Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2015

Bah Kuning, salah siapa?

Bencana banjir yang berlaku pada akhir tahun lepas sehingga dikenali sebagai bah kuning adalah mengambarkan betapa teruknya alam yang diperlakukan.  Nilaian taksiran kasar yang mencecah billion ringgit adalah manifestasi terhadap nilai rasuah yang berlaku akibat pembabitan tangan-tangan ghaib disebalik musibah yang berlaku.  Kita boleh memberikan ribuan alasan seperti taburan hujan yang sangat tinggi pada hari berkenaan namun dengan melihat jutaan ton puing atau debris serta ribuan balak yang tersadai di kawasan musibah mengundang persoalan apa yang sebenarnya berlaku dan sangat sukar untuk kita menafikan keraguan disebaliknya.  Malahan alasan bersifat Islami pun terpakai bahawa ini takdir Allah.  Sebenarnya perkara ini tidak akan berlaku jika semua  pihak yang terbabit dalam pembukaan tanah untuk tujuan pembalakan dan pertanian melakukannya secara mampan dan lestari.  Kejadian ini berlaku akibat dari ketamakan yang melampau serta diiringi dengan rasua...

Kesihatan dan cabarannya

Sukar buat saya untuk mempengaruhi rakan-rakan supaya menyertai sukan larian, walaupun sekadar untuk suka-suka atau larian riang-ria.  Begitulah juga dengan menjaga pemakanan.  Saya ada terbaca dalam satu ruangan kesihatan mengatakan bahawa, pemeriksaan kesihatan perlu dilakukan secara berkala pada usia 30 tahun.  Jelas menunjukkan bahawa tahap kesihatan rakyat kita kian merosot.  Ironi sekali.  Dalam enjin ekonomi negara menggandakan momentumnya untuk mencapai tahap negara berpendapatan tinggi dengan pelbagai kemudahan atau fasiliti kesihatan yang semakin ditambahbaik dan taraf pendidikan dikalangan warga yang semakin tinggi sepatutnya warga kita semakin sihat dan cergas. Ini amat berlawanan sekali kerana tahap kesihatan semakin merosot dek kerana perubahan pola kehidupan yang semakin dimanjakan dengan mesin yang banyak memudahkan pergerakkan kita.  Ditambahi pula dengan negara kita yang merupakan syurga makanan yang beroperasi 24 jam sehari menyajika...

Salah cakap disalahtafsir

Sekarang ini jika salah mengeluarkan kenyataan atau ditujukan kepada sesuatu kumpulan atau kaum disalahtafsirkan sebagai perkauman atau rasis.  Keprihatinan sesuatu kumpulan atau kelompok sangat luar biasa sejak 7tahun kebelakangan ini.  Kenyataan yang dikeluarkan oleh YB Menteri Hal Ehwal Kepenggunaan berkenaan memboikot peniaga, pemborong dan pengeluar yang enggan menurunkan harga dilihat berbau perkauman.  Hakikatnya secara majoriti yang menguasai rantaian perniagaan dan kartelnya adalah didominasi oleh satu kaum sahaja secara eksklusif.  Tidak perlulah kita nyatakan kerana semua mengetahuinya.  Beliau tidak bermaksud sedemikian, malahan kenyataannya ditujukan kepada semua yang terbabit dalam rantaian perniagaan tidak kira siapa kaum didalamnya. Bukan bertujuan untuk membela, tetapi jika apa yang beliau utarakan itu betul, perlulah kita pertahankan. Namun kebetulan memang mereka sahaja yang majoriti, maka mereka melatah dan cepat-cepat memomokkannya...