.  Kami berkemas mana yang sempat.  Banyak rupanya barangan yang perlu disusun semula dalam kompatmen beg yang sediada sendat. 

Suasana pasar di Nandemun, pasar yang menjual barangan dengan harga yang murah
Vegan Korean Food (Makanan berasaskan laut) yang lazat dan menyelerakan


10/11/2015 (Hari keempat)
Bangsa Korea sangat menghargai Sungai Hang atau Hangang.  Ada 28 jambatan yg merentangi Sungai Han yang sepanjang 1600 km lebih ini. 



Antara jambatan yang merentangi Sungai Han
Jambatan dua tingkat yang merentangi Sungai Han
Jambatan dua tingkat.  Kagum dengan kejuruteraan Korea


Lawatan ke Red pine –

Lawatan kami ke Korea Herbs Centre (Raisan Tree atau Red Pine) telah  mendedahkan kami berkenaan ekstrak daun pokok tirus (pine) yang dibuat dalam bentuk kapsul menggunakan teknologi nano.  Kami diberikan taklimat oleh pekerja di situ yang berbangsa Indonesia, maka penerangan kami adalah dalam bahasa Indonesia.  Jadi tiada masalah buat kami untuk memahaminya.  Menariknya di sini kami dapat mengetahui khasiat ekstrak daun pine dalam menghasilkan herba.  Kami berpeluang untuk melihat satu ujikaji ringkas yang dibuat oleh pihak disini berkenaan keberkesanan penggunaan kapsul ini terhadap kemampuannya melancarkan aliran darah.   Dengan menggunakan mikroskopik yang mampu melihat saluran darah pada hujung jari dapat melihat dengan jelas kelancaran pergerakkan darah sebelum dan selepas penggunaannya. 

Terdapat 6 jenis kategori salur darah.  Keadaan ini menggambarkan status kesihatan dengan ketepatan 80% ke atas.  Saya dikategorikan sebagai 3 (tinggi kolesterol dan gula – kerana baru lepas makan makanan laut bersarapan : sepatutnya kena puasa dari makan selama 12 jam barulah keputusan tepat) dan kategori 5 kerana factor keturunan.  Benar keturunan saya punya beberapa penyakit kronik.  Factor keturunanan itu memang tidak boleh dielak tetapi boleh dikawal dengan menjaga pemakanan dan senanam.  Keluarga membeli.  Produk ini mahal harganya.  Tidak mengapalah asalkan berbaloi untuk kesihatan.  Kesihatan adalah satu pelaburan. 

Muzium Rumpair Laut (Seaweed Museum)

Selain kimchi (gimchi) rumpai laut (seaweed) adalah antara menu yang wajib ada dalam setiap masakan Korea samada ianya dibuat secara kering atau basah.  Di sini merupakan antara tempat utama bagi penghasilan produk berasaskan rumpai laut.  Pengeluarannya adalah dipelbagaikan.  Kami dibenarkan untuk merasainya.  Di sini adalah muzium yang menceritakan sejarah penemuan rumpai laut yang tidak disengajakan dan disajikan kepada maharaja.  Disebabkan ianya sedap maka ianya dijadikan santapan wajib bagi pihak istana.  Maharaja menamakan makanan ini sebagai SonghakKim (Kim adalah nama kepada orang yang menemui rumpai laut ini). 


Muzium Rumpair Laut
Di Muzium Rumpair Laut
Antara proses penyediaan rumpair laut 
Araf bersama peminatnya he3..orang Korea memang suka kanak-kanak Malaysia sebab matanya bulat


Selepas itu kami ke tingkat 3 bangunan yang sama untuk mengenakan pakaian Hanbok iaitu pakaian tradisional masyarakat Korea.  Inilah pakaian yang seringkali saya lihat dalam drama bangsawan Korea.  Kami bergambar dengan pakaian tersebut.  Pelbagai posing dan latarbelakang kami bergambar.  Anak sulung saya tetap tidak selesa apabila dikenakan pakaian demikian.  Huh…


Berpakaian Hanbok : pakaian tradisi bangsa Korea
Posing dengan pakaian Hanbok
Posing dengan pakaian Hanbok
Posing dengan pakaian Hanbok


Kami sekeluarga berpakaian tradisi Hanbok

Amethyst factory.  Melawat ke tempat pembuatan dan penjualan batu permata.  Sangat mahal.  Ianya sekadar pelengkap kepada program lawatan yang telah diaturkan. 

