Kesihatan dan cabarannya
Sukar
buat saya untuk mempengaruhi rakan-rakan supaya menyertai sukan larian,
walaupun sekadar untuk suka-suka atau larian riang-ria. Begitulah juga dengan menjaga pemakanan. Saya ada terbaca dalam satu ruangan kesihatan
mengatakan bahawa, pemeriksaan kesihatan perlu dilakukan secara berkala pada
usia 30 tahun. Jelas menunjukkan bahawa
tahap kesihatan rakyat kita kian merosot.
Ironi sekali. Dalam enjin ekonomi
negara menggandakan momentumnya untuk mencapai tahap negara berpendapatan
tinggi dengan pelbagai kemudahan atau fasiliti kesihatan yang semakin
ditambahbaik dan taraf pendidikan dikalangan warga yang semakin tinggi
sepatutnya warga kita semakin sihat dan cergas.
Ini
amat berlawanan sekali kerana tahap kesihatan semakin merosot dek kerana
perubahan pola kehidupan yang semakin dimanjakan dengan mesin yang banyak
memudahkan pergerakkan kita. Ditambahi
pula dengan negara kita yang merupakan syurga makanan yang beroperasi 24 jam
sehari menyajikan pelbagai pilihan makanan dari serata pelusuk dunia. Warga berfikiran terbuka, begitu juga dengan
ekonomi kita yang terbuka membenarkan banyak premis luar negara yang menjual
makanan beroperasi di sini. Ini
menambahkan lagi variati kepada pilihan warga kita.
Jadi
apa tindakan kita untuk melawan semua pilihan ini. Sebenarnya itu semua terletak kepada priority
kita untuk menggunakan duit terhadap perbelanjaan kita. Jika kita memilih untuk kesenangan dan
kenikmatan maka kita dapat apa yang belanjakan.
Begitulah juga dengan pilihan kita untuk kesihatan, apa yang perlu kita
korbankan. Sebab jalan untuk arah
kesihatan bukanlah suatu pilihan yang menyenangkan kerana kita perlu menyekat
atau meletakkan had terhadap aktiviti atau pola pemakanan seharian kita. Akan tetapi ianya boleh menjadi sesuatu yang
amat menyeronokkan jika kita bijak memanfaatkan supaya kita terus teruja untuk
mengamalkan regim dan diet yang sihat.
Itu bergantung kepada kreativiti kita.
Sekarang banyak produk kesihatan yang berasaskan makanan dan
peralatan. Semuanya boleh dimanfaatkan
jika kita punya wang. Tanpa berbelanja
besar pun kita boleh juga sihat. Apa
yang penting bagaimana kita mengawal nafsu makan dan mencari ruang disebalik
kesibukan untuk bersenam.
Saban
minggu diadakan acara larian atau berbasikal.
Jadi apa alasan kita untuk culas atau malas dalam bergiat cergas. Begitu juga dengan mengubah amalan pemakanan
kita, mulakan dengan mengubah diet dari minum minuman manis kepada air
masak. Dari berlemak dan bergoreng
kepada kukus dan rebus. Kita pelbagai
cara penyediaan supaya kelihatan lebih enak untuk dimakan. Lebihkan serat terutamanya sayur-sayuran dan
buah-buahan. Azam dan kesungguhan itu
yang kita perlukan. Bukan sekadar
retorik di mulut. Apa kata kita mulakan
dengan secara perlahan-lahan supaya ianya boleh menjadi tabiat kepada
kita. Jangan terus memecut kerana
dikhuatirinya tidak akan kekal dalam kehidupan kita.
Ulasan
Catat Ulasan