Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2016

59 Kemerdekaan : Merdekakah kita....

Imej
Semalam Rabu, 31 Ogos 2016 negaraku meraikan Hari Kemerdekaan atau Kebangsaan atau Merdeka yang ke-59.  Benar banyak kemajuan yang telah kita kecapi selama hampir 6 dekad baik dari segi pembangunan fizikal, peningkatan material dan status.  Namun ada lagi dari sebahagian sektor masih lagi dibelenggu dengan legasi penjajah iaitu bahasa dan stigma.  Seolah-olah tanpa menggunakan pengaruh kekuatan tersebut kita tidak akan maju.   Itulah simbol penjajahan lampau yang masih dikekalkan malahan diperkasakan, ditransformasikan, diberikan pengwajahan baru dan diindoktrinasikan dalam minda dan jiwa menerusi pendidikan bahawa tanpa penggantungan dari bahasa bekas penjajah kita tidak akan maju… Selalunya juga diterapkan dalam sejarah kita bahawa penjajahan Jepun yang dilakukan oleh Imperial Army selama hampir 4 tahun bermula Dis 1941 sehingga Ogos 1945 digambarkan sebagai era penuh kekejaman dan kesengsaraan bagi penduduk Tanah Melayu (TM).  Ramai yang dibunuh,...

Giant Journey (Puzzle)

Imej
Balik dari kerja sibuk menguruskan anak-anak dirumah, makan malam mengaji, dan semestinya reward, Araf memilih Giant Journey (Puzzle) yang dibeli 2tahun lepas. Sebagai persediaan supaya anak-anak teruja untuk belajar tentang sejarah, mak ayah turut belajar mengulang balik apa yang pernah dibelajar dahulu. Nampaknya perlu baca dan memahami dengan baik supaya mudah untuk mengajar anak. Ambil tahu ambil kisah, luangkan masa jika mahu anak minat sejarah mak ayah perlu minat dan kreatif supaya anak tidak bosan.

Muslim Runners @ Subuh Worrior SCKLM edisi 2016

Imej
Sepanjang saya berlari, jarang dapat saya menikmati suasana sebegini selepas pelepasan, acara larian yang diadakan sebelum solat Subuh.  Kebiasaannya saya akan melihat khemah surau sementara yang didirikan sebelum sesuatu acara diadakan.  Jadi ramai yang boleh menunaikan solat dalam keadaan yang boleh dikatakan selesa.  Ada juga surau sebegini tetapi hanya sekali sahaja dalam acara Bukit Jalil Marathon (Brooks Half Marathon).  Mujur ada disediakan berkotak air mineral untuk berwuduk.  Selepas itu saya tidak tahu di mana surau sementara tersebut untuk edisi yang berikutnya.  Dalam edisi SCKLM 2016 ini,  tapak surau sementara dan mobil yang disediakan oleh pihak penganjur berdekatan dengan tol AKLEH dalam km 11 dan km 15.  Kemudahan mengambil wuduk juga disediakan.  Tidak seperti 2 tahun sebelum ini, para pelari Muslim terpaksa berwuduk di pili air yang terletak di kawasan tol. Belajar dari pengalaman terdahulu dan atas rasa kebertanggungj...