Salah cakap disalahtafsir
Sekarang
ini jika salah mengeluarkan kenyataan atau ditujukan kepada sesuatu kumpulan
atau kaum disalahtafsirkan sebagai perkauman atau rasis. Keprihatinan sesuatu kumpulan atau kelompok
sangat luar biasa sejak 7tahun kebelakangan ini. Kenyataan yang dikeluarkan oleh YB Menteri
Hal Ehwal Kepenggunaan berkenaan memboikot peniaga, pemborong dan pengeluar
yang enggan menurunkan harga dilihat berbau perkauman. Hakikatnya secara majoriti yang menguasai
rantaian perniagaan dan kartelnya adalah didominasi oleh satu kaum sahaja
secara eksklusif. Tidak perlulah kita
nyatakan kerana semua mengetahuinya.
Beliau
tidak bermaksud sedemikian, malahan kenyataannya ditujukan kepada semua yang
terbabit dalam rantaian perniagaan tidak kira siapa kaum didalamnya. Bukan bertujuan untuk membela, tetapi jika apa yang beliau utarakan itu betul, perlulah kita pertahankan. Namun kebetulan memang mereka sahaja yang
majoriti, maka mereka melatah dan cepat-cepat memomokkannya sebagai rasis. Pernah dahulu dikeluarkan kenyataan
melancarkan jihad memerangi orang tengah kerana terlalu menekan pihak pengeluar
khasnya dari golongan bumiputera dengan membelinya dengan harga yang murah dan
menjual kepada pengguna dengan harga yang tinggi. Ini pun pernah menjadi isu, pun dibangkitkan
juga oleh golongan ini serta disokong pula dengan parti sahsiah serta NGO yang
mewakili majority golongan atau bangsa berkenaan.
Inilah
bahana dan akibatnya apabila kuasa dan perpaduan umat Islam yang secara
majoritinya adalah Melayu dan Bumiputera semakin lemah dan mengecil lantaran
ketaksuban berpolitik dan berpolemik yang tidak pernah berkesudahan. Permusuhan atas nama ideologi dan tahap
keagamaan mewajarkan tindakan melebarluaskan jurang antara perpaduan atas nama
bangsa dan agama. Mujur ada juga yang
masih rasional mempertahankan kenyataan menteri berkenaan. Ianya adalah bersandarkan kepada reality
bahawa sejajar dengan penurunan harga minyak maka tiada sebab kenapa harga
barangan dan perkhidmatan tidak ikutserta turun. Sememangnya golongan peniaga ini sudah biasa
hidup dengan keuntungan yang adakalanya tidak munasabah menerusi pemerasan atau
manipulasi harga barangan dan perkhidmatan.
Mereka langsung tidak mahu berkorban untuk mengurangkan margin
keuntungan supaya boleh dinikmati oleh semua penggunaan. Sikap tidak patriotik yang dipamerkan amat
mendukacitakan. Semua sedia maklum
bahawa bahawa ekonomi di negara ini dikuasai sebahagian besarnya oleh golongan
yang dahulunya adalah imigran yang dibawa dari Tanah Besar untuk memajukan
ekonomi khususnya lombong yang diusahakan oleh pihak imperialis. Apabila penjajah keluar dari Tanah Melayu,
golongan yang dahulunya menjadi kuli dan dibekalkan dengan candu bagi
mengelakkan mereka lari, akhirnya menjadi taikon yang menguasai secara hampir
solid ekonomi sebelum wujudnya rancangan pembangunan ekonomi yang lebih adil
dalam membabitkan Melayu dan Bumiputera.
Jadi
dalam mengwujudkan situasi menang-menang dengan mengelak hanya sebelah pihak
sahaja memboloti kekayaan kek ekonomi, maka amatlah wajar ada suara jantan dan
jagoan demi membela nasib golongan pengguna yang seringkali ditindas oleh sikap
tamak para pelaku disepanjang rantaian penjualan barangan dan
perkhidmatan. Ia bukan bermaksud untuk
bertindak perkauman walaupun hakikatnya memang majority golongan peniaga ini
dikuasai oleh satu kaum sahaja. Kenyataan
ini dituju kepada semua. Itu sahaja. Jadi tidak perlu melatah dan memperbesarkan
isu yang sensitif ini. Pendekatannya mudah,
tidak salah berkorban sedikit keuntungan sejajar dengan realiti yang berlaku
sekarang ini. Walau bagaimanapun para peniaga
tetap memperolehi keuntungan..
Bumi
Malaysia tetap memberikan tuah kepada sesiapa warganya yang berusaha untuk Berjaya. Namun biarlah secara adil dan semua yang
sepatutnya mendapat manfaat, dapat dikongsi bersama. Ini yang perlu kita lakukan. Menerusi dasar dan perencanaan yang betul,
semua golongan akan mendapat manfaat khususnya dari segi pengagihan kekayaan
negara. Jangan kerana ada pengkhianatan yang
membawa keluar hasil mashgul dan pembolotan secara melampau menyebabkan
golongan tertentu merasa tertindas dan dinafikan hak demi meraih manfaat.
Ulasan
Catat Ulasan