Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2014

klia2..adakah memperuntukkan 60% ruangan niaga untuk Melayu dan Bumiputera?

Imej
Sewaktu ke KLIA2 untuk kegunaan syarikat penerbangan tambang murah Air Asia, terbit rasa kekaguman apabila melihat mercu negara yang  baru.  Lagi-lagi ianya sebagai satu ikon kemajuan sistem penerbangan negara kita.  Melihat ke dalamnya ibarat memasuki kompleks membeli belah ternama negara bukan seperti LCCT yang digunakan sebelum ini yang begitu sesak tak ubah seperti pasar borong.  Diwar-warkan pengurusan KLIA2 memperuntukkan tapak atau lot niaga 60% untuk bumiputera.   Betulkah? Namun realitinya tidak seperti digambarkan.  Di mana kedai atau lot atau premis yang bernama kemelayuan, keMalaysiaan atau kebangsaan atau yang pemiliknya Melayu atau Bumiputera.  Sebaliknya kebanyakkan adalah bernama keinggerisan atau penonjolan legasi penjajah yang pastinya pemiliknya adalah bukan melayu.   Adakah ini satu bentuk diskriminasi secara ekonomi oleh MHAB? Seperti yang dimaklumi MHAB adalah GLC yang pasti CEO dan pengurusan...

Obesiti dikalangan pasukan beruniform..adakah satu budaya?

Imej
Baru-baru ini dalam Utusan Malaysia dinyatakan gejala obesity atau berlebihan berat badan atau kegemukkan dikalangan pasukan beruniform.  Malahan tindakan seperti mengekang kenaikkan pangkat pun telah dilaksanakan lantaran BMI yang tidak melepasi piawaian sebagai anggota yang cergas.  Yang mati atau menderita terlantar sakit juga pun banyak telah berlaku.   Masalah sebegini memang telah lama berakar umbi dikalangan orang kita.  Lagi-lagi yang telah mengalami tahap keselesaan (complesent) dalam kehidupan khasnya sesudah berkeluarga.  Tidak perlu mengerah kudrat seperti di zaman rekrut atau ketika mengikuti fasa latihan sewaktu diawal perkhidmatan.   Sayang sekali, tubuh yang cergas atau fit sewaktu diawal perkhidmatan tidak dikekalkan kecergasannya sebaliknya dibiarkan tanpa pemugaran yang berkala sehingga akhirnya menerbitkan penyakit kronik yang pelbagai rangkai.  Akhirnya ia akan menjadi beban kepada kewangan negara dalam...

Negara India tiada bahasa kebangsaan

Thomas Macaulay “ We must at present do our best to form a class who may intepreters between us and millions whom we govern; a class of persons Indian in blood and colour, but English in taste, in opinons, in moral and intellect ”,….. Adat bagi bangsa penjajah adalah cuba menerapkan legasi jajahan mereka selama mana yang mungkin dalam minda dan jiwa bangsa yang dijajah.  Selain dari monumen fizikal atau ketenteraan pendidikan adalah cara yang paling Berjaya.  India adalah satu contoh legasi penjajah Bahasa Inggeris yang paling Berjaya dilakukan oleh penjajah iaitu British.  Pendidikan yakni menggunakan bahasa Inggeris (BI) adalah instrumen ciptaan mereka yang paling ikonik supaya ianya menjadi alat ideology colonial dan nasional.  Keberadaan sebagai bahasa supra yang disokong oleh kekuatan militer dan keilmuan menjadikan penjajah berkenaan memaksa bangsa jajahan menerimanya demi memastikan survival penjajah.  Tokoh yang bertanggungjawab adalah Thomas Ma...