Lokasi terakhir kami adalah semacam arked pelancongan yang menjual barangan tempatan atau local market.  Ianya berdekatan dengan Lapangan Terbang.   Di sini barangan yang dijual agak murah sedikit berbanding di Bandar Seoul. Ramai pelancong dari China yang berbelanja membeli pelbagai barangan yang berupa barangan dapur dan makanan.  Kami membeli mana yang halal untuk dimakan.  Pelancong China membentuk peratusan yang terbesar dalam industry pelancongan di Korea. Dalam setahun sekitar 5-6 juta pelancong dari Tanah Besar berkenaan melawat ke negara Korea. Mereka sangat suka berbelanja. 

Akhirnya kami tiba ke Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon untuk mendaftar keluar.  Sekali lagi anak sulung saya mengamuk hu3.  Pemandu pelancong kami memandu kami sehingga ke sini.  Beliau juga menunjukkan ditempat mana boleh dibuat tuntutan cukai atau GST 7% kerana berbelanja disini.  Kami bergambar kenang-kenangan dengan Jessica@Kim dan juga mengucapkan terima kasih kepada pemandu bas iaitu En Ann.  Kami kalut mencari tempat untuk bersolat di sini. Mujur ada disediakan tempat yang khas untuk bersolat tetapi tidak ada tempat wuduk.  Kami berwuduk di tandas. 




Lapangan Terbang Incheon untuk berangkat pulang
Daftar Masuk, Araf mengamuk hu3..
Kedai buku di Lapangan Terbang Incheon.  Menariknya hampir semua buku yang dipamer dan dijual adalah dalam bahasa Korea 


Projek pembinaan untuk pembesaran lapangan terbang
Sebelum berangkat balik ayah membelanja kami makan tengahari memandangkan kami tidak makan lagi tengahari.  Sukar mencari restoren halal di sini.  Cuma satu sahaja restoren yang menyediakan makanan halal  ala-ala masakan Asia Selatan.  Kami makan tergesa-gesa kerana hendak mengejar waktu kemasukkan ke dalam pesawat yang dijadualkan pada jam 4.20 petang waktu tempatan.  Mahal juga untuk satu set hidangan ini sekitar 14 ribu won (RM56).  Kami meninggalkan bumi ginseng sebaik sahaja roda pesawat tidak lagi menjejak landasan.  Kebetulan pada hari terakhir kami disini buat pertama kalinya dapat melihat sang suria selepas 3 hari bercuaca lembab iaitu hujan sahaja.  Saya berbual dengan isteri bahawa nanti kami akan datang ke sini sekali lagi dengan membawa anak-anak berjalan-jalan.  Sukar untuk berjalan dengan aman dan menghayati suasana kerana terpaksa berhadapan dengan karenah anak yang kerap meragam selain dari keletihan. 


Ruangan menunggu untuk berangkat pulang


Dalam perjalanan kembali ke Malaysia, kami makan makanan yang dibeli dalam AirAsia.  Penerbangan selama 6jam20minit ini sememangnya membosankan dan melaparkan.  Saya ambil kesempatan dengan membaca majalah Mastika yang saya bawa.  Saya membaca sehinggalah lampu pesawat dipadamkan.  Sukar untuk saya melelapkan mata.  Anak sulung tidur dikerusi sebelah saya.  Isteri dan anak kedua pun lena.  Dalam kesukaran lena itu saya mencatat dalam iphone saya berkenaan Istana Gyeongbokgung.. 


Sayu Apabila melihat istana Gyeongbokgung yg kami lawati dijadikan muzium dan bahan tontonan.  Istana berkenaan bukan lagi yg asal tetapi dibina semula  pafa 1867 selepas dimusnakan olrh pencerobohan Jepun pada 1592. Di khabar sebelum kawasan Istana berkenaan memiliki 700 lebih struktur bangunan tetapi cuma 36 sahaja yg dapat diselamatkan selepas pencerobohan tentera Jepun.  Bagaimana sebuah negara yg pernah diperintah ribuan tahun oleh beberapa dinasti maharaja dan diganti dengan dinasti jeneral menerusi kudeta yg silih berganti sehinggalah digulingkan oleh ejen-ejen Jepun, terfikir apakah perkara yg sama juga akan terjadi di Malaysia?

