Negara India tiada bahasa kebangsaan


Thomas Macaulay “We must at present do our best to form a class who may intepreters between us and millions whom we govern; a class of persons Indian in blood and colour, but English in taste, in opinons, in moral and intellect”,…..

Adat bagi bangsa penjajah adalah cuba menerapkan legasi jajahan mereka selama mana yang mungkin dalam minda dan jiwa bangsa yang dijajah.  Selain dari monumen fizikal atau ketenteraan pendidikan adalah cara yang paling Berjaya.  India adalah satu contoh legasi penjajah Bahasa Inggeris yang paling Berjaya dilakukan oleh penjajah iaitu British. 

Pendidikan yakni menggunakan bahasa Inggeris (BI) adalah instrumen ciptaan mereka yang paling ikonik supaya ianya menjadi alat ideology colonial dan nasional.  Keberadaan sebagai bahasa supra yang disokong oleh kekuatan militer dan keilmuan menjadikan penjajah berkenaan memaksa bangsa jajahan menerimanya demi memastikan survival penjajah.  Tokoh yang bertanggungjawab adalah Thomas Macaulay, seorang promonarki dan aristokrat.  Beliau yang memperkenalkan BI dan konsep barat dalam pendidikan penjajah di India.   Beliau memandang rendah akan dunia Timur dan membahagikannya kepada dua iaitu bertamadun dan tidak bertamadun.  Bertamadun jika menggunakan BI dan sebaliknya jika menggunakan bahasa ibunda. 
Beliau menyatakan bahawa sebuah rak perpustakaan di Eropah lebih bernilai dari keseluruhan kesusasteraan Sanskrit dan Arab di India.  Maklumat sejarah yang dikutip dari buku berbahasa Sanskrit adalah kurang bernilai jika dibandingkan dengan buku persediaan pelajar di England. 

Agenda colonial adalah untuk membentuk kelas pekerja yang menjadi jurucakap kepada jutaan rakyat yang dikuasai, yang berdarah dan berkulit India, tetapi mempunyai cita rasa keinggerisan serta mempunyai sudut pandangan barat, termasuk dari segi moral dan intelek.    Beliau menyalahkan dan memandang hina pendidikan peribumi yang berbahasa Sanskrit dan Arab.   Keadaan sebegini yang bakal mengwujudkan dasar pecah dan perintah di Negara berkenaan. 

India mempunyai 14 bahasa rasmi antaranya Hindi, Benggali, Urdu, Malayalam, Gujurati etc tetapi malangnya disebabkan ketaksuban yang melampau terhadap fahaman atau sentimen kewilayahan dan keetnikkan yang sempit menyebabkan bahasa asing iaitu BI memainkan peranannya sebagai peneutral dalam memenuhi tuntutan nasional, politik dan komunikasi.  Bahasa Hindi tidak diterima sebagai bahasa nasional biarpun ia ditutur meluas 8 buah negeri dan 7 kesatuan wilayah di India.   

Hakikatnya bahasa Hindi atau lain-lain bahasa rasmi sekadar menjadi bahasa paparan emosi atau bicara kelas bawahan berbanding BI yang dipertuturkan dan diagungkan secara melampau oleh golongan elit, politik, teknokrat dan ilmuwan mereka.  Semacam menjadi humor hitam apabila dikatakan bahasa ibunda hanya tercetus dalam situasi bahasa basahan atau emosi.  Sementara BI mempunyai nilai pedagangan, ekonomi dan pendidikan tinggi sehingga dianggap sebagai bahasa maskulin yang mendominasi setiap ruang kehidupan di India.  Golongan elit hanya menghantar anak mereka ke sekolah persendirian aliran Inggeris atau ke luar Negara. 

Pengaruh inggeris yang berleluasan dan diangkat secara melampau khasnya dalam lagu pendidikan Humpty-Dumptty. Twinkle twinkle little star, b aba black sheep sedang lama menjajah pemikiran kanak-kanak di India.  Keinginan untuk meniru golongan kulit putih begitu tinggi dan memberikan sumber pendapatan baru kepada Negara tersebut.  Hal ini dipengaruhi oleh pengaruh cita rasa kebaratan yang tinggi.   Pemikiran yang terlalu memandang kebaratan turut menjalar dalam hampir semua buku teks.  Kebanyakkan buku yang digunakan dalam IPT adalah dalam BI apatah jika buku tersebut dari Barat, totoknya dalam BI sahaja.  Hampir semua buku tersebut biarpun ditulis oleh sarjana India namun sarat dengan pemikiran colonial.  Dalam hal sebegini ternyata Inggeris Berjaya meninggalkan legasi penjajahan minda dan jiwa yang sangat hebat. 

Hanya yang berkefasihan bertutur dalam BI sahaja diberikan peluang untuk menjawat sebagai eksekutif perniagaan atau perkhidmatan.  Pada satu tahap berlakunya LINGUISTIK SKIZOFERNIA iaitu apabila pusat meningkat kefasihan BI tumbuh bak cendawan selepas hujan bagi memenuhi keperluan berkenaan. 
Keadaan perancangan dan pengembangan bahasa yang tidak seimbang akan melahirkan citra atau wajah negara yang berpisah dan mengwujudkan jurang yang sangat luas.  Kelas masyarakat yang terendah hanya menguasai bahasa Hindi atau bahasa ibunda lain, di satu keadaan golongan yang berbahasa BI akan menguasai setiap ruang kehidupan.  Ketidakseimbangan inilah yang akan menyebabkan suasana porak poranda jika tidak diperbetulkan dari awal.  Selagi tiada bahasa yang tunggal selagi itulah reality yang berlaku sekarang akan terus menjadi hambatan structural terhadap pembangunan dan kemajuan negara.      


Rencana diadaptasi dari  “India tiada bahasa Kebangsaan” Keluaran Dewan Bahasa Mei 2014…

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Doa untuk Anak-anak

Memori pentauliahan Intake 21 UPM..

Kenapa saya suka membaca