Dilema Buku Berbahasa Melayu
.jpg)
Tetapi cuba lihat pula apa
genre-genre dari kebanyakkan buku-buku ini.
Kebanyakkan dari buku tempatan khasnya berbahasa Melayu banyak
menerbitkan buku bersifat novel romantis remaja atau cinta-cinta yang ringan
sifat bacaannya dan buku agama.
Sehinggakan ia menjadi satu lambakan terhadap judul novel berkenaan dan
juga buku agama. Terlalu kurang
dihasilkan buku-buku berbahasa Melayu yang bersifat berat, kritis dan mencabar
seperti kebanyakkan dari buku-buku Barat khasnya dari Amerika dan Britain. Tidak kurang juga buku-buku berbahasa cina
yang banyak juga mengambil inisiatif menterjemah buku-buku hebat barat ke dalam
bahasa mereka, lalu dijual di negara ini.
Apakah buku berbahasa Melayu
hanya layak untuk menulis persoalan cinta remaja, motivasi dan agama sahaja? Dibandingkan
dengan buku-buku dari Barat mereka amat kreatif. Novel yang dihasilkan yang dilihat dari
isinya memang mengarut, tetapi diolah dengan penuh kreativiti menjadikan ia
novel fiksyen yang menarik. Begitu juga
dengan penghasilan buku non fiksyen seperti autobiografi, biografi, persoalan
global dan umum diceritakan dalam bentuk yang menarik dan dipersembahkan dengan
paparan yang kreatif. Ramai juga
kalangan dari penulis tempatan sendiri menulis buku-buku berat dan serius dalam
bahasa inggeris. Bagi mereka ini saya
fikir kurang patriotic. Sebabnya mereka
perlu mengutamakan terlebih dahulu khayalak tempatan yang berbahasa Melayu dan
selepas itu barulah dikeluarkan edisi inggerisnya. Tetapi hal sebegini jarang berlaku. Orang kita lebih berperasan merasa hebat dan
elit jika ditulis dalam bahasa inggeris kerana yang membacanya juga adalah
mereka yang kononnya berpendidikan dan berkelas. Ini masalah mentality dan jiwa orang kita
baik yang peribumi apatah lagi bukan peribumi.
Kita begitu retorik. Bersifat kemunafikan dalam persoalan bahasa
sendiri. Buku dan bahasa sendiri
dipinggirkan. Tidak salah untuk menulis
buku dalam bahasa asing dan mengimport buku asing. Tetapi biarlah berlaku adil dengan buku dan
bahasa sendiri. Kerajaan harus ada
kesedaran kebangsaan dalam permasalahan ini.
Kita hendak lihat industry buku berbahasa Melayu dan terjemahan maju
setidak-tidaknya contohilah kejayaan industry buku Indonesia yang begitu banyak
menerbit karya asli dan melakukan penterjemahan ke dalam bahasa Indonesia.
Ulasan
Catat Ulasan