Obesiti dikalangan pasukan beruniform..adakah satu budaya?




Baru-baru ini dalam Utusan Malaysia dinyatakan gejala obesity atau berlebihan berat badan atau kegemukkan dikalangan pasukan beruniform.  Malahan tindakan seperti mengekang kenaikkan pangkat pun telah dilaksanakan lantaran BMI yang tidak melepasi piawaian sebagai anggota yang cergas.  Yang mati atau menderita terlantar sakit juga pun banyak telah berlaku.  



Masalah sebegini memang telah lama berakar umbi dikalangan orang kita.  Lagi-lagi yang telah mengalami tahap keselesaan (complesent) dalam kehidupan khasnya sesudah berkeluarga.  Tidak perlu mengerah kudrat seperti di zaman rekrut atau ketika mengikuti fasa latihan sewaktu diawal perkhidmatan.   Sayang sekali, tubuh yang cergas atau fit sewaktu diawal perkhidmatan tidak dikekalkan kecergasannya sebaliknya dibiarkan tanpa pemugaran yang berkala sehingga akhirnya menerbitkan penyakit kronik yang pelbagai rangkai.  Akhirnya ia akan menjadi beban kepada kewangan negara dalam merawat penyakit yang belum tentu ada penawarnya.  Tambahan pula kita antara negara di Asia Pasifik yang tinggi kadar obesitinya.  Sememangnya ia menakutkan.  







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Doa untuk Anak-anak

Memori pentauliahan Intake 21 UPM..

Kenapa saya suka membaca