klia2..adakah memperuntukkan 60% ruangan niaga untuk Melayu dan Bumiputera?
Sewaktu ke KLIA2 untuk kegunaan
syarikat penerbangan tambang murah Air Asia, terbit rasa kekaguman apabila
melihat mercu negara yang baru. Lagi-lagi ianya sebagai satu ikon kemajuan
sistem penerbangan negara kita. Melihat ke
dalamnya ibarat memasuki kompleks membeli belah ternama negara bukan seperti
LCCT yang digunakan sebelum ini yang begitu sesak tak ubah seperti pasar
borong. Diwar-warkan pengurusan KLIA2
memperuntukkan tapak atau lot niaga 60% untuk bumiputera.
Betulkah?
Namun realitinya tidak seperti
digambarkan. Di mana kedai atau lot atau
premis yang bernama kemelayuan, keMalaysiaan atau kebangsaan atau yang
pemiliknya Melayu atau Bumiputera. Sebaliknya
kebanyakkan adalah bernama keinggerisan atau penonjolan legasi penjajah yang
pastinya pemiliknya adalah bukan melayu.
Adakah ini satu bentuk diskriminasi secara ekonomi oleh MHAB? Seperti yang
dimaklumi MHAB adalah GLC yang pasti CEO dan pengurusan tertingginya adalah
Melayu dan Bumiputera. Tetapi kenapa
sukarnya mereka ini untuk memberikan kepercayaan kepada para usahawan Melayu
atau Bumiputera? Sepatutnya mereka ini
yang diberikan amanah oleh Kerajaan untuk membantu usahawan Melayu atau
Bumiputera Berjaya, tetapi tidak berlaku.
Di mana silapnya. Di mana semangat
jihad ekonomi yang dicanangkan? Perkara ini perlu dinilai dan disemak
semula. Jika tidak sampai bila-bila
agenda pemerkasaan ekonomi Melayu dan Bumiputera tidak akan Berjaya jika mentality
sebahagian besar dari orang yang Berjaya atas ehsan yang diberi peluang untuk Berjaya
tidak berusaha membantu mereka yang lain.
Bangsa lain saling membantu sesama
mereka untuk Berjaya sehingga membentuk satu rangkaian perniagaan yang kukuh
sehinggakan seolah-olah hanya mereka sahaja yang mendominasi. Namun tiada siapa yang mempersoalkan. Sebaliknya apabila kita berusaha untuk
memajukan agenda pembangunan bangsa kita, kita dicerca sebagai rasis,
perkauman, menindas atau mendiskriminasi orang lain. Inilah masalah kita. Tiada perkara yang tidak dipolitik dan dipolemik dan ianya seperti
tiada kesudahan. Sudahnya bangsa lain makin
ke depan kita makin tertinggal kebelakang… terasa juga hati apabila YTL mempertikaikan bahawa kerajaan mengamalkan kronisme dikalangan usahawan Melayu dan Bumiputera...
namun adakah YTL sedar bahawa dia sendiri adalah kroni terbesar di dalam tender kerajaan khasnya IPP...
ibarat si luncai terjun dengan labu-labunya,
biarkan biarkan…
Ulasan
Catat Ulasan