Penindasan minoriti yang terpinggir
Bangsa Rohingya dan Palestin sama-sama melalui penindasan regim. Rohingya ditindas oleh Junta Tentera yang dipimpin oleh kepemimpinan yang ultranasionalis dan mendapat dokongan kuat golongan beragama iaitu sami-sami Buddha, manakala bangsa Palestin ditindas oleh regim Yahudi yang berfahaman Zionis yang melampau dan disokong belakangnya kuasa besar iaitu US. Namun apa yang membezakan mereka adalah perjuangan melawan penindasan. Dalam kes ini perjuangan bangsa Palestin Nampak lebih menyerlah dengan penentangan yang bermula pada tahun 1948 iaitu pada 15 Mei dengan dikenali sebagai An-Nakbah atau hari Malapetaka. Rentetan dari penindasan yang kejam bangsa Palestin bertindak dengan memulakan penentangan yang pada awalnya hanya bersenjatakan batu sehingga wujudnya pergerakkan yang bersifat separa tentera seperti Briged Syahid, Al-Qassam dan Hamas dan yang lebih mementingkan perundingan adalah PLO yang dipimpin oleh Allahyarham Yasser Arafat. Berbanding dengan Rohingya m...