Elif Shafak- The Forty Rules of Love


Dunia dibangunkan dengan landasan prinsip perhubungan timbal balik.  Tiada setitis kebaikan mahupun kejahatan yang tidak dibalas.  Janganlah takut terhadap rencana, penipuan, muslihat atau agenda konspirasi yang direncanakan oleh orang lain.  Apabila seseorang merancang sesuatu konspirasi/muslihat, ingatlah demikian dengan Tuhan.  Dialah perencana yang teragung.  Tidak ada sehelai satu pun daun yang gugur atau butiran pasir dilautan terdalam yang terlepas dari jangkauan pengetahuanNya. 


Percayalah akan kebenaran ini dengan berserdahana dan seutuhnya.  Apapun yang Tuhan ciptakan, Dia melakukanNya dengan penuh keindahan dan hikmahNya.  Tuhan layaknya ibarat pembuat jam yang amat teliti.  Sedemikian terperincinya ketentuan Tuhan sehingga semua yang terjadi tepat pada masanya.  Tiada sedetik yang dilewatkan ataupun yang dicepatkan. Dan bagi tiap-tiap makhluk tiada yang terkecuali, jam berkenaan berjalan dengan ketepatan yang amat tinggi. 


Kita dapat mengenal Tuhan melalui segala-galanya dipersekitaran kita dan semua orang yang ada, kerana Tuhan tidak membataskan kewujudanNya sama ada di masjid, kuil, tokong, gereja mahupun sinagog. Namun apabila keperluan untuk mengetahui dengan tepat kediamanNya, maka hanya ada satu tempat untuk untuk didatangi bagi mencariNya yakni dihati seorang pecinta sejati. 


Kekotoran yg sebenar adalah kekotoran yg terdapat dalam hati. Kekotoran yg lain dapat dibasuh dengan mudah. Hanya ada satu kotoran yg sukar dibersihkan dengan air suci, dan itu adalah noda kebencian dan syak wasangka yg mengotori jiwa. Kita berupaya menyucikan diri dengan menahan marah (sabar) atau dengan berpuasa. Namun hanya kasih sayang dan perasaan cinta yg berupaya menjernihkan hati.


Hakikatnya mudah buat kita untuk menyintai Tuhan Yang Maha Sempurna, sosok tanpa kekurangan yg tidak tertanding dalam segala ranah. Adalah lebih sulit untuk menyintai sesama manusia dengan segala ketidaksempurnaan dan kekurangan. Seseorang hanya mampu memberi apa yg ia boleh cintai. Tiada kebijaksanaan tanpa cinta. Melainkan kita belajar untuk menyintai ciptaan Tuhan, kita tidak akan dapat benar-benar menyintai dan mengetahui Tuhan...



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Doa untuk Anak-anak

Memori pentauliahan Intake 21 UPM..

Kenapa saya suka membaca