Korea memilih pemerintahan secara republik sehinggalah menimbulkan perpecahan dikalangan rakyat kerana perbezaan ideologi samada menyokong kapitalis dan komunis. Lantaran ketiadaan kuasa pengimbang menyebabkan berlakunya peperangan yang akhirnya memisahkan kedua belah negara.  Keturunan raja terakhir yang digulingkan menerusi pembunuhan Maharani Myeongsong menyebabkan keturunan Dan kaum kerabat mereka tidak dibenarkan untuk Kembali mendiami Istana Dan mereka tidak mendapat sebarang hak keistimewaan sebagai pewaris takhta.  Akhirnya mereka menjadi orang yg hidup dalam buangan di negara yg memusnahkan sistem monarki iaitu di Jepun.  Ironinya Jepun masih memiliki Maharaja yang memerintah bersusurgalurkan jurai pemerintahan maharaja kuno Korea.  Waris berkenaan hidup merempat dan berkahwin dengan orang biasa Dan meninggal sebagai orang biasa.  

Hakikatnya itulah yg terjadi kepada ratusan Dinasti yg memerintah di negara atau kerajaan diseluruh dunia. Dahulunya mereka memiliki kekuasaan dan memerintah dengan Penuh kemegahan Dan kemewahan.  Mereka didokong dengan kuat oleh kuasa ketenteraan Dan juga bangsawan disamping sokongan rakyat.  Walaupun mungkin dipaksa atau kerelaan namun mereka menyokong tanpa menyekutukan ketaatsetiaan  mereka kepada raja.  Tetapi apabila pemerintah mula mengabaikan tanggungjawab sebagai pemerintah, hidup berfoya-foya, membazirkan perbendaharaan negara tanpa tujuan akhirnya ia mendedahkan raja berkenaan kepada kemerosotan sokongan tentera, bangsawan Dan juga rakyat.  Inilah antara penyebab berlakunya penukaran regim pemerintahan Dari berfahaman feudalisme atau monarkisme mutlak kepada republik, sosialisme, demokrasi, komunisme atau raja berpelembagaan.  

Kota atau Istana yg dahulunya adalah kawasan larangan bagi rakyat kebanyakkan, akhirnya dijadikan bahan tontonan atau muzium umum bagi melihat sejarah peninggalan pemerintahan silam yang Penuh dengan kegemilangan, pengkhianatan, sehingga membawakan kepada penggulingan.  Benarlah firman Allah, bahawa Dia berkuasa untuk mencabutkan kekuasaan dari pihak lain lalu digantikan dengan pihak yang lain.  Sangat menginsafkan.  Tidak perlu terlalu bermegah atau  berbangga dengan kelebihan yang ada. Bersyukurlah dengan apa yang Ada Dan jangan berlebih-lebihan dalam sesuatu perkara. 
Sebaik memasuki ruangan udara Malaysia, cuaca kurang baik.  Kilat memancar diluar dan apabila kapal terbang melanggar awan tebal beberapa kali kapal terbang bergegar.  Saya berdoa agar perjalanan kami selamat.  Alhamdulillah pesawat kami mendarat dengan selamat di KLIA2 pada jam 10 malam.  20 minit lebih awal dari waktunya.  Saya memohon bantuan dari adik saya untuk mengambil kami di KLIA2.  Sepanjang percutian kami ke Korea kereta saya tempatkan dirumah keluarga saya di Bandar Baru Bangi.  Kami sampai ke rumah di Sungai Buloh pada jam 2 pagi selepas menghantar adik ke rumah keluarga.  Perjalanan yang jauh dan memenatkan.  Jam 3 pagi barulah saya dapat melelapkan mata.  Inn Shaa Allah jika ada kesempatan dan peluang, kami akan berkunjung lagi.  Di masa itu anak-anak sudah pun besar dan harap tidak meragam seperti sekarang.  Mereka masih kecil lagi yang abangnya 2 tahun dan adiknya 4 bulan. 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Doa untuk Anak-anak

Memori pentauliahan Intake 21 UPM..

Kenapa saya suka membaca