Kehidupan tidak pernah statik....
Kehidupan kita tidak pernah statik. Hanya orang mati sahaja yang statik. Kita yang masih berpeluang menjalani kehidupan akan terus melalui dinamik kehidupan. Kita sentiasa akan belajar selagi kita masih hidup. Ianya adalah proses yang tidak bernoktah. Hanya kematian yang akan menoktahkan proses pembelajaran kita. Untuk menjadikan seseorang itu berubah, perubahan tempat dan persekitaran perlu berlaku. Adakala ia menimbulkan sedikit konflik. Ya kita sudah selesa berada di sesuatu tempat atau zon, jadi perubahan yang berlaku baik yang dipaksa, terpaksa akan menimbulkan sedikit ketegangan. Berlainan pula dengan mereka yang rela dan bersedia menerima perubahan, ia mengambilnya sebagai cabaran baru. Perubahan akan mematangkan pemikiran dan tindakan kita. Mahu tidak mahu kita perlu bergerak seiringan dengan masa yang berjalan kehadapan. Tiada masa yang berundur melainkan kita sendiri yang mengambil tindakan untuk be...